Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath

Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath

Share

Lokasi baru bagi penempatan pelajar pengajian kitab (lelaki) Ribath Al-Musthofa Sungai Karang.

12/12/2025
12/02/2025

Dijemput kepada warga Beserah khususnya penduduk sekitar Satelit Beserah / Jalan Jeram untuk hadir mengimarahkan malam penuh berkat Nisfu Syaaban, di samping dapat bersuai kenal dan berkenalan.

Insyaallah masjid ini akan menjadi pusat ilmu bagi penduduk sekitar dan kami mengalu-alukan penglibatan orang ramai dalam setiap majlis yang diadakan.

Salam hormat!

Photos from Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath's post 13/12/2024
Photos from Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath's post 28/10/2023

Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul Masjid at-Taqwa, Ribath al-Musthofa Beserah telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis 19 Oktober 2023 bersamaan 4 Rabi'ul Akhir1445H.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sejak awal perbincangan bersama penduduk dan pimpinan masyarakat setempat sehinggalah selesai majlis diadakan. Semoga Allah swt memberi ganjaran yang sebaiknya buat semua yang terlibat dalam menyumbang tenaga, kewangan, buah fikiran dan pandangan serta hadir pada hari majlis, bermula dengan menyembelih dan melapah kambing, gotong royong memasak, penyediaan tempat dan sebagainya. Pihak Ribath amat berbesar hati dan terharu atas semangat kerjasama yang dicurahkan tanpa mengira latar belakang jawatan dan kedudukan, baik tua ataupun muda.

Antara yang hadir pada majlis yang diadakan adalah Ketua-ketua Kampung dalam mukim Beserah, Imam dari masjid-masjid berdekatan, para asatizah, Tuan-tuan guru dan para masyaikh serta warga Beserah Muslimin dan Muslimat dari pelbagai kampung dan kawasan. Mudah-mudahan menjadi asbab turunnya rahmat dari Allah Taala buat warga dan bumi Beserah ini. Amin.

Photos from Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath's post 19/10/2023

Assalamualaikum wbt.
Himpunan Pencinta Rasulullah di Ribath Al-Musthofa Beserah - Pengajian Kitab Turath pada petang ini. Dijemput semua untuk hadir.

08/10/2023

Permohonan Temuduga Pelajar Baru 2024
KINI DIBUKA

Pemohon atau ibubapa boleh memuat turun dan mengisi borang di sini https://bit.ly/ribatmustafa2024 dan hantar kembali melalui email [email protected] atau melalui whatsapp wasap.my/60199192774

Temuduga akan dijalankan pada November atau Disember 2023.

13/04/2023

Ramadhan semakin ke penghujung. Kami dengan rendah hati mengajak tuan-puan Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama mengambil peluang Ramadhan yang masih berbaki ini, melaksanakan infaq yang besar atas nama pendidikan agama Islam yang berterusan buat para penuntut kami.

Kami membuka peluang kepada seluruh Muslimin dan Muslimat dengan seluas-luasnya untuk mengukir nama sebagai salah seorang yang mendapat bahagian kebaikan yang besar apabila bertemu dengan Allah swt kelak.

Mohon terus share iklan kami ini pada setiap hari dilaman sosial anda tanpa jemu, tanda sokongan dan bantuan anda buat kami. Semoga Allah hadirkan buat kami para penyumbang yang budiman, para dermawan dan pencinta agama, menghulurkan sumbangan dari seluruh pelusuk dan ceruk, berkat Ramadhan yang mulia ini.

04/04/2023

Terima Ust Ben atas kesudian menyerah wakaf pembangunan Ribath Beserah mewakili mertua beliau. Moga Allah SWT memberkahi ust Ben n seluruh isi ahli keluarga beliau khususnya mertua beliau

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Jeram, Beserah (belakang Perumahan Satelite Beserah)
Kuantan
26100