SESMA - SM Sains Sultan Mahmud

Call Directions Website Contact the school

SESMA - SM Sains Sultan Mahmud Laman Rasmi SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD (SESMA), Terengganu.

22 September 2026: Lawatan murid dan guru SK Tok Jiring ke SM Sains Sultan Mahmud (SESMA) diadakan bertujuan memberikan ...
23/09/2026

22 September 2026:
Lawatan murid dan guru SK Tok Jiring ke SM Sains Sultan Mahmud (SESMA) diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada murid berkaitan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sepanjang lawatan, murid diperkenalkan dengan persekitaran, kemudahan dan suasana pembelajaran di SESMA serta diberikan penerangan berkaitan kehidupan dan pembelajaran sebagai murid SBP.

Program ini turut memberi peluang kepada murid mendapatkan maklumat berkaitan syarat dan proses kemasukan, persediaan akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang diperlukan bagi melanjutkan pendidikan ke SBP. Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, motivasi dan kesedaran murid untuk merancang hala tuju pendidikan serta mempersiapkan diri bagi peluang kemasukan ke SBP pada masa akan datang.


S.A.F.EPihak Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud telah menyediakan Ruangan S.A.F.E di asrama sebagai satu ruang yang ko...
23/09/2026

S.A.F.E

Pihak Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud telah menyediakan Ruangan S.A.F.E di asrama sebagai satu ruang yang kondusif, selamat dan mesra murid untuk menyokong kesejahteraan serta keselamatan murid. Ruangan ini menjadi medium kepada murid untuk mendapatkan maklumat, kesedaran dan sokongan berkaitan aspek keselamatan diri, pencegahan buli, kesejahteraan emosi serta hubungan sosial yang positif.

Ruangan S.A.F.E turut dilengkapi dengan bahan-bahan informasi dan bahan interaktif yang berkaitan dengan Anti Buli, keselamatan diri dan penjagaan kesejahteraan mental. Penyediaan ruang ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran asrama yang lebih selamat, prihatin dan bebas daripada unsur buli serta membantu murid mengetahui saluran yang sesuai untuk mendapatkan bantuan.


🏆✨ HEARTIEST CONGRATULATIONS TO THE SESMA INNOVATION TEAM! ✨🏆14th MALAYSIA INTERNATIONAL YOUNG INVENTOR OLYMPIAD 202617 ...
22/09/2026

🏆✨ HEARTIEST CONGRATULATIONS TO THE SESMA INNOVATION TEAM! ✨🏆

14th MALAYSIA INTERNATIONAL YOUNG INVENTOR OLYMPIAD 2026
17 - 20 SEPTEMBER 2026
MIDTOWN PERDA, PULAU PINAG

Heartiest congratulations to the SESMA Innovation Team on your outstanding achievement in the 14th MALAYSIA INTERNATIONAL YOUNG INVENTOR OLYMPIAD 2026( MIYIO 2026) Competition, where the team proudly secured 2 Gold medals from 2 participations. 🎉👏

Your success is a testament to your creativity, innovation and excellent teamwork .The achievement reflects the countless hours of preparation, thoughtful ideas, hard work and commitment demonstrated throughout the competition.

A special appreciation goes to the students -
Ahmad Aqil Iman (3UO),
Wan Basil (3UA) ,
Aiman Hasya(3UO),
Nuh (2AB),
Nur Azfar Miqael(2UA)
Anas Amsyar(2UA)
mentors Dr Nor Izdwana(UMT) and Dr Nurmahani(UMT) whose continuous guidance, support and encouragement have contributed to this outstanding accomplishment.

Participating in a innovation competition is already a remarkable accomplishment, but achieving success at MIYIO 2026 makes this journey even more meaningful.

May this achievement inspire the SESMA Innovation Team to continue exploring new ideas, creating meaningful innovations and reaching even greater heights in the future.

