PPPM UMT - Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa

PPPM UMT - Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa

Share

Pusat Pembangunan & Pemerkasaan Mahasiswa
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni
UMT

Photos from Media Kreatif UMT's post 06/06/2026
Photos from Timbalan Naib Canselor - HEPA UMT's post 06/06/2026
27/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa oleh Aidiladha menjadi inspirasi dalam membentuk insan yang lebih berjiwa besar, prihatin dan bersyukur. ๐Ÿค






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H

Hari yang penuh keberkatan, pengampunan dan doa yang mustajab. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadah, doa serta puasa sunat Arafah. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Photos from Timbalan Naib Canselor - HEPA UMT's post 25/05/2026

โœจKEM KEPEMIMPINAN MAHASISWA (KEMSIS) 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada 23 Mei 2026 selepas berlangsung selama tiga hari di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang. Program anjuran Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu ini berjaya menghimpunkan barisan kepemimpinan mahasiswa serta wakil kelab dan persatuan universiti dalam usaha memperkasa bakat kepemimpinan dan jati diri mahasiswa UMT.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian berbentuk pembangunan kepemimpinan, pembentukan sahsiah, pengukuhan kerja berpasukan serta perkongsian inspirasi bersama panel jemputan berpengalaman. KEMSIS 2026 turut menjadi platform terbaik dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berintegriti dan bersedia mendepani cabaran sebagai pemimpin masa hadapan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini serta berharap agar segala ilmu, pengalaman dan nilai kepemimpinan yang diperoleh sepanjang KEMSIS 2026 dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh peranan mereka sebagai pemimpin mahasiswa universiti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, fasilitator, panel jemputan serta para peserta yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga KEMSIS 2026 terus menjadi medium penting dalam melahirkan mahasiswa UMT yang holistik, berkepimpinan tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan universiti, masyarakat serta negara.






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Photos from Timbalan Naib Canselor - HEPA UMT's post 23/05/2026

โœจ Majlis Perasmian Penutup โœจ
Kem Kepemimpinan Mahasiswa (KEMSIS) 2026

Setelah memasuki hari ketiga, program KEMSIS 2026 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pembangunan kepemimpinan, jati diri dan semangat kebersamaan, tirai KEMSIS 2026 bakal dilabuhkan dengan majlis penutup yang penuh bermakna.

๐Ÿ“… Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 2.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Kela Adventure Camp, Raub, Pahang

Majlis ini akan disempurnakan oleh:
๐ŸŽ“ YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Universiti Malaysia Terengganu

Sepanjang penganjuran bermula 21 hingga 23 Mei 2026, para peserta seramai lebih kurang 50 orang telah melalui pelbagai pengisian berimpak tinggi seperti:
๐Ÿ”น Ice Breaking & pembinaan kumpulan
๐Ÿ”น Wave of Leadership (Water Confident & Water Trekking)
๐Ÿ”น Aspirasi bersama penasihat dan kepemimpinan pelajar
๐Ÿ”น Survival Kitchen & Jejak Rasa Alam
๐Ÿ”น Dialog Demokrasi Kampus
๐Ÿ”น Slot pembangunan sahsiah & integriti
๐Ÿ”น Pendedahan kepemimpinan dari kampus ke korporat

Pada sebelah pagi, program diteruskan dengan Slot Membina Generasi Beradab dan Berintegriti daripada En. Muhammad Danial Khaleq bin Mohd Ali, Ketua Kepimpinan dan Pemerkasaan Mahasiswa Student Excellence Leadership Center (SELECT), Universiti Utara Malaysia.

Program ini menjadi wadah penting dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya kepemimpinan tinggi, berintegriti serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan.






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Photos from Timbalan Naib Canselor - HEPA UMT's post 23/05/2026

โœจPelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang penganjuran bermula 21 hingga 22 Mei 2026, para peserta telah melalui pelbagai pengisian berimpak tinggi seperti:
๐Ÿ”น Ice Breaking & pembinaan kumpulan
๐Ÿ”น Wave of Leadership (Water Confident & Water Trekking)
๐Ÿ”น Aspirasi bersama penasihat dan kepemimpinan pelajar
๐Ÿ”น Survival Kitchen & Jejak Rasa Alam
๐Ÿ”น Dialog Demokrasi Kampus
๐Ÿ”น Slot pembangunan sahsiah & integriti
๐Ÿ”น Pendedahan kepemimpinan dari kampus ke korporat

Program ini menjadi wadah penting dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya kepimpinan tinggi, berintegriti serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan.






Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

20/05/2026

โœจ 3 figura hebat bakal berkongsi pengalaman dan inspirasi! โœจ

Kem Kepemimpinan Mahasiswa (KEMSIS) 2026 yang bakal menghimpunkan mahasiswa dalam program pembangunan kepemimpinan, jati diri dan kerja berpasukan.

๐Ÿ“… Tarikh: 21 โ€“ 23 Mei 2026 (Khamis โ€“ Sabtu)
๐Ÿ“ Lokasi: Kela Adventure Camp, Raub Pahang

๐ŸŽค Barisan figura jemputan:

โ–ช๏ธ En. Agha Khilfi Suarno
Ahli Lembaga Pengarah (Alumni)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

โ–ช๏ธ En. Zulkifli Bin Che Hussin
Pengurus
(Kolaborasi dan Strategik)
Yayasan Perkasa Siswa

โ–ช๏ธ En. Muhammad Danial Khaleq bin Mohd Ali
Ketua Kepimpinan dan Pemerkasaan Mahasiswa
Student Excellence Leadership Center (SELECT)
Universiti Utara Malaysia

๐Ÿ’ก Jangan lepaskan peluang untuk menimba pengalaman, memperluas jaringan dan membina potensi diri bersama barisan tokoh inspirasi!

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Photos from PPPM UMT - Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa's post 20/05/2026

๐Ÿ”ฅ KEM KEPIMPINAN MAHASISWA (KEMSIS) 2026 ๐Ÿ”ฅ

Kem Kepimpinan Mahasiswa (KEMSIS) 2026 merupakan sebuah program pembangunan mahasiswa yang bertujuan membentuk pelajar berdaya saing, berfikiran kritis serta memiliki nilai kepimpinan yang tinggi.

๐Ÿ“ŒProgram ini memberi pendedahan kepada peserta melalui pelbagai aktiviti :
โ€ข Memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa
โ€ข Mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan kerjasama
โ€ข Meningkatkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri
โ€ข Membentuk sahsiah dan jati diri mahasiswa yang berkualiti
โ€ข Memberi pendedahan kepada aktiviti pembangunan diri secara holistik
โ€ข Melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing dan berintegriti

๐Ÿ—“ 21 โ€“ 23 Mei 2026 (Khamis โ€“ Sabtu)
๐Ÿ“ Kela Adventure Camp, Raub, Pahang

Diharapkan program ini mampu melahirkan mahasiswa yang lebih berwibawa, berintegriti dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan yang cemerlang. ๐ŸŒŸ

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

17/05/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

HEBAHAN PROGRAM LITERASI KEWANGAN, INTEGRITI & ANTI-RASUAH MAHASISWA 2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Program Literasi Kewangan, Integriti & Anti-Rasuah Mahasiswa 2026 yang bertemakan โ€œMemperkasakan Integriti dan Memantapkan Pengurusan Kewangan Mahasiswaโ€ sebagaimana ketetapan berikut :

๐Ÿ“† Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT
โฐ Masa : 7.30 pagi
โœจ Merit : Merit MyStar disediakan
๐ŸŽ Kemudahan : Makan dan minum, kit program serta e-Sijil disediakan

Program ini melibatkan kerjasama strategik antara UMT, KWSP dan SPRM bagi memperkukuh pendidikan literasi kewangan, integriti serta kesedaran anti-rasuah dalam kalangan mahasiswa sebelum memasuki alam pekerjaan.

Majlis ini akan disempurnakan oleh :
๐ŸŽ–๏ธ YB Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi

Diminta pelajar yang berminat untuk mengisi Google Form yang disediakan ;

๐Ÿ”— Google Form : https://forms.gle/7AtG6ZnF1dG1r5Cg9
๐Ÿ”— Join WhatsApp Group : https://chat.whatsapp.com/KHpPNq7TqOhIlmS5FVrC4S?mode=gi_t

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Munirah binti Mansor atau melalui emel [email protected].

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Aras 1, Bangunan Kompleks Siswa
Kuala
21030