Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba

Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba

Share

Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba was established in 2018 and officiated in April 2021

Photos from Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba's post 02/02/2026

๐Ÿฅ‹ UJIAN KENAIKAN BENGKUNG
SENI SILAT TANGAN KOSONG ๐Ÿฅ‹

Pergi ke hutan mencari rotan,
Rotan diikat di hujung dahan;
Ilmu dituntut penuh ketahanan,
Adab dijaga sepanjang zaman.

Telah berlangsung Ujian Kenaikan Bengkung Tangan Kosong melibatkan Guru Latih dan Jurulatih KSSGWP bersama Guru Utama, Cikgu Nuroolhuda bin Abdul Rahman.

๐Ÿ“ Tempat: Kem Bukit Perjuangan
๐Ÿ—“ Tarikh: 1 Februari 2026
๐Ÿ“† Hari: Ahad
โฐ Masa: 7.00 pagi โ€“ 3.00 petang

Semoga ujian ini menjadi medan penilaian ilmu, disiplin dan ketahanan diri, serta melahirkan pesilat yang berakhlak, berilmu dan berjati diri tinggi.

Langkah diatur penuh berhemah,
Bengkung diikat lambang amanah;
Silat diwaris bukan sekadar gagah,
Akhlak mulia jadi terasnya.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat ๐Ÿ‘

Teruskan perjuangan, istiqamah dalam latihan dan pengabdian seni warisan bangsa ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œSilat bukan sekadar gerak dan langkah, tetapi medan membentuk akhlak, disiplin dan jati diri. Alah bisa tegal biasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.โ€










Photos from Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba's post 24/12/2025

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Langkah dibuka di tapak gelanggang,
Niat disusun seiring doa;
Silat dijunjung bukan untuk bermegah,
Adab didahulu, ilmu dijaga.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsung Program Perlimau Tapak dan Perlimau Seni anjuran Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba, bertempat di Warisan As Syakirin pada 26 Oktober 2025.

Program ini dilaksanakan sebagai proses pembukaan tapak ilmu dan penghalusan seni persilatan, berlandaskan adab, disiplin serta amanah warisan Melayu. Perlimau bukan sekadar satu upacara, tetapi lambang penyucian niat, pengukuhan akhlak serta ikatan antara murid, guru dan ilmu yang diperturunkan.

Majlis ini telah dipimpin dan disempurnakan bersama Hj Noorulhuda Bin Hj Abdul Rahman,
(Datuk Panglima Cula Hitam),
Guru Utama Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba (KSSGWP),
yang sentiasa menegaskan bahawa silat bukan untuk meninggi diri, tetapi untuk mendidik jiwa, memelihara adab serta mempertahankan maruah bangsa dengan penuh tanggungjawab.

Semoga setiap langkah yang dibuka melalui Perlimau Tapak dan setiap seni yang dihalusi melalui Perlimau Seni menjadi asbab keberkatan ilmu, kekuatan rohani dan kesinambungan warisan persilatan Melayu agar terus hidup, berakar dan terpelihara dalam acuan Islam serta budaya yang luhur.

Bunga tanjung di hujung desa,
Disiram embun di awal pagi;
Silat warisan dijaga bersama,
Bukan pada gerak, tetapi pada budi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga silat terus terpelihara, terpahat bukan sekadar pada gerak tubuh, tetapi dalam adab dan jiwa pewarisnya.

๐Ÿ“ฟโš”๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ







Photos from Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba's post 16/11/2025

Latihan Gelanggang Puncak Alam setiap Sabtu 930 hingga 1130 malam.

Photos from Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba's post 05/07/2025

Di sebalik tangisan ini, ada guru yang mengerti. Di dalam kepayahan ini, ada ilmu yang tersembunyi.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Proses ini mungkin perit, tetapi penuh dengan kasih sayang dan hikmah.

Anak-anak ini sedang ditempa. Bukan hanya untuk ketahanan tubuhnya, tetapi untuk kekuatan jiwanya. Semoga membesar menjadi pewaris ilmu dan warisan bangsa.

Sesi latihan KSSGWP Gelanggang Puncak Alam setiap hari Sabtu bermula 930 malam hingga 1045 malam.

25/06/2025
23/06/2025

WARISAN PURBA@@@

Photos from Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba's post 15/06/2025

Sesi latihan gelanggang Warisan Purba Puncak Alam. Latihan kami setiap Sabtu bermula 930 malam. Lokasi di Fasa3 Puncak Alam. Alhamdulillah pelajar bengkong putih dah mula pelajaran pisau.

14/06/2025

โ€œAssalamualaikum, wahai amanah guruku.โ€

โ€œAmanah kembali kepada asalnya. Aku mohon dihalalkan segala ilmu.โ€

Sollu โ€˜Alan Nabi

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


1. Puncak Alam, 2. Shah Alam, 3. Alam Budiman, 4. Sungai Udang
Kuala
42300