فصيح - faseeh

فصيح - faseeh FASEEH bermaksud yang lancar berbicara. Mula beroperasi secara rasmi pada 2019.

Medium pendidikan secara talian, menyampaikan maklumat pembelajaran Bahasa Arab Fusha dengan cara yang mudah difahami, menarik serta sesuai untuk semua peringkat umur.

Salam semua 😊 PERBEZAAN DI ANTARA KALIMAH بَسَقَ DAN تَفَلَ1. بَسَقَ – يَبْسُقُ (Basaqa – Yabsuqu)Maksud: Meludah biasa....
24/08/2026

Salam semua 😊

PERBEZAAN DI ANTARA KALIMAH بَسَقَ DAN تَفَلَ

1. بَسَقَ – يَبْسُقُ (Basaqa – Yabsuqu)
Maksud: Meludah biasa.

Mengeluarkan air liur secara jelas dan nyata daripada mulut.

Konteks: Perbuatan harian untuk kebersihan diri (seperti membuang kahak atau membersihkan mulut)
2. تَفَلَ – يَتْفُلُ (Tafala – Yatfulu)
Maksud: Meludah tipis / Meniup lembut.

Hanya mengeluarkan angin bersama percikan sisa air liur yang tersangat sedikit.

Konteks: Sering digunakan dalam amalan ibadah atau sunnah (seperti meludah ke kiri selepas mimpi buruk atau ketika membaca ruqyah).

😉 Tahukah anda??

Hadis sahih daripada Nabi ﷺ mengenai perbuatan meludah tipis ke sebelah kiri selepas mendapat mimpi buruk ada diriwayatkan dalam Sahih Muslim.

Dari Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَتْفُلْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا، وَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا، وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ

Maksud: "Jika salah seorang dari kalian bermimpi buruk yang tidak dis**ainya, maka hendaklah dia meludah kecil (تَفَلَ) ke arah kirinya sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali, dan mengubah posisi tidurnya daripada posisi sebelumnya.

(Hadis Riwayat Muslim, No: 2262)

Semoga bermanfaat 😊

Salam semua 😊 Pengajaran berharga yang boleh dipelajari dari kata-kata hikmah hari ini: kecacatan sebenar bukanlah apabi...
23/08/2026

Salam semua 😊

Pengajaran berharga yang boleh dipelajari dari kata-kata hikmah hari ini:

kecacatan sebenar bukanlah apabila seseorang itu kehilangan anggota fizikal (seperti pemuda berkaki satu yang memberi sedekah), tetapi kecacatan sebenar adalah apabila seseorang itu mempunyai mentaliti yang malas, s**a meminta-minta, dan tidak mahu berusaha walaupun mempunyai tubuh fizikal yang sihat walafiat.

Wallahu 'alam 😊

Kami doakan semoga rezeki kita semua sentiasa ada dan diberkati oleh Allah.Haaa, kenapa dengan gambar tu? 😁
22/08/2026

Kami doakan semoga rezeki kita semua sentiasa ada dan diberkati oleh Allah.

Haaa, kenapa dengan gambar tu? 😁

جمعة مباركة 😊
21/08/2026

جمعة مباركة 😊

MAKANAN HILANG 🍙🍛Salam semua 🙆🏻‍♀️Pernah rasa makanan kes**aan anda diambil orang? 😁Antara ayat-ayat biasa diucapkan ket...
20/08/2026

MAKANAN HILANG 🍙🍛

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Pernah rasa makanan kes**aan anda diambil orang? 😁

Antara ayat-ayat biasa diucapkan ketika makanan hilang dalam Bahasa Arab 🤗

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

KAEDAH HURUFUL MA'ANI قاعدة حروف المعاني Salam semua 🙆🏻‍♀️Post kali ini berkenaan bagaimana kita mengi'rab huruful ma'an...
20/08/2026

KAEDAH HURUFUL MA'ANI قاعدة حروف المعاني

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Post kali ini berkenaan bagaimana kita mengi'rab huruful ma'ani.

Apa itu huruful ma'ani?
Secara ringkasnya huruful ma'ani ialah huruf yang mempunyai makna yang melekat pada dirinya, meskipun makna tersebut belum boleh difahami sebelum digabungkan dengan kalimah yang lain.

Contoh:
بِـ Dengan
إِلَى Kepada/Ke
إِنَّ Sesungguhnya

Dan banyaaaak lagi 😃

Baik, bagaimana kaedah mengi'rab huruful ma'ani ini?

