Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin

Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin Pusat Tahfiz yang berpengkalan di Kuala Selangor, di asaskan oleh Ustaz Ahmad Fauzi B Mat Ellah. Men

PT 759, 3/23 Jalan Melati, Kuala Selangor, Selangor 45000, Malaysia

Riadah pagi ini.
12/04/2026

Riadah pagi ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang cemerlang dalam SPM!🌟 8A 1) Muhammad Lukhman Rais bin Abdul Rais🌟 4A...
31/03/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang cemerlang dalam SPM!

🌟 8A
1) Muhammad Lukhman Rais bin Abdul Rais
🌟 4A
1)Muhammad Aqil Naufal bin Abdul Rahman
2) Muhammad Zulhilmi bin Faris
3)Muhammad Nabil Akmal bin Azlan
4)Ahmad Nazrin Shah bin Mohd Romzi
🌟 3A
1)Nur Iman binti Zamri
🌟 2A
1)Nur Muhammad Syafie bin Murad Thaqif
2)Dashika Haifa Ismahani binti Darusalam
3)Muhammad Thaqif bin Salehtulazmir
4)Muhammad Afiq Zakwan bin Sanazi

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta doa yang tidak putus-putus. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Abi Ahmad Fauzi, Ummi Nur Sakinah, semua guru-guru, warden, tukang masak dan semua staff ASTAF yang telah banyak berkorban tenaga, masa dan ilmu dalam membimbing serta mendidik para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Anda semua membanggakan! 🎓✨

Kelebihan Puasa 6 Syawal1️⃣ Pahala sama dengan berpuasa setahun2️⃣ Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan pu...
27/03/2026

Kelebihan Puasa 6 Syawal

1️⃣ Pahala sama dengan berpuasa setahun
2️⃣ Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan
3️⃣ Dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT
4️⃣ Bukti syukur kita kepada Allah SWT
5️⃣ Bukti keikhlasan amal solah sepanjang bulan Ramadan

-Rujukan: lama web JAKIM-

Selamat beramal 😊

🌙✨ SALAM AIDILFITRI ✨🌙Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin (ASTAF)mengucapkan💚 Selamat Hari Raya Aidilfitri 💚Maaf Zahir & B...
20/03/2026

🌙✨ SALAM AIDILFITRI ✨🌙

Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin (ASTAF)
mengucapkan

💚 Selamat Hari Raya Aidilfitri 💚
Maaf Zahir & Batin

Semoga kemenangan ini membawa keberkatan,
kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.
Didoakan agar segala amalan di bulan Ramadan
diterima Allah SWT dan kita dipertemukan lagi
dengan Ramadan akan datang.

🤲 Taqabbalallahu minna wa minkum 🤲

17/03/2026

Adab umpama pelita

🌙✨ *10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN | MISI MENDAPATKAN LAILATUL QADR* ✨🌙_Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.__Dikongs...
08/03/2026

🌙✨ *10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN | MISI MENDAPATKAN LAILATUL QADR* ✨🌙

_Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh._

_Dikongsikan poster rujukan 10 malam terakhir bulan Ramadhan bermula malam ke-20 hingga malam ke-30 sebagai peringatan bersama._

_Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadah pada malam-malam yang penuh keberkatan ini seperti solat malam, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa dalam usaha mencari Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 🤲📖_

_Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadr dan menerima segala amalan kita._




Alhamdulillah ceramah nuzul Quran pada harini berjalan dengan baik. Semoga kita semua dapat memahami AlQuran amin
07/03/2026

Alhamdulillah ceramah nuzul Quran pada harini berjalan dengan baik. Semoga kita semua dapat memahami AlQuran amin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✨🌙🌙09 Ramadan 1447H (27 Feb 2026)1 Hari 1 HadisDaripada Uthman bin Abul ‘Ash R...
27/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✨🌙🌙

09 Ramadan 1447H (27 Feb 2026)

1 Hari 1 Hadis

Daripada Uthman bin Abul ‘Ash RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Puasa adalah perisai dari neraka, seperti perisai salah seorang diantara kamu dari peperangan”.

-Hadis Riwayat Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah-

Pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan yg akan pihak sekolah sediakan sepanjang Ramadhan ini:
1. Jom infaq sehari RM20
2. Tajaan Ifthar dan sahur
3. Program Tadarus
4. Halaqoh Al Quran
5. Ifthar Jamaei
6. dan b*k lagi

Dijemput yang ingin menggandakan pahala boleh menyumbang di akaun berikut:

Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin
MAYBANK ISLAMIC:
5621 3351 6245

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan ibadah, serta mendidik anak-anak agar lebih mencintai al-Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✨🌙🌙04 Ramadan 1447H (21 Feb 2026)1 Hari 1 HadisDaripada Abdullah Bin ‘Amr RA, ...
22/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✨🌙🌙

04 Ramadan 1447H (21 Feb 2026)

1 Hari 1 Hadis

Daripada Abdullah Bin ‘Amr RA, bahawa Rasululllah SAW bersabda :

“Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada sang hamba
( yang beramal dengannya ) di hari kiamat nanti. Puasa akan berkata :
“ Wahai Tuhan ! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada siang hari maka terimalah syafaatku untuknya. Manakala Al-Quran p**a akan berkata “Wahai Tuhan ! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku untuknya. Baginda bersabda : “ Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut. “

-Hadis Riwayat Ahmad : n0 6626-

Pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan yg akan pihak sekolah sediakan sepanjang Ramadhan ini:
1. Jom infaq sehari RM20
2. Tajaan Ifthar dan sahur
3. Program Tadarus
4. Halaqoh Al Quran
5. Ifthar Jamaei
6. dan b*k lagi

Dijemput yang ingin menggandakan pahala boleh menyumbang pada akaun berikut :

*Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin*
MAYBANK ISLAMIC:
5621 3351 6245

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan ibadah, serta mendidik anak-anak agar lebih mencintai al-Quran dan akhlak yang mulia.

Sekian, terima kasih😊

Pengurusan,
Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin

Address

PT 759, 3/23 Jalan Melati
Kuala
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Syahadah Tahfiz Al-Faizin:

Shortcuts

Share

Category