Selangor Technical Skills Development Centre - STDC

Call Directions Website Contact the school

Selangor Technical Skills Development Centre - STDC Selamat datang ke Page Rasmi Selangor Technical Skills Development Centre - STDC yang dahulunya dikenali sebagai INPENS International College

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang dahulunya dikenali sebagai INPENS telah ditubuhkan pada 8 Jun 1993. STDC merupakan sebuah institusi pengajian tinggi sulung yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Bermula pada tahun 2006, STDC telah memberi tumpuan untuk membangunkan program yang berteraskan kemahiran teknikal sepenuhnya. Program ini memberikan pelajar latihan vokasional berdasarkan pembelajaran berpandukan Standard Kemahiran Perkerjaan Kemahiran atau National Occupational Skill Standards (NOSS). Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran kepada para pelajar yang tercicir dari melanjutkan pelajaran disebabkan oleh kemiskinan. Program ini memberi peluang kedua kepada para pelajar yang tidak berjaya dalam bidang akademik untuk mendalami bidang kemahiran teknikal.

๐Œ๐ˆ๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€? ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐€๐๐ƒ๐€!Kuasai ilmu pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem ...
24/09/2026

๐Œ๐ˆ๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€? ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐€๐๐ƒ๐€!

Kuasai ilmu pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penyaman udara bersama program SKM Penyaman Udara Tahap 3 di STDC.

๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ
๐Ÿ“Œ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต**

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง: ๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 16 tahun ke atas
โœ… Menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
โœ… Sihat tubuh badan

๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐’๐“๐ƒ๐‚?
โœ… Persijilan diiktiraf oleh JPK
โœ… Kampus lengkap dengan fasiliti terbaik
โœ… Pelbagai bantuan pengajian disediakan**
โœ… Yuran pendaftaran & pengajian ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ **
โœ… Penginapan ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ sehingga tamat pengajian**
โœ… Kaedah pembelajaran 70% praktikal, 30% teori
โœ… Kebolehpasaran graduan tinggi & peluang kerjaya cerah

โš ๏ธ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐! ๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐š๐ฉ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข?
๐Ÿ–ฅ๏ธ Mohon sekarang di https://stdc.edu.my/daftar-sekarang

๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ:
๐Ÿ“ฑ WhatsApp: www.wasap.my/60103521525/mohonSTDC
โ˜Ž๏ธ Telefon: 03-3281 2616
๐ŸŒ Website: www.stdc.edu.my

Jangan lepaskan peluang ini! Serlahkan potensi anda melalui TVET bersama STDC.

**tertakluk kepada terma & syarat

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI GUANGDONG WOMEN POLYTECHNIC COLLEGE , CHINA KE STDC8 September 2026 | STDC-X Shah Alam & STDC ...
11/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI GUANGDONG WOMEN POLYTECHNIC COLLEGE , CHINA KE STDC

8 September 2026 | STDC-X Shah Alam & STDC Kuala Selangor

STDC telah menerima kunjungan hormat delegasi seramai lima orang dari Guangdong Women Polytechnic College , China, dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).

Lawatan dimulakan di STDC-X Shah Alam sebelum diteruskan ke STDC Kuala Selangor. Sepanjang sesi pertemuan, kedua-dua pihak bertukar pandangan dan membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya berkaitan pelaksanaan program bersama serta pertukaran pelajar antara kedua-dua institusi.

Delegasi turut dibawa melawat kemudahan latihan di Sektor Teknologi Maklumat dan Sektor Kulinari STDC Kuala Selangor bagi melihat sendiri pelaksanaan pembelajaran, kemudahan latihan serta pendekatan pembangunan kemahiran yang diterapkan kepada para pelajar STDC.

Kunjungan ini membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama yang lebih luas dalam aspek pembangunan kurikulum, perkongsian kepakaran, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar serta pelaksanaan program latihan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

STDC komited untuk terus memperluas jaringan strategik antarabangsa dalam usaha melahirkan bakat TVET yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri global.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT STDC 4 September 2026:  Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Sambu...
11/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT STDC

4 September 2026: Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M bertempat di Auditorium STDC.

Program ini diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menghayati keindahan akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Sambutan yang berlangsung dengan penuh penghayatan ini turut menjadi platform untuk mengetengahkan kreativiti serta bakat para pelajar STDC melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang program.

