PALAPES UDARA UNISZA

PALAPES UDARA UNISZA PALAPES Udara UniSZA secara rasminya ditubuhkan pada 03 November 2011.

Penubuhan Markas PALAPES Udara di UniSZA berperanan untuk membuat pengambilan Pegawai Kadet PALAPES, melatih, mentauliahkan dan melahirkan siswazah yang terlatih dalam bidang ketenteraan untuk berkhidmat di dalam TUDM ataupun sektor awam. Penubuhan Markas PALAPES Udara dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara di UniSZA akan menggunakan penjawatan yang sedia ada dan beberapa penjawatan yang dipinjam dari Markas Tentera Udara Diraja Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ!“Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ, hari yang penuh keberkatan dalam memperingati ke...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ!

“Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ, hari yang penuh keberkatan dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Semoga kita terus menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, menghayati sunnah Baginda dan menjadikan akhlak mulia Baginda sebagai teladan dalam kehidupan seharian.”

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



[23 JULAI - 5 OGOS 2026]LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UniSZA TAHUN 2026Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA telah menye...
20/08/2026

[23 JULAI - 5 OGOS 2026]
LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UniSZA TAHUN 2026

Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA telah menyertai Latihan Berterusan PALAPES Udara UniSZA Tahun 2026 yang berlangsung bermula 23 Julai 2026 hingga 5 Ogos 2026. Latihan ini telah melibatkan seramai 75x Pegawai Kadet, terdiri daripada 15x Pegawai Kadet peringkat Senior, 29x Pegawai Kadet peringkat Intermediate dan 31x Pegawai Kadet peringkat Junior.

Latihan ini telah diketuai oleh Leftenan Mohamad Iqbal Ashraf bin Saidin TUDM selaku Ajutan Unit PALAPES Udara UniSZA yang bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memimpin pelaksanaan latihan bagi memastikan setiap pengisian berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Para Pegawai Sukarela PSSTUDM serta Para Jurulatih atas segala komitmen, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang latihan ini berlangsung. Bimbingan, kepakaran serta sokongan yang diberikan telah memainkan peranan penting dalam memastikan setiap fasa latihan dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus membentuk Pegawai Kadet yang lebih berdisiplin, berintegriti dan berdaya saing.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA atas kejayaan menamatkan Latihan Berterusan Tahun 2026 dengan penuh semangat juang, disiplin serta ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang latihan ini menjadi bekalan yang bermakna dalam melahirkan pegawai yang berwibawa, berintegriti dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.



SELAMAT MENJALANI LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UniSZA 2026“Excellence is earned through discipline and dedication.”S...
22/07/2026

SELAMAT MENJALANI LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UniSZA 2026

“Excellence is earned through discipline and dedication.”

Semoga setiap langkah yang diambil sepanjang latihan menjadi pengalaman yang bermakna dalam membentuk jati diri dan memperkukuh disiplin.



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!Unit PALAPES Udara UniSZA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar y...
30/06/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!

Unit PALAPES Udara UniSZA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir.

Semoga anda semua diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan, serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Yakinlah pada usaha yang telah dilakukan dan berikan yang terbaik dalam setiap kertas peperiksaan. Semoga segala penat lelah anda membuahkan hasil yang membanggakan.

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



20 JUN 2026LAWATAN HARI TERBUKA TUDM, PANGKALAN UDARA KUANTAN 2026 Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA telah mengadakan l...
22/06/2026

20 JUN 2026
LAWATAN HARI TERBUKA TUDM, PANGKALAN UDARA KUANTAN 2026

Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA telah mengadakan lawatan ke Program Hari Terbuka TUDM yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan. Lawatan ini turut disertai oleh 2 x barisan jurulatih, 1 x Pegawai Muda serta melibatkan 82 x Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA dari peringkat Junior, Intermediate dan Senior dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program berlangsung.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Lt Mohamad Iqbal Ashraf bin Saidin TUDM (376310), selaku Ajutan dan Pegawai Latih Unit PALAPES Udara UniSZA atas kesudian hadir serta memberikan sokongan sepanjang program ini dijalankan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK, warga TUDM serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga Pangkalan Udara Kuantan atas layanan dan kerjasama yang amat baik sepanjang pelaksanaan program.

Ucapan tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada 7806152 PKK Ahmad Amirul bin Ahmad Wazir, selaku Pengarah Program, atas kejayaan mengetuai dan menguruskan lawatan ini dengan cemerlang.

Lawatan seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan, aset dan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme, kepimpinan serta kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan generasi muda.

“Jadikan setiap detik bermakna, dan setiap usaha sebagai inspirasi untuk masa depan yang lebih baik.”



SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448HHijrah bukan sekadar peristiwa sejarah yang menandakan perpindahan Rasulullah SAW, ...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H

Hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah yang menandakan perpindahan Rasulullah SAW, tetapi merupakan simbol perubahan, pengorbanan dan pembaharuan diri ke arah yang lebih baik.

Semoga Awal Muharram ini menjadi pemangkin untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan ketakwaan dan terus berusaha menjadi insan yang lebih cemerlang di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) KE-6868 Tahun Mengukir Kecemerlangan, Mempertaha...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) KE-68

68 Tahun Mengukir Kecemerlangan, Mempertahankan Kedaulatan.

Pengorbanan, keberanian dan semangat juang yang ditunjukkan oleh warga TUDM menjadi tonggak kekuatan dalam mempertahankan ruang udara negara serta memelihara keamanan yang dinikmati hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga TUDM atas segala pengorbanan, keberanian dan komitmen yang dicurahkan dalam mempertahankan ruang udara serta kedaulatan negara.

“KUASA UDARA, PERISAI NEGARA”

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGMenjunjung k...
01/06/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga Unit PALAPES Udara UniSZA menzahirkan rasa syukur dan taat setia serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus memimpin negara dengan penuh hikmah, kewibawaan dan keadilan.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



SELAMAT HARI WESAK!Semoga sambutan Hari Wesak menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan, keharmonian dan saling mengho...
30/05/2026

SELAMAT HARI WESAK!

Semoga sambutan Hari Wesak menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

Selamat Hari Wesak kepada yang meraikannya.

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi juga peringatan tentang erti sebenar pengorbanan, k...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi juga peringatan tentang erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT.

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan diberkati oleh-Nya.

Salam Aidiladha 1447H.

Ikhlas daripada kami,
Unit PALAPES Udara UniSZA.



Address

Unit PALAPES Udara, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus
Kuala
21300

Telephone

+6096687822

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PALAPES UDARA UNISZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PALAPES UDARA UNISZA:

Shortcuts

Share

Category