Bagi pelanggan yang ingin menggunakan transaksi kad kredit atau debit boleh membuat pembelian di LAZADA dan SHOPEE
Www.shopee.com.my/liana_rah
Seluar Bersalin Mamapride Labour Pants
Mamapride. Seluar bersalin mesra aurat, mesra hospital komersil yang pertama di Malaysia. Hasil inov
NAMA SYARIKAT: ROHANI BINTI ABDULLAH
NO PENDAFTARAN SSM: 001939034-M
Assalamualaikum pelanggan yang dikasihi.
Bagi menghargai sokongan anda semua kini pembelian boleh dibuat di LAZADA dan SHOPEE
JEMPUT FOLLOW STORE KAMI YA
https://s.lazada.com.my/s.Z92w7
Ada yang masih belum dapatkan seluar bersalin? Stok masih ada walaupun admin tak buat post baharu. Sibuk menguruskan order dan hal2 lain. Ada apa2 nak tanya roger ye...
12/02/2019
Khas untuk yang ingin memiliki MAMAPRIDE tetapi masih belum berkesempatan membelinya. Jualan PENGHABISAN STOK MAMAPRIDE LIME GREEN XXL kini berlangsung.
Harga runtuh RM70 sahaja. NP RM99. Ambil peluang ini untuk memiliki MAMAPRIDE atau hadiahkan kepada yang tersayang.
Cepat pm ya. Selagi stok masih ada.
Www.wasap.my/+60193702763/mamaprideclearance
11/02/2019
RASA NAK HANTUK JE KEPALA NI DEKAT DINDING
Kadang bila kita tengah syok atau sibuk buat aktiviti tiba-tiba mai p**ak sakit kepala. Habis takde mood terus nak sambung aktiviti atau kerja yang kita tengah buat. Sakit kepala ni tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata sebab kadang-kala sangat ekstrem.
Sakit kepala ni punca dia bila kita stress, banyak berfikir dan sebagainya. Kadang ada yang sakit di bahagian belakang kepala, ada yang di bahagian dahi. Beza kan? Kenapa berbeza ek ?. Meh saya nak share sikit.
1. SEBELAH BAHAGIAN KEPALA (MIGRAIN)
Migrain ni ia serang di bahagian kepala dimana orang yang terkena migrain ni akan rasa berdenyut yang melampau dibahagian kepala. Kadang bila teruk sangat ada yang sampai muntah dan loya. Biasa orang yang ada migrain ni dia alah dengan bunyian, bau yang tak menyenangkan dan cahaya yang terang.
2. KESELURUHAN DAHI & SEKITAR KAWASAN MATA (MASALAH PENGHADAMAN)
Ini dialami oleh individu yang tidak mengamalkan diet yang seimbang. Untuk pengetahuan semua, sakit kepala yang turut dipanggil βcluster headacheβ ini boleh menyerang dari 10 minit hingga 3 jam lamanya bergantung kepada kekuatan seseorang. Dalam kes lain, sakit kepala ini turut akan membuatkan mata seseorang berair, lembab bahkan hidung tersumbat.
3. ATAS KEPALA HINGGA BELAKANG LEHER (TEKANAN/STRESS)
Apabila seseorang tertekan, banyak urat utama dalam badan mula menegang dan bersimpul membuatkan kesakitan kepala bertambah parah. Jika anda mengalami pening kepala menyeluruh yang berterusan sehingga melibatkan bahagian belakang leher, anda sebenarnya tertekan. Kesakitannya berdenyut-denyut dan ada sesetengah pesakit ini menjelaskan yang mereka adakalanya sensitif dengan cahaya serta bunyi-bunyian.
4. DAHI HADAPAN HINGGA KE TULANG HIDUNG & BAWAH MATA (SELSEMA TERUK)
Ia menyerang bahagian belakang dan sekitar mata sehingga ke tulang hidung serta di sepanjang kawasan dahi. Sakit kepala jenis βsinusβ ini terasa seperti ditekan-tekan pada bahagian yang berkenaan. Cuba berbaring dan bersandar sebab berdiri dan berada dalam keadaan badan tertunduk boleh menyebabkan kesakitan menjadi-jadi. Simptomnya adalah termasuk bengkak wajah, demam, telinga terasa pekak dan lain-lain.
