11/06/2026
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KUALA TERENGGANU 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Tengku Ampuan Mariam atas penyertaan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Kuala Terengganu 2026 yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026 di Dewan Terbuka SK Pusat Chabang Tiga.
Pasukan bola jaring SKTAM telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung serta berjaya melayakkan diri sehingga Pusingan Kedua pertandingan.
Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk pasukan terus meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan guru pengiring!
09/06/2026
PROGRAM PEMBANGUNAN STEM SK TENGKU AMPUAN MARIAM 2026
Sekitar gambar sepanjang Program Pembangunan STEM SK Tengku Ampuan Mariam 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini melibatkan pelbagai pertandingan menarik seperti Bridge Building, Water Rocket Challenge, Innovator of Tomorrow dan STEM Talent Show yang dijalankan di Bilik Sains, Bilik Kristal, Bilik RBT dan Pusat Sumber Sekolah.
Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai program ini dengan penuh semangat, kreativiti dan keyakinan. Semoga program ini dapat terus menyemarakkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik serta melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.
06/06/2026
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Warga SK Tengku Ampuan Mariam mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid selepas menikmati cuti pertengahan tahun selama dua minggu.
Sesi persekolahan akan bermula semula pada Ahad, 7 Jun 2026. Semua murid diingatkan agar hadir awal ke sekolah, datang dengan semangat yang baharu, menyiapkan kerja sekolah serta bersedia untuk meneruskan pembelajaran dengan penuh disiplin dan azam yang tinggi.
Semoga permulaan sesi ini menjadi langkah terbaik untuk terus mencipta kejayaan bersama.
SKTAM Cakna, Kami Mara
04/06/2026
π
LENSA PENCAPAIAN MURID SKTAM π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Wan Nur Nadia Najwa Binti Wan Ahmad Fazli atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Poomsae Individu (Poom Hitam) Kategori Umur 9β11 Tahun sempena Pahang Open International Taekwondo Championship 2026.
Kejohanan yang berlangsung pada 3 hingga 6 Jun 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang ini telah menghimpunkan para atlet taekwondo dari dalam dan luar negara untuk bersaing di peringkat yang kompetitif.
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Wan Nur Nadia Najwa dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan sukan.
Warga SK Tengku Ampuan Mariam mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini.
π₯ Tahniah, teruskan melakar kejayaan!
21/05/2026
π PENYAMPAIAN PINGAT KEJOHANAN OLAHRAGA SKTAM 2026
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya meraih kejayaan dalam Kejohanan Olahraga SKTAM 2026.
Setiap pingat yang diterima merupakan hasil usaha, latihan, semangat juang dan keberanian para atlet dalam memberikan yang terbaik untuk rumah sukan masing-masing.
π Keputusan Keseluruhan Rumah Sukan:
π₯ Johan: Rumah Biru
π₯ Naib Johan: Rumah Hijau
π₯ Tempat Ketiga: Rumah Merah
π
Tempat Keempat: Rumah Kuning
π Olahragawan: MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHD NAZROL
π Olahragawati: AINA NABIHAH BINTI MOHD FARID
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, peserta, guru-guru serta semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini.
21/05/2026
AKSI KEJOHANAN OLAHRAGA SKTAM 2026
Sekitar aksi menarik sepanjang Kejohanan Olahraga SKTAM 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan di SMK Sultan Sulaiman.
Para atlet SKTAM telah menunjukkan kesungguhan, keberanian dan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara 50 meter, 60 meter, 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.
Sorakan guru, rakan-rakan dan ibu bapa turut menyemarakkan suasana kejohanan, menjadikan setiap larian lebih bermakna dan penuh kenangan.
20/05/2026
LIPUTAN KEJOHANAN SUKAN SKTAM 2026
Pada 20 Mei 2026, telah berlangsung dengan meriahnya Sukaneka Tahun 1, 2 dan 3 serta acara akhir lontar peluru dan lompat jauh bagi Tahun 4, 5 dan 6 bertempat di SK Tengku Ampuan Mariam.
Program ini menjadi platform untuk murid-murid menunjukkan bakat, semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta keberanian mencuba dalam setiap acara yang disertai.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan ini terus menyemarakkan kecemerlangan SKTAM dalam bidang kokurikulum.
18/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026
Guru Bitara, Nadi Negara
Meriah suasana Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2026 yang dimulakan dengan perhimpunan dan perarakan masuk, persembahan silat, bacaan doa, nyanyian lagu rasmi, ucapan, ikrar Hari Guru serta nyanyian lagu βKami Guru Malaysiaβ.
Majlis diteruskan dengan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tuju selipar dan galah panjang yang menceriakan lagi suasana. Sambutan turut diserikan dengan persembahan murid serta penyampaian hadiah.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, penghargaan dan kasih sayang warga SK Tengku Ampuan Mariam kepada insan bergelar guru.
Selamat Hari Guru 2026!
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
Guru Bitara, Nadi Negara
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SK Tengku Ampuan Mariam.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa. Semoga terus menjadi guru bitara yang menyinari dunia pendidikan dan menjadi nadi kepada kecemerlangan negara.
Ikhlas daripada,
YM Syed Nor Baddi Bin Syed Mashruddin
Guru Besar SK Tengku Ampuan Mariam