13/04/2021
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Sumbangan Pembinaan Tempat Wudhu', Bilik Air & Dewan Serbaguna Masjid as-Sa'adah, Kampung Tebengau*
Tuan, Puan, Dato', Datin
Masjid as-Sa'adah, Kg Tebengau dalam rangka usaha menaiktaraf pembinaan bangunan tempat wudhu', bilik air dan dewan serbaguna bagi kegunaan umum anak qariah dan orang ramai. Hal demikian kerana, keadaan bilik air sedia ada dan dewan lama agak daif untuk digunakan.
Pembinaan bangunan ini adalah merangkumi bagi tempat wudhu' & bilik air bagi lelaki dan perempuan dan dewan serbaguna. Dana yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya keadaan bilik air yang selesa, mesra pengguna dan dilengkapi kegunaan utk Orang Kelainan Upaya (OKU). Serta dewan serbaguna akan dapat digunakan untuk pelbagai manfaat kepada pembangunan masjid dan kepada anak-anak qariah.
Sehingga hari ini, pembinaan bangunan telah dijalankan pada fasa pertama dengan pembinaan bilik wudhu' & bilik air bagi lelaki.
Bersempena Ramadhan yang mulia ini, pihak Masjid as-Sa'adah, Kg Tebengau ingin memohon sumbangan bantuan daripada Tuan-Tuan/Puan-Puan untuk menjayakan pembinaan ini.
Sebagaimana firman Allah ﷻ ayat 39, Surah Saba';
(قُلۡ إِنَّ رَبِّی یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَیَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَاۤ أَنفَقۡتُم مِّن شَیۡءࣲ فَهُوَ یُخۡلِفُهُۥۖ وَهُوَ خَیۡرُ ٱلرَّ ٰزِقِینَ)
Maksudnya; Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
Dan menerusi sabdaan Nabi Muhammad ﷺ
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Hadis Riwayat at-Termizi
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan:
Hj Zainuddin (Imam/Pengerusi)
0134070783
Ust Wahab (Timb. Pengerusi)
0194706717
En Yusuf (Bendahari)
0124473469
dan sumbangan menerusi akuan Masjid as-Sa'adah, Kg Tebengau
Bank Islam
02011010042638
Setiap sumbangan yang diberikan pihak kami mengucapkan Jazakumullah khairan kathira dan Allah jua sebaik-baik pembalas.
Terima Kasih.