Ada 3 kaedah yang boleh kita fahami dan ikuti:

١) جَمِيعُ حُرُوفِ المَعَانِي مَبْنِيَّةٌ
Kesemua huruf al-ma'ani adalah mabni iaitu tetap. Tidak berubah barisnya.

٢) تُبْنَى عَلَى مَا تُنْطَقُ بِهِ
Mabni sepertimana ia disebut. Seperti huruful jar بِـ, kita baca huruf tersebut dengan baris bawah sahaja. Kita tak baca بُـ (BU) ❌ atau (BA) ❌.

٣) لَا مَحَلَّ لَهُ مِنَ الإِعْرَابِ
Tiada posisinya dalam i'rab.

👨‍🏫 BAIK, MARI KITA I'RAB HURUFUL MA'ANI (إِلَى) DI BAWAH PADA AYAT DI BAWAH MENGIKUT KAEDAH HURUFUL MA'ANI 😃

مِثَالٌ: حَرْفُ الجَرِّ (إِلَى)
Contoh ayat:

سَافَرْتُ إِلَى فَلِسْطِينَ 🇵🇸 بِـالطَّائِرَةِ 🛫

Saya telah bermusafir ke Palestin dengan menaiki kapal terbang

I'rab huruful ma'ani (إِلَى) dengan mengikut 3 kaedah yang diberikan ialah:

إِلَى:
1) حَرْفُ الجَرِّ مَبْنِيٌّ
2) عَلَى السُّكُونِ
3) لَا مَحَلَّ لَهُ مِنَ الإِعْرَابِ

1) Huruful jar MABNI (Kerana huruful ma'ani adalah mabni)
2) Dengan sukun (kerana huruf akhir إِلَى dibaca sukun, jadi ia mabni sepertimana disebut)
3) Jangan lupa tulis juga 'لَا مَحَلَّ لَهُ مِنَ الإِعْرَابِ' bermaksud 'Tiada posisinya dalam i'rab'.

FINAL I'RAB:
حَرْفُ الجَرِّ مَبْنِيٌّ عَلَى السُّكُونِ لَا مَحَلَّ لَهُ مِنَ الإِعْرَابِ

Mudahkan! 😍😍

Ok, mari cuba i'rab huruful jar (بِـ) pada ayat yang sama mengikut 3 kaedah yang diberikan di ruang komen fb kami 🤗

سَافَرْتُ إِلَى فَلِسْطِينَ 🇵🇸 بِـالطَّائِرَةِ 🛫

Kenapa si ibu tu nampak bimbang sangat? 🤔Apakah sebabnya? Sila pilih jawapan yang betul 😊
19/08/2026

Kenapa si ibu tu nampak bimbang sangat? 🤔

Apakah sebabnya? Sila pilih jawapan yang betul 😊

صباح الخير 😊
18/08/2026

صباح الخير 😊

Jom kome pagi ni kita uji bahasa Arab kita lagi..A ke B ke C? 😁
17/08/2026

Jom kome pagi ni kita uji bahasa Arab kita lagi..
A ke B ke C? 😁

❤️ Doa banyak-banyak semoga kita ditempatkan di syurga kelak Kerana disana..sesuatu yang belum pernah dilihat mata 👀belu...
16/08/2026

❤️ Doa banyak-banyak semoga kita ditempatkan di syurga kelak

Kerana disana..sesuatu

yang belum pernah dilihat mata 👀
belum pernah didengar telinga 👂
dan tidak pernah terlintas dihati manusia ❤️

Telah disiapkan oleh Allah SWT buat hamba-hambaNya yang soleh ❤️

Seperti pada hadis Qudsi dibawah 👇🏻

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ذُخْرًا بَلْهَ مَا أُطْلِعْتُمْ عَلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ { فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ }

Dari Abu Hurairah radiallahh 'anhu, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, Allah Ta'ala berfirman: "Aku telah menyiapkan bagi hamba-hambaku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas dibenak hati manusia". Sebagai simpanan, biarkan apa yang diperlihatkan Allah pada kalian." Lalu baginda membaca ayat: "Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan (As Sajdah: 17).

(HR Bukhari No.3072 & Muslim No.2824).

اللهّم أنت فَاطِرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْأخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ

❤️ Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.

Address

Kuala
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when فصيح - faseeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to فصيح - faseeh:

Shortcuts

Share

Category