5. BAHAGIAN HADAPAN & SISI DAHI (BIMBANG & STRESS)
Jika anda mengalami sakit kepala yang ini, anda mungkin menghadapi situasi yang mencabar. Sakit kepala yang terjadi pada bahagian dahi dan di sisi dahi ini biasanya berpunca dariapa masalah luaran yang kemudian memberi kesan kat fikiran lalu menyebabkan pening sebab terlalu banyak berfikir.
Jika sakit kepala anda kerap terjadi, jumpalah doktor dengan segera.
Semoga bermanfaat ππ»ββ
01/02/2019
Hari ni insyaallah AULA SHIELD akan COD di sekitar PUNCAK ALAM dan sepanjang laluan KE GOMBAK.
Www.wasap.my/+60193702763/AULASHIELD
Kalau ragu2 nak pilih material yang mana satu orderlah sarung bantal dulu. Kami ada 4 jenis alas tilam atau cadar. 3 daripadanya ada dalam bentuk sarung bantal. Saya cerita tentang sarung bantal lah dulu. Pasal cadar post lain insyaallah.
1. PEVA
Sarung bantal berzip. Warna putih sahaja. Gunakan bersama dengan sarung bantal biasa. Yang ni boleh basuh dengan mesin.
2. Soft Vinyl
Sarung bantal berzip. Warna biru muda lembut. Gunakan bersama dengan sarung bantal biasa. Tak boleh basuh dengan mesin. Tak perlu pun sebab memang tak serap air. Saya s**a guna yang ni. Tak panas dan mudah dibersihkan.
3. Polyester dengan PUL
Sarung bantal berzip. Warna pilihan biru pekat, pink, krim dan biru muda. Tak perlu sarung bantal tambahan. Serap air tapi tak kena bantal. Boleh dibasuh dengan mesin. Lembut sangat macam baring atas awan.
Produk AULA SHIELD Sifatnya tak panas, tidak bising, selesa dan yang penting KALIS AIR. Semua saiz tilam ada.
Produk AULA SHIELD GUNA UNTUK APA?
Sangat sesuai untuk orang yang selalu basuh tilam atau bantal disebabkan macam2 perkara.
liur basi
tumpah
pampers/pad
/berak tak lawas
peliharaan
Ada yang ready stok ada yang preorder. Boleh pm atau tanya apa2 kat sini.
https://chat.whatsapp.com/F5HLhlnl2vCELjS1DAKQP9
Nanti saya share koleksi gambar produk di komen.
26/01/2019
Radimate...
Baju wangi
Tak payah iron, hanya spray dan belai2 (ratakan dengan tangan) sahaja
Ada offer plak dah... πππππ
Meh order. Jangan tunggu lagi. Tinggal 6 hari lagi offer ni akan tutup.
23/01/2019
FIRST AID KIT : APA YANG PERLU ADA ?
First Aid Kit atau peti kecemasan merupakan satu keperluan dalam setiap rumah apabaila berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Sesetengah peti pertolongan cemas yang siap dibungkus tidaklah mahal dan mengandungi kebanyakan barang yang penting. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak dapat mencari segala-gala yang anda perlukan dalam satu produk. Anda boleh mula dengan peti pertolongan yang tersedia dan tambah sebarang item yang anda perlukan.
Untuk membuat peti kecemasa sendiri, antara barangan yang boleh dicadangkan ialah :
β
Termometer Bayi
β
Penahan sakit berbentuk cecair untuk kanak-kanak dan bayi yang mengandungi paracetamol atau ibuprofen. Anda juga perlukan sudu pengukur atau picagari tanpa jarum. Sentiasa ikut arahan dos pada label ubat.
β
Penyepit kecil untuk mengeluarkan duri dan selumbar.
β
Pek ais atau gel boleh disimpan dalam peti sejuk dan diletakkan pada benjol untuk melegakan kebengkakan.
β
Cecair salin dan ubat mata. Ini berguna untuk mengeluarkan habuk daripada mata atau merawat mata merah.
β
Tisu antiseptic. Ini adalah cara mudah untuk mencuci luka dan kekoyakan kulit.
β
Gunting yang tajam untuk memotong plaster dan pelekat
β
Plaster melekit dalam pelbagai saiz dan bentuk.
β
Kain anduh pelbagai jenis termasuk yang berbentuk segi tiga, serta strip bersaiz 2.5 cm dan 5 cm untuk menstabilkan kedudukan pembalut.
