PASTI AR-RAHMAN,Bukit Petiti

PASTI AR-RAHMAN,Bukit Petiti

Share

PASTI AR RAHMAN,BUKIT PETITI DALAM WAWASAN MELAHIRKAN GENERASI UMMAH YANG CELIK AL QURAN

16/04/2025

PASTI AR-RAHMAN, Bukit Petiti berdiri teguh menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin.๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‰๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Kami mendidik generasi kecil dengan nilai kasih sayang, keadilan, keberanian dan solidariti sesama umat Islam, agar mereka membesar sebagai pejuang kebenaran dan pembela ummah.

Objektif:

๐Ÿ‰Menanam rasa prihatin terhadap penderitaan saudara seagama.

๐Ÿ‰Mendidik anak-anak agar cakna isu Palestin sejak dari kecil.

๐Ÿ‰Menyemai semangat perjuangan dan solidariti ummah.

Nilai murni yang dibawa:

๐Ÿ‰Ukhuwwah Islamiyyah

๐Ÿ‰Cinta keamanan dan keadilan

๐Ÿ‰Keberanian mempertahankan hak

๐Ÿ‰Kepekaan terhadap isu global umat Islam


11/04/2025

PERUTUSAN TAKZIAH
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) MALAYSIA
ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†..
ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง..
ุงู„ูุงุชุญุฉ..
Seluruh saff Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah di atas pemergian adik ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ณ ๐—”๐—น-๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—”๐—น-๐—๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ, 6 tahun murid PASTI Aqliah, Temerloh telah kembali ke rahmatullah semalam di PPUM Kuala Lumpur.

Arwah mula di kesan menghadapi masalah pernafasan kira-kira sebulan yang lalu dan telah menjalani rawatan dan ditahan di wad HOSHAS selama hampir sebulan sebelum dibawa ke PPUM pada Syawal ke-3 untuk rawatan lanjut. Pihak hospital mengenalpasti arwah mengalami masalah jangkitan kuman di paru-paru.

PASTI Malaysia mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat bersabar atas ujian ini. Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin.


11/04/2025

Sambutan Hari Raya Pasti Ar Rahman,Bukit Petiti 2025

10/04/2025

"FLASHMOB" SOLIDARITI UNTUKMU PALESTIN

Saudara mara seagama mahukan bukti kebersamaan dari kita. Seruan jihad & solidariti umat buat semua warga Kuala Nerus!

๐Ÿ—“ 11 April 2025 (Jumaat)
โฐ5:00 petang
๐Ÿ“Bulatan Batu 6

Ayuh anak muda kita gegarkan dunia & robohkan benteng moral Israel dengan kemampuan yang ada. Bersatulah wahai pejuang Islam!

Pastikan anda bawa :
- mafela
- โ kain rentang/sepanduk
- โ plakad
- โ bendera Palestin




10/04/2025

Kami rakyat Terengganu ingin ucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada barisan panel teks khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana telah bawakan topik mengenai Palestin untuk teks khutbah pada 10 April nanti dengan tajuk โ€œKami Bersamamu Palestinโ€.

Ini memberi petanda pihak berwajib telah mengambil cakna dan prihatin dengan isu semasa yang sedang berlegar sekarang terutamanya penderitaan rakyat Palestine di sana setelah Kesatuan Ulamak Islam Se-Dunia (KUIS) telah mengeluarkan fatwa jihad terhadap negara haram Israel.

Jadi sekurang-kurangnya teks khutbah yg disedikan oleh pihak JHEAT ini mengubat keluh kesah kita terhadap penderitaan rakyat Palestin di sana.

Kredit : Ustaz Sabri Mamat

10/04/2025
Photos from PASTI AR-RAHMAN,Bukit Petiti's post 10/04/2025
10/04/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya mewakili pihak pengurusan dan cikgu-cikgu Pasti Ar Rahman,B.Petiti ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Pasti Ar Rahman,B.Petiti hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan telah menyemarakkan suasana dengan kemesraan serta ukhwah yang terjalin.

Majlis yang sederhana ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara kita semua. Alhamdulillah, dengan kehadiran ramai sahabat, jiran tetangga dan masyarakat setempat,dan para ibubapa khususnya suasana menjadi amat meriah dan penuh dengan semangat perpaduan.

Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Insya-Allah, kita doakan agar segala amalan di bulan Syawal ini diterima Allah SWT dan semoga kita terus diberi kekuatan untuk menyemai kasih sayang serta keharmonian dalam komuniti kita.

Sekali lagi, jutaan terima kasih atas sokongan dan kehadiran anda semua.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

10/04/2025

โ€ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ูโ€Ž

*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025*

*Tarikh* : 10 April 2025
*Hari* : Khamis
*Masa* : 8.00 pg -12.00 tengah hari.
*Tempat* : PASTI Ar Rahman,Bukit Petiti

-------------------------------------------
*Tentatif majlis*:

7.45pagi : Kehadiran anak-anak pelajar

8.00pagi : Saf pagi dan bacaan doa dimulakan

9.15pagi : Menyambut kedatangan ibubapa

9.30pagi : Aktiviti mewarna

10.15pagi : Acara menjamu juadah hari raya dan aktiviti bebas bersama anak-anak

11.45pagi : Penyerahan "goodies" raya kepada anak-anak Pasti Ar Rahman

12.00tengahari : Majlis bersurai

-------------------------------------------

๐Ÿ’ซ Satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dijalankan seperti ketetapan di atas.

๐Ÿ’ซAnak-anak diminta memakai baju raya yg lengkap, kemas, bersih, sopan dan cantik beserta kasut raya atau selipar raya.

๐Ÿ’ซSeperti biasa anak-anak perlu hadir ke sekolah sebelum jam 8.00 pagi untuk mengikuti saf pagi dan bacaan doa terlebih dahulu.

๐Ÿ’ซBagi menambahkan keceriaan dan kemeriahan majlis,ibubapa juga dijemput untuk sama-sama meraikan majlis hari raya Pasti Ar Rahman.

๐Ÿ’ซ Juadah bertemakan "potluck idulfitri" , kami amat mengalukan semua jenis juadah/kuih muih untuk dikongsi bersama.

๐Ÿ’ซ Anak-anak diminta untuk membawa pensel warna untuk aktiviti mewarna.

๐Ÿ’ซ Ibu bapa boleh pulang bersama anak masing-masing setelah selesai majlis.

Semoga anak-anak bergembira dapat meraikan hari raya bersama-sama dalam suasana penuh kesyukuran.

_*Kebersamaan Kunci Kemenjadian*

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Bukit Petiti
Kuala
21200