Once again, congratulations to the SESMA Innovation Team on your well-deserved success at MIYIO 2026! 🏆🌟

You have made SESMA proud!
Keep innovating, keep inspiring, and keep reaching for excellence! 🚀💡👏

19 SEPTEMBER 2026 : SABTUDetik terindah untuk seluruh warga SESMA atas penghargaan kecemerlangan SPM 2025, berada dalam ...
19/09/2026

19 SEPTEMBER 2026 : SABTU

Detik terindah untuk seluruh warga SESMA atas penghargaan kecemerlangan SPM 2025, berada dalam kelompok 5 SBP terbaik.

Tahniah kepada pemenang Full Color Awards SESMA, Nur Maisarah Izzaty yang menjadi kebanggaan kami. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan turut bersinar dalam kokurikulum serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Terus terbang tinggi 'our future leader'.

Tahniah kepada barisan guru & AKP yang juga mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Anugerah & pencapaian ini bukan sahaja untuk terpahat kemas dalam ingatan tetapi ia akan menjadi pembakar semangat untuk SESMA terus terbang tinggi.

Terima kasih kepada Alumni Mysesma Alumni SM Sains Sultan Mahmud dan juga PIBG SESMA atas sokongan sepanjang masa. Tanpa sokongan dan bantuan Alumni & ibu bapa, amat sukar perjalanan kami untuk menempa kejayaan.

Special thanks to our Principal Puan Hayati A. Rahman kerana menjadi nakhoda yang hebat mengemudi SESMA menongkah arus yang bergelora.

SESMA - SM Sains Sultan Mahmud
​"Mencipta sejarah, memahat kenangan;
setiap peluh yang tumpah menjadi saksi,
langkah yang diselangkah membawa erti,
abadi selamanya di relung hati."

Salam

18/09/2026
Fun learn🥰
16/09/2026

Fun learn🥰

Tahniah kepada semua warga SESMA...doakan perjalanan verisifikasi semuanya baik-baik sehingga ke penamat🥰🥰
16/09/2026

Tahniah kepada semua warga SESMA...doakan perjalanan verisifikasi semuanya baik-baik sehingga ke penamat🥰🥰

16 September 2026: Temuduga Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Murid Tingkatan 1 telah dilaksanakan bagi mengenal pasti dan m...
16/09/2026

16 September 2026: Temuduga Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Murid Tingkatan 1 telah dilaksanakan bagi mengenal pasti dan memilih murid yang mempunyai potensi, sahsiah positif serta minat untuk menyertai PRS. Temuduga memberi fokus kepada aspek komunikasi, keyakinan diri, kepimpinan, empati, kerjasama, kemahiran mendengar dan kesediaan membantu rakan.

Melalui sesi temuduga, murid berpeluang memperkenalkan diri, berkongsi pengalaman serta menyatakan motivasi dan minat untuk menjadi ahli PRS. Penilaian dibuat berdasarkan kesesuaian personaliti, kematangan, komitmen dan kebolehan murid dalam berinteraksi dengan rakan.

Terima Kasih diucapkan kepada unit Bimbingan dan Kaunseling dalam mengendalikan temuduga kepimpinan calon PRS pada hari ini.


16/09/2026
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Murid Sekolah Menengah ialah sekumpulan murid yang dilatih dan dibimbing oleh Guru Bimbing...
16/09/2026

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Murid Sekolah Menengah ialah sekumpulan murid yang dilatih dan dibimbing oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) untuk menjadi rakan sokongan kepada murid lain dalam aspek emosi, sosial, komunikasi, sahsiah dan kesejahteraan diri.

Antara peranan utama PRS adalah menjadi pendengar yang baik,
mendengar luahan rakan dengan empati tanpa menghukum atau mengejek, membantu mengenal pasti rakan yang memerlukan bantuan. Jika masalah rakan serius PRS perlu mendapatkan bantuan GBK/guru yang bertanggungjawab, menggalakkan budaya saling menghormati, prihatin, bekerjasama dan bebas daripada buli dan lain-lain.

Jom anak-anak tingkatan 1 SESMA memohon menjadi kepimpinan cilik - Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).


Address

Kampung Wakaf Tembesu
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SESMA - SM Sains Sultan Mahmud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SESMA - SM Sains Sultan Mahmud:

Shortcuts

Share

Category