07/10/2022
JEMPUTAN MENYERTAI KLINIK PENULISAN ARTIKEL BIBLIOMETRIK DAN SOFTWARE CITESPACE
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Bioteknologi Marin (IMB) akan mengadakan program Klinik Penulisan Artikel Bibliometrik dan Software Citespace. Tujuan utama program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para penyelidik UMT khususnya untuk menghasilkan penerbitan berkualiti dalam bidang kepakaran masing-masing yang berkaitan dengan bidang perubahan iklim dan bibliometrik. Butiran program adalah sebagaimana ketetapan yang berikut:
Tarikh : 13 Oktober 2022 - 22 Disember 2022
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu
Penceramah : Dr. Mohamad Nor Azra Md. Adib (Pensyarah UMT) dan
Dr. Mohd Iqbal Mohd Noor (Pensyarah UiTM)
Untuk makluman, program ini hanya terbuka kepada pensyarah dan staf sokongan bukan akademik sahaja. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai program ini. Pendaftaran program boleh dibuat melalui link ini https://forms.gle/PbGf3rUUAjdrUAFs9. Sebarang pertanyaan YBhg. Dato’/Datin/Prof/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Dr. Mohamad Nor Azra di talian 018-6467795