"Yang muda banyak tenaga. Yang 40+ punya disiplin.."
Senaman Tua | Terengganu
Senaman Tua Terengganu
Senaman Tua berakar drpd persilatan istana melayu SILAT MELAYU KERIS LOK 9. Sarat dengan petua & adab.
Berfungsi sebagai senaman pemulihan tubuh dlm pengukuhan kesejahteraan kesihatan jasmani rohani serta keharmonian antara tubuh dan nafas.
27/05/2026
Eid Al Adha Mubarak 1447H 2026
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Senaman Tua - Terengganu
Alhamdulillah.. last week pertama kali join bersenam dah dapat kesannya - boleh tidur lena setelah sekian lama.
Minggu ni kami ajar khusus utk masalah yg dihadapinya utk diamalkan.
Dan sudah tentu Senaman Tua ni tak sama dengan yang lain, kerana ia adalah gerakan yang mengikut petuanya. Gerakan yang sudah disusun dengan mengikut fitrah tubuh badan manusia. Tanpa petua gerakan jadi biasa dan tak sampai maksud tujuannya.
Dalam gerakan ada petua.
Dalam petua memberi rasa.
Semoga bermanfaat bagi yg mengamalkannya.
Alhamdulillah.
Senaman Tua Terengganu dijemput utk buat sessi senaman bersama warga emas sempena Program Legacy : Linking Elders & Generations. Anjuran Unisza bersama warga emas (PAWE).
Senaman Tua adalah senaman yg berfokus untuk tambah nilai kesihatan & kemampuan tubuh untuk bangkit setiap pagi dengan kuat dan sejahtera. Usia hanyalah angka.
Terima kasih menjemput kami.
19/05/2026
Senaman untuk uji kekuatan dan senaman untuk tambah nilai kesihatan merupakan dua perkara yang jauh berbeza.
Senaman Tua adalah senaman yg berfokus untuk tambah nilai kesihatan serta kemampuan tubuh untuk bangkit setiap pagi dengan kuat dan sejahtera.
Seperti selalu diucap pengasasnya, kuat
pinggang kuatlah badan.
Setiap gerak, 1000 gerak lagi menanti.
Untuk pengetahuan, beliau adalah pesakit yg di dialisis.
Kelas utk personal juga dibuka.
Sebelum senaman dimulakan, kena bagi briefing dulu pada org baru. Terutama tentang petua.
Senaman Tua adalah gabungan latihan fizikal dan mental yg mengabungkan postur, pernafasan dan petua. Tanpa petua gerakan tak kan mencapai rasa dan kesannya.
Pemulihan dalaman luaran.
Tambah nilai kesihatan.
Gerakan biasa tapi manfaatnya luar biasa.
Baik utk pemulihan
Trigger finger
Carpal tunnel
membantu mengurangi sakit kepala/migrain.
Apa kena mengena jari dgn kepala?
Ada titik saraf khususnya di ibu jari, telunjuk dan jari tengah terhubung dengan jalur saraf yang dapat mempengaruhi ketegangan di kepala.
Ikuti kelas kami utk bimbingan yg betul.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kuala