23/04/2019
AlhamdulilLah.
Menerima kehadiran Team Pengurusan BUMIJEZ SDN BHD (Darul Jenazah & Darul Pusaka) pada 15 - 19 hb April 2019 yang lepas. Al-Asri merakamkan jutaan terima kasih buat Tuan Fadlil Azim, Naib Presiden Bumijez bersama dengan Tuan Akmal dan Ustaz Nasir kerana memilih Al-Asri sebagai platform untuk mempromosikan produk Bumijez di Pantai Timur khususnya negeri Terengganu.
Menariknya, kedatangan Tuan Azim pada tarikh yang sama dengan pengendalian Professional Learning Facilitator (PLF) oleh Sifu Rizal Hasan, di mana Tuan Azim juga adalah merupakan produk keluaran PLF juga. Pertemuan yang tak dirancangkan ini memberi keyakinan bahawa program PLF telah berjaya melahirkan penceramah yang berjaya. Tuan Azim dikenali sebagai seorang Coach Usahawan di AIM dan beberapa intitusi usahawan lain.
InsyaAllah semoga tuntutan fardu kifayah ini dapat disebar-ratakan pada semua lapisan masyarakat iaitu membantu setiap insan membuat persediaan awal sebelum tiba saat kem4tian kita. Dengan motto "Menzahirkan Kasih Sayang" dan matlamat "Pengurusan jenazah tanpa tunai", didoakan usaha ini akan memberikan manfaat buat setiap keluarga di Malaysia.