SRITI Darul Amilin Ijok

SRITI Darul Amilin Ijok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Darul Amilin Ijok, School, 21-2 Jalan Ijok 5 taman Ijok utama, Kuala.

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙SRITI Darul Amilin Ijok mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga SRIT...
25/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

SRITI Darul Amilin Ijok mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga SRITI, ibu bapa, murid-murid serta umat Islam.

Marilah kita menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dengan mencontohi akhlak Baginda, menghayati sunnah serta menjadikan ajaran Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💚

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



LENSASRITI - PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H✨Alhamdulillah, telah berlangsung Program Maulidur Rasul 1448H di SRITI Darul A...
21/08/2026

LENSASRITI - PROGRAM MAULIDUR RASUL 1448H✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Maulidur Rasul 1448H di SRITI Darul Amilin Ijok pada 21 Ogos 2026 bersamaan 8 Rabiulawal 1448H.

Program diserikan dengan ucapan aluan, bacaan qasidah dan selawat, tayangan perdana, kuiz Maulidur Rasul serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah dan syabas pada para pemenang kuiz Maulidur Rasul.

Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta mendorong kita untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. 🌿

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



✨PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL🌙SRITI Darul Amilin Ijok akan mengadakan Program Maulidur Rasul pada 21 Ogos 2026 (Jumaa...
20/08/2026

✨PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL🌙

SRITI Darul Amilin Ijok akan mengadakan Program Maulidur Rasul pada 21 Ogos 2026 (Jumaat).

Program akan dimulakan dengan qasidah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, diikuti tayangan perdana istimewa Maulidur Rasul.

Sehubungan itu, murid-murid diminta hadir dengan pakaian seperti berikut:

Lelaki:
• Baju Melayu lengkap bersampin
• Berkopiah sekolah

Perempuan:
• Baju kurung
• Tudung sekolah

Semoga program ini menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW serta menjadi pengajaran buat anak-anak dalam mencontohi akhlak dan sunnah Baginda.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SRITI DARUL AMILIN IJOK 2026 🇲🇾“Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera!” ❤️💙💛SRITI Darul Amilin ...
20/08/2026

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SRITI DARUL AMILIN IJOK 2026 🇲🇾

“Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera!” ❤️💙💛

SRITI Darul Amilin Ijok menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan 2026 yang berlangsung dari 17 Ogos hingga 7 September 2026 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti menarik dan berunsurkan patriotisme telah disusun bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid. Antaranya Perhimpunan dan Perasmian Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang, Solat Hajat dan Doa Selamat untuk Kesejahteraan Negara, Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Sejarah Kemerdekaan, Bercerita dan Membaca Sejarah Islam Malaysia serta Pertandingan Lagu Patriotik secara rakaman.

Program ini bukan sekadar untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan, malah menjadi medium untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air, mengenali sejarah perjuangan bangsa serta membentuk generasi yang menghargai keamanan dan keharmonian negara.

📌 17 Ogos – 7 September 2026
🎯 Tema: Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera!

MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI



LENSASRITI - USRAH GURU SRITI DARUL AMILIN IJOKAlhamdulillah, telah berlangsung Usrah Guru SRITI Darul Amilin Ijok pada ...
12/08/2026

LENSASRITI - USRAH GURU SRITI DARUL AMILIN IJOK

Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Guru SRITI Darul Amilin Ijok pada 5 Ogos 2026 dengan tajuk “Ibadah Solat”.

Pengisian usrah kali ini menekankan empat perkara penting yang perlu dihayati dalam mendirikan solat, iaitu:

🕌 1. Ta'zim– Mengagungkan Allah SWT serta menyedari kebesaran dan keagungan-Nya.

🤲2. Al-Haibah– Menghadirkan rasa gerun dan takut kepada Allah SWT dalam hati.

🌿3. Ar-Raja'– Meletakkan harapan kepada rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

🤍4. Al-Haya'– Menanam rasa malu kepada Allah SWT atas segala kekurangan dan kelemahan diri.

