Canselori UMT

Canselori UMT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Canselori UMT, College & University, Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala.

Canselori is the department in Universiti Malaysia Terengganu (UMT) that assists the Vice-Chancellor and Deputy Vice-Chancellor in implementing and coordinating the activities in order to achieve the strategic vision and mission of the university. Canselori UMT telah diwujudkan pada 1 Februari 2013, yang merangkumi beberapa entiti pejabat, pusat dan bahagian, iaitu –
1) Pejabat Naib Canselor
2) Pe

jabat Timbalan-timbalan Naib Canselor
3) Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko
4) Pusat Komunikasi Korporat
5) Pusat Komunikasi Strategik (Putrajaya)
6) Penerbit UMT
7) Pejabat Jaringan Antarabangsa
8) Bahagian Audit Dalam
9) Bahagian Undang-undang

Pada 1 Oktober 2015, Lembaga Pengarah UMT telah meluluskan struktur organisasi baharu yang merupakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan transformasi governans. Oleh itu, struktur organisasi Canselori telah diperkemaskan dengan mempunyai entiti berikut –
1) Pejabat Naib Canselor
2) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
3) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
4) Penerbit UMT
5) Pusat Antarabangsa
6) Pusat Islam Sultan Mahmud
7) Bahagian Audit Dalam
8) Bahagian Undang-undang

Pada 1 Februari 2017, Lembaga Pengarah UMT dalam mesyuaratnya kali ke-47 telah meluluskan pemerkasaan struktur governan UMT dengan menempatkan beberapa PTj untuk bernaung di bawah Canselori. Oleh itu, Pusat-pusat Tanggungjawab yang diletakkan di bawah pentadbiran Canselori adalah –

1) Pejabat Naib Canselor
2) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
3) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
4) Penerbit UMT
5) Pusat Antarabangsa
6) Pusat Islam Sultan Mahmud
7) Pusat Kesihatan Universiti
8) Pusat Penjanaan Pendapatan
9) Bahagian Audit Dalam
10) Bahagian Undang-undang
11) Bahagian Keselamatan

Pada 1 Oktober 2021, Pusat-pusat Tanggungjawab yang terkini di bawah pentadbiran Canselori adalah seperti berikut :

1) Pejabat Naib Canselor
2) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
3) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
4) Pusat Islam Sultan Mahmud
5) Bahagian Audit Dalam
6) Bahagian Undang-undang
7) Unit Integriti
8) Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti

29 Julai 2026 (Rabu)|Program Lestari Canselori 2026Program Lestari Canselori 2026 merupakan sebuah inisiatif yang menghi...
19/08/2026

29 Julai 2026 (Rabu)|Program Lestari Canselori 2026

Program Lestari Canselori 2026 merupakan sebuah inisiatif yang menghimpunkan warga Canselori dalam suasana santai, ceria dan penuh kebersamaan. Program ini bukan sahaja memberi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kekitaan, malah turut menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan eksplorasi alam semula jadi.

Bertempat di Taman Pine Hill Garden dan Lembah Nisang, Marang, Terengganu, peserta berpeluang menikmati keindahan alam, menyegarkan minda serta meningkatkan kecergasan fizikal melalui aktiviti seperti brisk walk dan lawatan ke taman tanaman anggur serta buah-buahan.

Lebih istimewa, program ini turut mengetengahkan keunikan warisan dan tradisi Melayu Terengganu, memberikan peluang kepada warga Canselori untuk mengenali, menghayati dan menghargai khazanah budaya tempatan.

Lestari Canselori 2026 bukan sekadar sebuah program riadah, tetapi menjadi wadah untuk membina hubungan yang lebih erat, menyemai semangat kebersamaan dan mencipta kenangan bermakna dalam suasana alam yang mendamaikan.

27/07/2026
Ucapan Penghargaan dan Terima KasihJom Kuca Sure Kelab Canselori UMT 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ...
16/07/2026

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
Jom Kuca Sure Kelab Canselori UMT 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, program Jom Kuca Sure Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H anjuran Kelab Canselori UMT telah berjaya dilaksanakan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Canselori UMT yang telah bersama-sama menyumbang idea, tenaga dan masa untuk menjayakanya.

Program ini bukan sekadar menyediakan juadah sure, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga Canselori.

Semoga penghayatan peristiwa hijrah dan Jom Kuca Sure akan turut menyuntik semangat untuk kita sentiasa berhijrah ke arah yang lebih baik dalam kehidupan dan pekerjaan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Jom Kuca Sure 2026. Semoga setiap usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Kelab Canselori UMT
15 Julai 2026

18/06/2026

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT 2026

Assalamualaikum wbt,

Marilah kita sama-sama hayati inspirasi dan harapan 25 tahun UMT melalui perkongsian ilmu Forum Perdana Ehwal Islam:

πŸ—“οΈ25 Jun 2026 (Khamis)
⏰8.30 malam
πŸ•ŒMasjid UMT

Tajuk:
”Kalau Kail Panjang Sejengkal...”

Ahli Panel:
πŸŽ™οΈDato’ Dr Haji Zulkifly bin Muda,
Mantan M***i Terengganu
πŸŽ™οΈUstaz Mohd Hariri bin Mohd Daud,
Pegawai Khas, Ketua Pengarah JAKIM
πŸŽ™οΈProf. Ts. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir,
Pro Naib Canselor (Strategi, Prestasi, Korporat), UMT

Moderator:
🎀Haji Zukiferee bin Ibrahim,
Pengarah, Pejabat Komunikasi Korporat, UMT

Semua dijemput hadir.

🎁Cabutan bertuah menarik menanti anda

Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT,
Pejabat Komunikasi Korporat, UMT

09/06/2026
09/06/2026

Harian Metro | 9 Jun 2026 | Ramai tampil mahu bantu Nur Qaira

14/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π”πŒπ“

14 Mei 2026

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas pencapaian membanggakan Kadar Kebolehpasaran Graduan 2025 dengan merekodkan 94.8% Kadar Bekerja Graduan (GE) serta 93.9% Kadar Kebolehpasaran Gaduan (GM). Peningkatan kadar GE sebanyak 0.8% dan kadar GM sebanyak 0.7% berbanding tahun sebelumnya merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar diraikan bersama.

Pencapaian ini tidak hanya mencerminkan kualiti akademik yang tinggi, malah menggambarkan kesungguhan UMT dalam menyediakan graduan yang holistik, berkemahiran tinggi serta memenuhi kehendak industri semasa. Ia juga hasil komitmen berterusan seluruh warga universiti dalam memperkukuh ekosistem pendidikan, latihan serta pembangunan kerjaya yang relevan dan dinamik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga UMT..

Ikhlas daripada:
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu

Address

Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala
21030

Telephone

+6096684400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Canselori UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Canselori UMT:

Shortcuts

Share