11/05/2026
Selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Noor Fadilah binti Seman atas pertukaran tempat bertugas yang baharu di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Terengganu.
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah yang diberikan dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.
Terima kasih atas segala khidmat bakti selama berada di Politeknik Kuala Terengganu!
Ikhlas Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Politeknik Kuala Terengganu.
11/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).
Semoga dengan pelantikan ini akan dapat terus memacu kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara, khususnya dalam memperkasakan agenda pemerkasaan dasar dan tadbir urus yang mampan.
Selamat menjalankan tugas.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC
11/05/2026
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian atas segala jasa, khidmat bakti dan kepimpinan yang dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sesungguhnya, segala bimbingan dan komitmen yang diberikan telah memberikan impak yang besar buat seluruh warga pendidikan tinggi khususnya kepada ekosistem POLYCC.
Selamat maju jaya.
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC.
11/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).
Pihak jabatan yakin dengan pelantikan ini akan dapat terus memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara serta memacu kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ke tahap yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan tugas.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC
11/05/2026
โณ 3 Hari Lagi!
Majlis Penyerahan Projek Pengkomersialan dan Pemindahan Teknologi Produk AQUASPROUT Smart Irrigation System semakin hampir.
Program ini menjadi simbol komitmen Politeknik Kuala Terengganu dalam memperkasa budaya inovasi, penyelidikan serta pemindahan teknologi kepada komuniti dan industri.
๐
14 Mei 2026 (Khamis)
๐ FELDA Jerangau, Ajil, Terengganu
Pasukan Penyelidik:
Barisan hadapan (dari kiri): Mohd Ariff Bin Ramli, Haziman Bin Madiah, Mohd Shukri Bin Mohd Ghazali (tengah), Ts. Nadzri Bin Che Kamis, Hairi Bin Hashim
Barisan belakang (dari kiri): Rasmaliza Binti Rashid, Alif Fitri Bin Ahmad, Amar Iqbal Bin Samsul Bahari, Wan Zulhafis Bin Wan Alias, Muhammad Allif Bin Rudzihady, Muhammad Irfan Zakwan Bin Khairul Anuar, Muhammad Arif Zulfadhli Bin Alias, Ts. Dr. Sharifah Nurulhuda Binti Tuan Mohd Yasin
Bersama melakar inovasi demi masa depan pertanian pintar yang lebih lestari.
11/05/2026
๐ฃ 4 Hari Lagi!
Mengiktiraf dedikasi, menghargai kecemerlangan. Bersama meraikan warga POLYCC yang terus komited mencipta kejayaan dan inspirasi demi kecemerlangan pendidikan negara.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti akan berlangsung pada ketetapan berikut:
๐๏ธ15 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ8.00 pagi
๐Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Syabas dan tahniah kepada semua bakal penerima anugerah.
09/05/2026
Selamat bersara buat YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui sektor pendidikan tinggi negara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Terima kasih atas khidmat bakti dan komitmen yang telah memberi inspirasi kepada warga pendidikan tinggi khususnya POLYCC.
Warga POLYCC mendoakan YBhg. Datuk Dr. Anesee agar sentiasa dikurniakan keafiatan dan kebahagiaan yang berpanjangan dalam menempuh ke fasa kehidupan yang baharu.
โJasamu dikenang, budimu disanjung.โ
Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC
09/05/2026
๐ Karnival Kembara Lestari Bahasa 2026
๐ 8 โ 10 Mei 2026
๐ SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) bersama-sama Unit Komunikasi Korporat (UKK) Politeknik Kuala Terengganu turut hadir memeriahkan Karnival Kembara Lestari Bahasa 2026 sempena Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70 Peringkat Zon Timur.
Penyertaan ini bertujuan mempromosikan peluang melanjutkan pengajian di Politeknik Kuala Terengganu kepada para pelajar dan masyarakat setempat, di samping berkongsi maklumat berkaitan program pengajian, kemudahan kampus serta hala tuju TVET masa kini.
Kehadiran warga PKT juga turut menyemarakkan suasana karnival yang penuh dengan aktiviti bahasa, seni dan budaya dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan singgah ke reruai Politeknik Kuala Terengganu.
06/05/2026
Kunjungan Hormat Pengarah PKT Kepada Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional Negeri Terengganu Perkukuh Kerjasama Strategik
06 Mei 2026 - Hari ini telah berlangsung satu kunjungan hormat oleh Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Ts. Nadzri Che Kamis kepada Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional Negeri Terengganu, Encik Mohamad Kabir Ali yang diadakan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Main Branch Kuala Terengganu.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha menjayakan Program Data Hackathon POLYCC 2026 yang dijadualkan berlangsung pada suku ketiga tahun ini.
Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada penyediaan latihan dan kursus berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasa kemahiran digital kakitangan BSN.
Diharapkan kolaborasi ini dapat memberi impak positif dalam pembangunan bakat serta memperkukuh ekosistem pendidikan dan industri.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Encik Haziman Madiah, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kuala Terengganu.
06/05/2026
Sekitar Program CSR Politeknik Kuala Terengganu Bersama Komuniti: Klinik Kaunseling Tahun 2026 (Siri 1) yang telah berlangsung semalam, bertempat di Sekolah Tunas Bakti (P) Marang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya taklimat ringkas, sesi ice breaking, LDK serta sesi kaunseling kelompok yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi dan mendapatkan sokongan emosi dalam suasana yang selesa.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Tunas Bakti Marang serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan impak positif kepada para peserta terlibat.