24/12/2025
๐ฑ ANAK KITA MEMBESAR, BUKAN BERLUMBA ๐ฑ
Ibu ayah pernah rasa risau bila dengar soalan ini?
โAnak dah pandai baca belum?โ
โDah boleh menulis ke belum?โ
Kami faham ๐ค
Tapi di sebalik semua itu, pernahkah kita bertanya:
โAnak saya dah kenal Allah belum?โ
๐ธDi Tadika Mesra Net, kami percaya pendidikan yang sebenar bermula daripada iman. Anak-anak dididik untuk:
โจ kenal siapa Pencipta mereka
โจ mengenal dan mencintai Nabi Muhammad ๏ทบ
โจ belajar adab, akhlak dan nilai murni dalam kehidupan seharian
โจ mendekati dan mencintai Al-Quran sejak kecil
๐ธSemua ini disampaikan melalui pembelajaran yang menyeronokkan, sesuai dengan usia dan fitrah anak-anak.
๐ Membaca dan menulis itu penting, tetapi iman yang menjadi asas jiwa jauh lebih utama. Kerana anak yang hatinya kenal Allah,
akan lebih mudah dibimbing menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.
๐ธ Kami di Tadika Mesra Net bukan mendidik sendirian, tetapi bergandingan dengan ibu bapa, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan arah yang jelas.
๐ธ Bukan sekadar pandai, tetapi menjadi anak yang beriman, beradab dan mencintai Al-Quran.
๐ฉ Pendaftaran Sesi 2026 masih dibuka.
Ibu ayah yang mencari prasekolah berteras tarbiyah, kami sedia berjalan bersama, in shaa Allah.
๐ธBersama mendidik Generasi Yang Cinta Al-Quran, Robb dan Rasul-NYA.