Semoga penganjuran ini dapat memperkukuh nilai kerohanian, membentuk sahsiah terpuji dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga STDC.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.
Meneladani Akhlak Rasulullah, Membina Generasi Berilmu dan Beradab.

4 September 2026: Delegasi Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah mencatat satu lagi pencapaian penti...
11/09/2026

4 September 2026: Delegasi Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) telah mencatat satu lagi pencapaian penting di Harbin, China, menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan Kerjasama Akademik dan Pendidikan antara STDC dengan College of International Cooperative Education, Harbin Engineering University (HEU).

MoU tersebut mewujudkan kerangka kerjasama akademik dan pendidikan jangka panjang yang merangkumi pertukaran pelajar dan tenaga akademik, pelaksanaan program pendidikan dan latihan bersama, pembangunan kurikulum, inisiatif penyelidikan, seminar akademik, bengkel serta aktiviti lain yang dipersetujui bersama.

Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen STDC dalam menyediakan peluang antarabangsa yang lebih luas kepada bakat-bakat Selangor, khususnya dalam bidang kejuruteraan nuklear, teknologi, tenaga dan sains termaju. Melalui inisiatif seperti Program Biasiswa Tenaga Atom atau Atomic Energy Scholarship (AES), individu berbakat berpeluang melanjutkan pengajian pascasiswazah bertaraf dunia di HEU sebelum menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran mereka kepada pembangunan industri serta teknologi di Selangor.

Program tersebut diteruskan dengan lawatan dan sesi pertukaran pandangan di College of Nuclear Science and Technology, HEU. Sesi ini menyediakan platform penting kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama pada masa hadapan serta memperkukuh hubungan antara institusi.

Pencapaian ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha STDC membangunkan bakat masa hadapan yang berdaya saing di peringkat global, di samping memperluas jaringan kerjasama strategik antarabangsa demi manfaat Negeri Selangor.

PROGRAM BAPA ANGKAT PASUKAN POWERLIFTING PARA SUKMA SELANGOR 2026STDC telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Pr...
03/09/2026

PROGRAM BAPA ANGKAT PASUKAN POWERLIFTING PARA SUKMA SELANGOR 2026

STDC telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Bapa Angkat Pasukan Powerlifting Para SUKMA Selangor 2026 pada 2 September 2026 bertempat di STDCX, Shah Alam.

Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan STDC dalam membantu persediaan Pasukan Powerlifting Para Selangor menghadapi temasya Para SUKMA Selangor 2026.

Dalam majlis tersebut, pihak MKS Tyre telah menyampaikan sumbangan tajaan berjumlah RM2,000, manakala STDC turut menyalurkan sumbangan bernilai RM1,200 bagi membantu memenuhi keperluan persediaan atlet.

Majlis turut dihadiri oleh 12 orang atlet dan barisan pengurusan pasukan, wakil MKS Tyre, wakil Majlis Sukan Negeri Selangor serta pengurusan STDC.

STDC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MKS Tyre atas keprihatinan dan kesudian menyokong pembangunan sukan para di Negeri Selangor. Sumbangan ini bukan sahaja membantu dari aspek persediaan pasukan, malah menjadi suntikan semangat kepada para atlet untuk memberikan prestasi terbaik dalam pertandingan.

Seluruh warga STDC mendoakan agar Pasukan Powerlifting Para Selangor terus bersemangat, berdaya saing dan berjaya menyumbang pingat kepada kontinjen Negeri Selangor.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan!

โ€œStrength Beyond Limits, Inspiring Beyond Boundariesโ€

โ€‹Tyre

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH KONTINJEN STDC โ€” TEMPAT KETIGA PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ†Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen ...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH KONTINJEN STDC โ€” TEMPAT KETIGA PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ†

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Kategori Swasta/NGO/GLC/Badan Berkanun dalam Pertandingan Perarakan dan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor, yang berlangsung di Stadium Kajang malam tadi.

