SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS

SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS SMK DATO' HAJI MOHD SAID
KG JERAM, MANIR
21200 KUALA TERENGGANU

LONJAKAN PRESTASI, MEMACU KEJAYAAN D'MOSS 23 Ogos 2026 l Dewan Seri Jeram8.00 pagi - 8.30 pagiKeputusan Peperiksaan Perc...
23/08/2026

LONJAKAN PRESTASI, MEMACU KEJAYAAN D'MOSS

23 Ogos 2026 l Dewan Seri Jeram
8.00 pagi - 8.30 pagi

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM (MPP3) membuktikan usaha gigih murid dan komitmen padu guru terus membuahkan hasil. Tahniah kepada semua murid yang berjaya mencatat lonjakan prestasi dan memperoleh keputusan cemerlang.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua calon SPM untuk terus berusaha, mengekalkan momentum kecemerlangan dan melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam peperiksaan SPM sebenar.

Tahniah kepada semua murid, guru dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Antaranya:

πŸ“ˆ Lonjakan Gred Purata Kelas - 5 Al-Hakim
🌟 Lonjakan Gred Purata Calon (beberapa orang murid)
🎯 Lonjakan Mata Pelajaran Tasawwur Islam
🎯 Lonjakan Mata Pelajaran Pendidikan Islam
πŸ… Pelajar Terbaik Kelas
πŸ† Pencapaian 7A
⭐ Pelajar Terbaik Tingkatan (Semua A)
πŸ“š Sasaran Audit Gred Purata Mata Pelajaran:
Bahasa Melayu
Pendidikan Islam
Sejarah
Pendidikan Seni Visual
Sains Rumah Tangga
Tasawwur Islam



22/08/2026
KEM CENDEKIA AL-QURAN (KKQ) PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TIMUR 2026 20 Ogos 2026 | KhamisπŸ“ Bilik SeminarAlhamdulillah,selesa...
20/08/2026

KEM CENDEKIA AL-QURAN (KKQ) PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TIMUR 2026

20 Ogos 2026 | Khamis
πŸ“ Bilik Seminar

Alhamdulillah,selesai sudah para peserta yang menyertai Kem Cendekia Al-Quran (KKQ) Peringkat Kebangsaan Zon Timur 2026.

Semoga program ini menjadi medan memperkukuh kecintaan terhadap al-Quran, meningkatkan kefahaman ilmu qiraat dan tarannum, membentuk sahsiah Qurani serta mengeratkan ukhuwah antara peserta dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Semoga semua peserta memperoleh manfaat yang besar, dipermudahkan segala urusan serta pulang dengan ilmu, pengalaman dan inspirasi untuk terus menjadi generasi al-Quran yang cemerlang.



TAKLIMAT AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID KPMπŸ—“ 20 Ogos 2026 (Khamis)πŸ•’ 7.30 – 8.30 pagiπŸ“ Dewan Seri JeramD'm...
20/08/2026

TAKLIMAT AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID KPM

πŸ—“ 20 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ•’ 7.30 – 8.30 pagi
πŸ“ Dewan Seri Jeram

D'moSS telah mengadakan Taklimat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan seluruh warga sekolah, termasuk guru, AKP, pekerja kebersihan, pengawal keselamatan dan pekerja kantin.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan komitmen semua warga sekolah terhadap pematuhan Polisi Perlindungan Murid KPM. Di samping itu, sesi aku janji yang dilaksanakan menjadi simbol iltizam bersama dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan setiap murid.

Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kerja profesional dan memastikan D'MoSS kekal sebagai sebuah institusi pendidikan yang selamat, prihatin dan berkualiti.



PROGRAM ANTI PORNOGRAFIJaga Mata, Jaga Hati, Minda SihatπŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)πŸ•— 8.00 – 9.30 pagiπŸ“ Dewan Seri Jeram      S...
19/08/2026

PROGRAM ANTI PORNOGRAFI
Jaga Mata, Jaga Hati, Minda Sihat

πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ•— 8.00 – 9.30 pagi
πŸ“ Dewan Seri Jeram
Sasaran : Murid Tingkatan 1 - 4

Dalam era digital yang serba mencabar, pendedahan terhadap kandungan tidak bermoral semakin mudah diakses.Justeru itu Ubk Dmoss telah menganjurkan Program Anti Pornografi sebagai usaha meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya pornografi terhadap akhlak, emosi, pemikiran dan masa depan mereka.

Disampaikan oleh Dr. Hartinie binti Abd Aziz, Pengerusi MAP Negeri Terengganu merangkap Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, UniSZA.

Perkongsian yang penuh berinformasi ini memberi kesedaran kepada murid tentang realiti ancaman pornografi berdasarkan data dan situasi semasa, di samping menekankan kepentingan membina jati diri, mengawal penggunaan teknologi serta memilih kandungan yang bermanfaat.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi panduan kepada semua murid untuk sentiasa menjaga mata, menjaga hati dan membina minda yang sihat, seterusnya melahirkan generasi berakhlak mulia, berintegriti dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hartinie binti Abd Aziz atas kesudian menyampaikan ceramah yang sangat bermanfaat kepada warga D'MoSS.

"Jaga Mata, Jaga Hati, Minda Sihat." πŸ’œ



SEINDAH KENANGAN, SETULUS PENGHARGAAN πŸŒΏπŸ“… 17 Ogos 2026 (Isnin)πŸ• 2.30 – 4.30 petangπŸ“ Serai CottageAlhamdulillah, telah ber...
17/08/2026

SEINDAH KENANGAN, SETULUS PENGHARGAAN 🌿

πŸ“… 17 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ• 2.30 – 4.30 petang
πŸ“ Serai Cottage

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh mesra dan bermakna Majlis Seindah Kenangan, Setulus Penghargaan bagi meraikan Cikgu Wan Mohd Nadzir bin Wan Ngah atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS).