β
Pita pelekat
β
Pembalut jari
β
Sarung tangan steril pakai buang.
β
Krim antihistamin untuk membantu melegakan gigitan dan sengatan serangga.
β
Manual pertolongan cemas.
Semua yang saya sebutkan ini anda boleh letakkan dalam peti kecemasan anda sendiri. Anda boleh tambah apa yang anda ingin letak dalam peti kecemasan anda sendiri.
Semoga bermanfaat π
πππ
Beli guna KUPON banyak betul diskaunnya! Harga beli jadi sama dengan harga agen p**a.
04/01/2019
SIMPTOM CACAR AIR
Harini saya nak share sambungan cacar air sebelum ni. Saya nak cerita simptom dia p**a harini.
Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
β demam
β sakit kepala;
β mual
β sakit-sakit badan
β kurang selera
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok.
Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling ge***al.
Bawalah bayi anda jika anda fikir dia mempunyai cacar air. Doktor anda boleh mendiagnosis cacar air dengan memeriksa bintik-bintik itu.
Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom. Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.
28/12/2018
Alhamdulillah saya diizinkan oleh Yang Maha Pencipta dapat melahirkan puteri sulung saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 12 November yang lalu. Pengalaman pertama bersalin di sana, kerana sebelum ini 3 kali bersalin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Seronok menimba pengalaman baharu dan membandingkan apa yang lebih di sini dan di sana, juga apa yang lain di sini dan di sana. Boleh dikatakan tahap layanan yang saya terima sama taraf di kedua-dua hospital dan ianya dalam kategori terbaik dan sangat berpuas hati. Daripada aspek rawatan dan birth plan sehingga proses melahirkan dan post natal. Sangat terasa keikhlasan para petugas perubatan dalam menjalankan tugas masing2 memberi khidmat rawatan terbaik dan menjaga keselamatan pesakit.
Beberapa kali terdengar komentar oleh doktor dan jururawat...
"Saya pernah dengar tapi ni baru saya tengok seluar bersalin."
"Puan beli dekat mana seluar bersalin ni?"
"Saya pernah buat kerja kursus tentang MAMAPRIDE semasa belajar dulu."
Ada sekali tu seorang doktor menerangkan kepada doktor lain yang bertanya pada saya apa yang saya pakai ni..
"Ni seluar bersalin. Ada bukaan di bahagian bawahnya. Ada juga lubang untuk suntikan."
Saya dah tak perlu terangkan dah. Iyakan saja.. Kali ini dah kandungan kali ketiga saya gunakan MAMAPRIDE. Tak pernah lagi dengar rungutan petugas apa yang tak kena dengan seluar MAMAPRIDE semasa pemeriksaan dan bersalin. Cuma jururawat ada maklumkan bahawa pihak hospital tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi terhadap seluar bersalin semasa rawatan. Saya pun faham takkanlah jika hilang nak salahkan pihak hospital p**a sedangkan itu barang kita.
Teringat p**a masa menggunakan MAMAPRIDE di PPUKM. Ada jururawat dan doktor yang berlari-lari anak ke arah saya kerana nak tengok seluar Mamapride. Masa tu Mamapride baru dijenamakan dan dipatenkan. Kelakar kenangan tu.
Pernah juga beberapa kali saya terlupa untuk memakai MAMAPRIDE semasa pemeriksaan. Beza rasanya antara pakai dan tak pakai kerana kita tahu ada bahagian aurat yang tak perlu terdedah pun sepatutnya. Mudah2an Allah beri keampunanNya kepada saya sekiranya ada dosa tidak menutup aurat dalam keadaan mampu menutupnya. Saya terlupa sehingga saat nak check baru teringat. Malu p**a nak ambil masa doktor yang kelihatan nak cepat. Redho sajalah...
Sebenarnya saya ingin menghabiskan stok yang ada (10 helai sahaja ~ warna dan saiz terhad) dengan harga potongan. Jika sesiapa ingin dapatkan MAMAPRIDE dengan harga murah sila whatsapp saya segera.
ππLink whatsapp ada pada komen.ππ
P/s: tak pernah terfikir nak bergambar memakai MAMAPRIDE. Saya berbangga dapat memakainya semasa bersalin. MAMAPRIDE ~ maruah mama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kuala