Kejayaan ini merupakan hasil semangat berpasukan, disiplin, komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap anggota kontinjen sepanjang sesi latihan sehingga hari pertandingan. Kontinjen STDC turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, penyelaras, jurulatih yang diketuai oleh En. Rusman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta seluruh warga STDC yang memberikan sokongan dan menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung kepada kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kebersamaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga STDC untuk terus melakar kecemerlangan.

Tahniah, Kontinjen STDC!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Hari Kebangsaan ini, seluruh Pengurusan dan warga Selangor Technic...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Hari Kebangsaan ini, seluruh Pengurusan dan warga Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan, kemahiran dan inovasi.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera demi generasi hari ini dan masa hadapan.

Selamat Hari Kebangsaan!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga STDC

STDC RAIKAN KUMPULAN PERINTIS BIASISWA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NUKLEAR NEGERI SELANGOR 2026Selangor Technical Skills Devel...
26/08/2026

STDC RAIKAN KUMPULAN PERINTIS BIASISWA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NUKLEAR NEGERI SELANGOR 2026

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) berbangga meraikan tiga anak muda Selangor yang terpilih sebagai kump**an perintis Biasiswa Pembangunan Kemahiran Nuklear Negeri Selangor 2026.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amani bin Mazlan, Aiman Shakirah binti Ahmad Jaffar dan Hafidz Syahmi bin Faznee Aniff yang bakal melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Kejuruteraan Nuklear di Harbin Engineering University (HEU), China, mulai September 2026 hingga Julai 2029. Setiap penerima akan menerima tajaan berjumlah RM15,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Selain mengikuti pengajian akademik, para penerima biasiswa turut berpeluang menjalani latihan industri bersama China General Nuclear Power Group (CGN), sekali gus memberikan pendedahan secara langsung kepada teknologi, operasi dan amalan industri tenaga nuklear pada peringkat antarabangsa.

Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan tiket penerbangan, baucar buku, Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT), komputer riba dan elaun perpindahan. Kerajaan China p**a akan menanggung yuran pengajian, insurans perubatan serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Program yang dikendalikan oleh STDC di bawah inisiatif IKTISASS ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan China, bersama Tsinghua University, Harbin Engineering University dan China General Nuclear Power Group.

Selaras dengan aspirasi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026โ€“2030, program ini dirancang untuk diperluas kepada 22 lagi pelajar pada tahun 2027 dan 2028. Pelaksanaan tersebut akan menjadikan keseluruhan sasaran seramai 25 bakat anak Selangor yang dibangunkan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tenaga nuklear.

STDC mendoakan agar ketiga-tiga penerima biasiswa ini memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya, menimba ilmu dan pengalaman seluas mungkin serta kembali membawa kepakaran untuk berbakti kepada negeri Selangor dan negara.

Semoga kump**an perintis ini menjadi pencetus kepada pembentukan generasi pakar tempatan yang akan membantu Selangor meneroka masa hadapan sektor tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.

Tahniah dan selamat maju jaya!

JAWATAN KOSONG DI STDC...
26/08/2026

JAWATAN KOSONG DI STDC...

26/08/2026

Saksikan Konsert Merdeka 69 yang bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke 69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 pada ketetapan seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)
โฐ ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
โฃ๐Ÿ“ ๐’๐ญ๐š๐๐ข๐ฎ๐ฆ ๐Š๐š๐ฃ๐š๐ง๐ 
๐Œ๐š๐ฉ๐ฌ/ ๐–๐š๐ณ๐ž - maps.app.goo.gl/TZ96Qโ€ฆ

Jemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan, kita meriahkan Konsert Merdeka 69.

Jumpa anda di sanaโ€ผ๏ธ




Address

Jalan Semarak
Kuala
45000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60146492621

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selangor Technical Skills Development Centre - STDC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Selangor Technical Skills Development Centre - STDC:

Shortcuts

Share

Category