Majlis yang berlangsung dalam suasana santai ini menjadi medan untuk warga D'MoSS merakamkan penghargaan, berkongsi kenangan serta mengeratkan silaturahim sebelum beliau melangkah ke destinasi baharu sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

Sesungguhnya, jasa dan kepimpinan beliau dalam memacu kecemerlangan kokurikulum serta membimbing warga sekolah akan sentiasa dikenang. Semoga segala pengalaman dan dedikasi yang telah dicurahkan menjadi inspirasi serta diteruskan dengan lebih gemilang di tempat baharu.

Warga SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS) mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati setiap langkah dan mengurniakan kejayaan yang berterusan.

"Perpisahan hanyalah satu perjalanan baharu, namun kenangan dan ukhuwah akan kekal terpahat di hati." πŸ’š



SEUNTAI KASIH, SELAUTAN BUDIMajlis Penghantaran Penolong Kanan Kokurikulum ke SMK Haji Abdul Rahman LimbongπŸ“… 17 Ogos 202...
17/08/2026

SEUNTAI KASIH, SELAUTAN BUDI
Majlis Penghantaran Penolong Kanan Kokurikulum ke SMK Haji Abdul Rahman Limbong

πŸ“… 17 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•£ 8.45 – 10.15 pagi
πŸ“ Bilik Mesyuarat, SMK Haji Abdul Rahman Limbong

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penghantaran Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Wan Mohd Nadzir bin Wan Ngah, yang diraikan dengan penuh mesra oleh warga SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

Majlis ini menjadi simbolik permulaan perjalanan baharu beliau setelah menabur bakti selama 13 tahun di SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS). Kehadiran delegasi D'MoSS bersama-sama warga sekolah baharu mencerminkan ukhuwah, rasa hormat dan semangat kekeluargaan yang terus terjalin.

Semoga Cikgu Wan Mohd Nadzir bin Wan Ngah terus cemerlang dalam menggalas amanah, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan kecemerlangan dalam dunia pendidikan.

Selamat bertugas di SMK Haji Abdul Rahman Limbong. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

"Perpisahan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih bermakna." πŸ’



MAJLIS PERTUKARAN | Seuntai Kasih, Seribu Kenangan 🌹17 Ogos 2026 | Dewan Seri Jeram7.30 - 8.30 pagiAlhamdulillah, telah ...
17/08/2026

MAJLIS PERTUKARAN | Seuntai Kasih, Seribu Kenangan 🌹

17 Ogos 2026 | Dewan Seri Jeram
7.30 - 8.30 pagi

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pertukaran "Seuntai Kasih, Seribu Kenangan" bagi meraikan Cikgu Wan Mohd Nadzir bin Wan Ngah, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS), yang akan meneruskan khidmat di tempat baharu.

Majlis yang dihadiri oleh seluruh warga sekolah ini diserikan dengan ucapan penghargaan, tayangan video kenangan, penyampaian cenderamata serta sesi bersalaman sebagai tanda kasih dan penghormatan atas segala jasa dan pengorbanan beliau sepanjang 13 tahun berkhidmat di D'MoSS.

Warga SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala bakti, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan dalam memartabatkan kecemerlangan sekolah.

Selamat maju jaya, Cikgu Wan Mohd Nadzir bin Wan Ngah. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

"Seuntai kasih terpahat di hati, seribu kenangan kekal abadi." ❀️



Majlis Jalinan Kasih, Semarak Budi Menyambut Kedatangan PK Kokurikulum Baharu16 Ogos 202612.15 Tengah hariBilik Mesyuara...
16/08/2026

Majlis Jalinan Kasih, Semarak Budi Menyambut Kedatangan PK Kokurikulum Baharu

16 Ogos 2026
12.15 Tengah hari
Bilik Mesyuarat Utama

🌹 Selamat Datang dan Salam Perkenalan 🌹

Warga SMK Dato' Haji Mohd Said (D'MoSS) mengalu-alukan kehadiran Ustaz Wan Sanuzi bin Awang @ Hamid sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu.

Majlis Jalinan Kasih, Semarak Budi menjadi medan mengeratkan silaturahim serta menzahirkan rasa hormat dan penghargaan kepada pemimpin baharu yang bakal menerajui bidang kokurikulum sekolah.

Semoga kehadiran beliau membawa sinergi, inspirasi dan kecemerlangan baharu buat warga D'MoSS, seterusnya memperkasakan lagi pencapaian kokurikulum sekolah.

Selamat datang ke keluarga besar D'MoSS. Semoga terus cemerlang memimpin dan berbakti demi kecemerlangan anak-anak didik.



πŸ‡²πŸ‡Ύ PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 | D'MoSSSemangat patriotisme terus mekar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bul...
16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 | D'MoSS

Semangat patriotisme terus mekar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Zakaria bin Sulong. Seusai ucapan perasmian, suasana dewan dimeriahkan dengan gimik Elephant Toothpaste yang menjadi simbolik semangat kemerdekaan yang terus membara, diikuti tayangan video AI bertemakan kemerdekaan yang menghayati perjuangan dan aspirasi Malaysia.

Turut memeriahkan majlis ialah Amanah Merdeka, deklamasi sajak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, serta nyanyian lagu-lagu patriotik yang menyemarakkan lagi rasa cinta akan negara.

Semoga sambutan ini terus menyemai jiwa merdeka, semangat perpaduan dan kecintaan kepada Malaysia dalam diri setiap warga D'MoSS.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jiwa Merdeka | Semangat Perpaduan | Malaysia Sejahtera



Address

SMK Dato'Haji Mohd Said
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096152420

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS:

Shortcuts

Share

Category