01/06/2026
ππππππππ πππππππππππ & πππππππ πππππππ
Bahagian Keselamatan mengucapkan selamat bersara kepada En Abd Wahab B. Mohd Hashim pada 01 JUN 2026, Seluruh warga Bahagian Keselamatan mendoakan semoga En Abd Wahab B. Mohd Hashim sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan di Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Terengganu. Semoga segala sumbangan ini akan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
25/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datoβ/Prof./ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Kami seluruh warga keselamatan UMT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026 kepada semua warga kerja Universiti Malaysia Terengganu yang beragama Islam.
Semoga segala amalan baik dan pengorbanan kita diterima, dan membawa keberkatan serta kebahagiaan kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Warga keselamatan UMT
19/05/2026
Selamat Hari Lahir di ucapkan kepada Anggota Bahagian Keselamatan yang lahir pada bulan MEI 2026. Semoga sentiasa sihat, ceria, dan terus memberikan prestasi cemerlang.
30/04/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Warga UMT yang dihormati,
ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππππ ππ πππ ππ (πππ_ππ) ππ πππ
π ππππππ πππππ πππππ (πππ) πππππ ππππππππ
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan akan membuka kaunter KES_Go bagi memudahkan semua warga terutama pelajar melakukan urusan pembayaran kompaun, pelekat kenderaan dan kad identiti yang akan dibuat pada hujung minggu.
3. Waktu urusan perkhidmatan KES_GO adalah seperti berikut:-
Tarikh : 01 MEI 2026
Tempat : Kafe Sheikh Abdul Malik (SAM)
Masa : 8.30 Pagi β 1230 Tengahari
Dengan pelaksanaan perkhidmatan KES_GO, Bahagian Keselamatan berharap dapat memberikan fleksibiliti kepada semua warga dalam membuat urusan diluar waktu pejabat.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.
--
"Kebersamaan UMT"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Bahagian Keselamatan
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
TEL : 09-6333999
FAKS : 09-668 4119
TALIAN OPERASI KESELAMATAN 24JAM : 09-6333999
30/04/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Warga UMT yang dihormati,
πππππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππ π πππ ππππ
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bahagian Keselamatan ingin menasihatkan kepada semua warga UMT untuk memperbaharui pelekat kenderaan masing-masing atau yang belum memiliki pelekat kenderaan melalui sistem MyNemo-MyKeselamatan. Selesai permohonan, pelekat kenderaan tersebut perlu diambil di pejabat Bahagian Keselamatan, Bangunan Canselori mulai 4 Mei 2026 (Isnin).
3. Bagi kategori staf yang telah memiliki pelekat kenderaan sesi 2025/26, anda TIDAK PERLU PERBAHARUI pelekat kenderaan.
4. Waktu urusan kaunter adalah seperti berikut:
*Ahad-Rabu (0830H-1300H & 1400H- 1500H)
*Khamis (0830H-1300H Sahaja)
*Jumaat-Sabtu & Cuti Umum (Tutup)
5. Besarlah harapan pihak kami agar semua warga dapat memperbaharui serta memiliki pelekat Kenderaan yang sah selari dengan Peraturan Lalulintas Jalan UMT 2025.
Segala kerjasama daripada semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
"Kebersamaan UMT"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Bahagian Keselamatan
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
TEL : 09-6333999
FAKS : 09-668 4119
30/04/2026
Selamat Hari Lahir di ucapkan kepada Anggota Bahagian Keselamatan yang lahir pada bulan APRIL 2026. Semoga sentiasa sihat, ceria, dan terus memberikan prestasi cemerlang.
02/04/2026
ππππππππ πππππππππππ & πππππππ πππππππ
Bahagian Keselamatan mengucapkan selamat bersara kepada En Wan Ripin Bin Wan Abu Bakar pada 1 April 2026, Seluruh warga Bahagian Keselamatan mendoakan semoga En Wan Ripin Bin Wan Abu Bakar sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan di Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Terengganu. Semoga segala sumbangan ini akan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
30/03/2026
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Warga pelajar UMT yang dikasihi,
Adalah diingatkan bahawa setiap pelajar UMT mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan universiti ketika berada dalam kampus. Sebagai salah satu contoh adalah PEMAKAIAN KAD MATRIK @ KAD MySISWA. Setiap pelajar mestilah memakai kad matrik pada setiap masa ketika berada dalam kawasan kampus. Pamerkan bahagian hadapan kad dengan jelas pada baju/pakaian anda.
Sekian untuk peringatan kepada semua.
Tempat. : Susur Gajah PSNZ ke Akademik
Tarikh : 30.03.2026
29/03/2026
Selamat Hari Lahir di ucapkan kepada Anggota Bahagian Keselamatan yang lahir pada bulan MAC 2026. Semoga sentiasa sihat, ceria, dan terus memberikan prestasi cemerlang.
18/03/2026
πππππ πππππππ ππππππ
ππππ 1447H
Bahagian Keselamatan UMT, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat seluruh warga UMT khususnya kepada yang beragama lslam.
Semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh keceriaan & raikan kemenangan kita dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim.
Berhati-hatilah pulang ke kampung dalam menyambut lebaran yang penuh bermakna ini bersama keluarga tersayang.
Pulang ke desa anak perantauan,
Menyambut raya tidak keseorangan,
Salam Aidilfitri Kami Ucapkan
Maaf Zahir & Batin Kami Pohonkan.
Di siang hari membuat ketupat,
Ketupat dibuat di rumah Tok Wan,
Ruang pejabat ditinggalkan selamat
Dapat mengelak berlakunya pembaziran.