02/02/2026
Jom mulakan dari diri kita!
Biasakan yang betul , bukan betulkan yang biasa.
Pejabat Pendaftar, UMT
Motivasi Pekerja
Kepada majikan yang sedang merancang aktiviti team building, ini sedikit nasihat yang jujur.
Team building bukan dibina di kem latihan, bukan juga pada permainan berhalangan atau aktiviti lasak hujung minggu.
Ia dibina setiap hari
di pejabat yang selamat untuk bersuara,
dalam mesyuarat yang menghargai pandangan,
dalam cara ketua menegur tanpa merendahkan,
dan dalam budaya kerja yang tidak memalukan kesilapan, tetapi membimbing pembaikan.
Dan satu lagi yang ramai terlepas pandang.
Team yang kuat dibina dengan reward system yang adil.
Bukan semata-mata hadiah besar setahun sekali.
Tapi pengiktirafan kecil yang konsisten
untuk usaha yang benar-benar menyumbang.
Sebab bila pekerja rasa usaha mereka “tak nampak”, mereka akan mula buat kerja sekadar cukup syarat.
Tapi bila mereka tahu ada sistem yang jelas, telus, dan manusiawi mereka akan mula rasa, “aku dihargai, aku ada tempat di sini.”
Pekerja tidak rapat kerana berkongsi cabaran di hutan. Mereka rapat apabila tahu mereka tidak akan dikhianati di tempat kerja.
Team yang kuat lahir bila pekerja rasa dihormati, dipercayai, dan dilindungi serta tahu, setiap usaha ada nilai, bukan sekadar menjadi rutin yang sunyi.
Kalau asas ini kukuh,
team building akan berlaku sendiri.