27/09/2026
๐ฆ๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ช๐๐ง๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Burung merbah terbang sekawan,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Latihan ditempuh penuh ketahanan,
Persaudaraan teguh di dalam hati.
Setiap kali hadir latihan, ada masa dan tenaga yang diberikan. Kaedah yang perlu diulang, kesilapan yang perlu diperbaiki dan disiplin yang perlu dikekalkan.
Sepanjang proses itu, mereka bukan sahaja berkembang sebagai pesilat, tetapi semakin mengenali dan mempercayai satu sama lain sebagai satu pasukan.
Kini, Srikandi Merah membawa bersama segala titik peluh, komitmen dan persaudaraan yang telah dibina menuju KWDTR 2026.
Jumpa anda semua di IPGM Raja Melewar, Negeri Sembilan pada 30 Oktober 2026.
KWDTR, kami datang.