17/08/2026
Kebersihan dapur adalah sebahagian daripada budaya kerja seorang chef yang profesional! 👨🍳✨
Hari ini, PEngajar dan pelajar SKM Tahap 2 Batch 11 bersama-sama berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengemas kitchen bagi memastikan ruang latihan sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa.
💪 Kerja bersama
🧽 Bersih bersama
🤝 Semangat berpasukan
✨ Kitchen bersih, latihan lebih selesa!
Aktiviti sebegini bukan sahaja memastikan kebersihan kitchen terjaga, malah mendidik para pelajar tentang kepentingan personal hygiene, food safety, kitchen sanitation, disiplin dan teamwork dalam industri makanan & hospitaliti.
Kerana bagi kami di DSH Academy, pembentukan seorang tenaga kerja yang berkualiti bermula daripada sikap, disiplin dan kebersihan. ❤️
👏 Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
“Clean Kitchen, Safe Kitchen, Professional Kitchen!” 👨🍳✨