Solat bukan sekadar kewajipan yang dilaksanakan lima kali sehari, bahkan merupakan ibadah yang mendidik jiwa, membentuk keperibadian serta memperbaiki akhlak. Penghayatan terhadap solat yang sebenar dapat melahirkan hati yang lebih dekat kepada Allah SWT, menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar serta membentuk akhlak yang baik dalam kehidupan seharian.

Semoga pengisian usrah ini dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan para guru terhadap ibadah solat, seterusnya menjadikan solat sebagai sumber kekuatan rohani dalam melaksanakan amanah sebagai seorang pendidik.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI




LENSA SRITI : MESYUARAT KHAS PELARASAN AGIHAN ZAKAT SRITIAlhamdulillah telah berlangsung Mesyuarat Khas Pelarasan Agihan...
11/08/2026

LENSA SRITI : MESYUARAT KHAS PELARASAN AGIHAN ZAKAT SRITI

Alhamdulillah telah berlangsung Mesyuarat Khas Pelarasan Agihan Zakat SRITI pada 11 Ogos 2026 di Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor.

Mesyuarat ini dikelolakan oleh pengurusan SRITI Negeri Selangor yang diketuai oleh Ustaz Zubir Shah bin Omar selaku Pengarah SRITI Negeri Selangor. Mesyuarat ini memfokuskan berkenaan pelaksanaan kutipan dan agihan zakat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Ustaz Abd Kadir bin Umar selaku Pengerusi SRITI Kawasan Kuala Selangor, para pegawai serta guru-guru besar SRITI cawangan di bawah kendalian SRITI Kawasan Kuala Selangor.

Semoga hasil daripada mesyuarat ini dapat memberikan input yang berguna buat kedua-dua pihak bagi memperkasakan institusi zakat.

Sirru ala barakatillah.

MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR RABBANI & MURABBI


LENSA SRITI : SYABAS SRITI KAWASAN KUALA SELANGORAlhamdulillah SRITI Kawasan Kuala Selangor telah menerima Anugerah Peng...
09/08/2026

LENSA SRITI : SYABAS SRITI KAWASAN KUALA SELANGOR

Alhamdulillah SRITI Kawasan Kuala Selangor telah menerima Anugerah Pengurusan SRITI Kawasan Terbaik 2026 bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor pada 9 Ogos 2026 bertempat di Kelab Shah Alam.

Jutaan terima kasih yang tidak tehingga kepada semua guru serta staf SRITI Kawasan Kuala Selangor, murid dan para ibu bapa yang sentiasa menyokong agenda SRITI sebagai wadah pendidikan dunia & akhirat.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberikan semangat dan dorongan untuk membawa agenda pendidikan SRITI ke tahap yang tertinggi.

Siiru ala barakatillah

MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI & MURABBI


LENSA SRITI : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LADAP) BULAN OGOS 2026 & USRAH AMALILatihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) & SRITI ...
08/08/2026

LENSA SRITI : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LADAP) BULAN OGOS 2026 & USRAH AMALI

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) & SRITI Kawasan Kuala Selangor bagi bulan Ogos 2026 telah berlangsung di SRITI Bukit Malawati pada 8 Ogos 2026.

Program dimulakan dengan pengisian LADAP yang disampaikan oleh Dr Syaidatul Syakila Binti Aini bertajuk Amalan Gaya Hidup Sihat. Beliau menekankan bahawa pentingnya menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kemudian semua warga SRITI Kawasan Kuala Selangor dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk Usrah Amali. Setiap kumpulan dibenarkan untuk membuat usrah di mana-mana tempat pilihan mereka dan berkenal-kenalan sesama mereka. Usaha ini dilakukan bagi memupuk sifat ukhuwah sesama warga SRITI Kawasan Kuala Selangor.

Semoga dengan pelaksanaan LADAP dan Usrah Amali ini mampu memperkuatkan ukhuwah dan pengurusan organisasi SRITI Kawasan Kuala Selangor.

MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI & MURABBI



Apa hadiah paling agung untuk dikirimkan ke kubur ibu ayah kita hari ini?Bukan harta duniawi,Tapi sebuah ‘kilang pahala’...
06/08/2026

Apa hadiah paling agung untuk dikirimkan ke kubur ibu ayah kita hari ini?
Bukan harta duniawi,
Tapi sebuah ‘kilang pahala’ yang tak pernah cuti beroperasi
Salah satu kuncinya ada pada anak-anak bakal tahfiz di SRITI Bukit Melawati
Tuan/Puan yang dirahmati Allah,
Sudah sekian lama anak-anak ini terpaksa menumpang belajar di lot kedai sewa di Kuala Selangor
Alhamdulillah, berkat doa semua, kita kini sudah memiliki tapak tanah sendiri di Bukit Melawati untuk didirikan bangunan sekolah yang sebenar
Namun, fasa pembinaan ini terhenti menanti dana
RM2.6 Juta diperlukan untuk merealisasikan impian ini,
Berat jika dipikul sendiri,
tetapi menjadi sangat ringan jika anda bersama kami
Bayangkan impaknya nanti.
Apabila bangunan ini teguh berdiri,
dengan alunan ayat Al-Quran setiap hari,
pahalanya akan terus ‘berdesup’ masuk ke akaun akhirat ibu ayah kita, tanpa henti
Dengan niat sedekah serendah Nilai 1 Lot Bata (RM30),
atau seberapa sahaja seikhlas hati,
mari kita wujudkan tapak ibadah ini sebagai ‘saham akhirat’ kekal buat mereka
Bantu kami dalam ibadah ini,
Sedekah terus ke akaun rasmi SRITI:
Cara sedekah:

🏧 Online Transfer:
Bank Islam
12083010043558
Darul Amilin Management

🤳 DuitNow QR:
→ Screenshot poster ini
→ Buka aplikasi bank
→ Klik "Scan QR"
→ Klik "Upload dari Galeri"
→ Pilih screenshot tadi
→ Sedekah
Whatsapp kami jika perlukan maklumat lanjut ya:
https://whatsappkami.wassap.my
📌 Nota Makluman Telus:
SRITI Darul Amilin Bukit Melawati dan SRITI Darul Amilin Ijok bernaung di bawah pengurusan yang sama. Hebahan iklan ini digerakkan melalui page ini bagi melancarkan urusan kempen, dan 100% sumbangan anda akan disalurkan terus ke akaun rasmi pembangunan SRITI Bukit Melawati

🏗️ PROGRES PEMBANGUNAN DEWAN SRITI DARUL AMILIN IJOK 🏗️Sedikit demi sedikit impian membina sebuah dewan yang lebih seles...
05/08/2026

🏗️ PROGRES PEMBANGUNAN DEWAN SRITI DARUL AMILIN IJOK 🏗️

Sedikit demi sedikit impian membina sebuah dewan yang lebih selesa untuk kegunaan warga SRITI Darul Amilin Ijok semakin menjadi kenyataan. Hasil sumbangan dan infaq daripada para penyumbang yang budiman, kerja-kerja renovasi dewan kini sedang giat dijalankan.

Namun, proses renovasi masih belum selesai.
Bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, kami masih memerlukan dana pembangunan dewan untuk menampung kos-kos renovasi yang berbaki.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai. Setiap ringgit yang diinfaqkan akan menjadi pelaburan akhirat dan memberi manfaat kepada generasi pewaris ummah yang menuntut ilmu di SRITI Darul Amilin Ijok.

Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan mempermudahkan urusan kita semua.




Address

21-2 Jalan Ijok 5 Taman Ijok Utama
Kuala
45620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Darul Amilin Ijok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Darul Amilin Ijok:

Shortcuts

Share

Category