24/01/2025
Video Thalita bercerita mengenai dirinya yang dip**aukan oleh sebilangan kawan-kawan di sekolah raih simpati ramai. Alahai cara Thalita bercakap sebijik macam arwah Sarah. Part yang ' saya tak kisah ' tu slay lah Thalita..
Artikel penuh di komen π
08/02/2021
Selamat petang semua.
5 perkara perlu dikuasai seblm mjawab soalan ABK sem 3, Pengajian Am.
1- Format; Gabung/ Berasingan
2- Bentuk Data; Secara umum, perubahan / bandingan
3- Bina ayat idea data
4- Huraian data
5- Jana Idea pengetahuan
Sila pastikan pelajar mguasai perkara di atas, untuk memestikan anda dapat menulis jawapan yang tepat & cepat. ππΌππΌππΌ
09/12/2020
pola banding blh dijawab melalui 2 cara:
1- banding antara tahun ( bacaan mendatar)
2- banding dalam tahun ( bacaan menegak)
Apabila menulis jawapan banding, mesti guna paling tinggi dan paling rendah ketika banding dalam tahun. Sementara, banding mendatar kita mesti guna perkataan lebih besar/ kecil daripada jumlah asal.
Buat huraian dgn analisis data yg telah diberikan. Selamat maju semua anak didik cg. π
23/09/2020
Selamat pagi semua student StPm 2020. Pelajaran hari ini tentang format (Bhg B )Sem 3.
Format terbahagi 2 iaitu format asing dan format bersama ( gabung).
Format asing: Analisis data & analisis pengetahuan ditulis dlm perenggan yg berasingan ( setelah selesai analisis data).
Format gabung: Analisis data & pengetahuan dlm satu perenggan. Biasanya pengetahuan ttg keadaan data tersebut.
Selamat mengulangkaji... NKI/GCPA
24/01/2020
Siapa kata alih bentuk komunikasi semester 2 sukar? Jom kita kongsi beberapa tip;
1- kenal pasti jenis graf / carta berdasarkan kata kunci yg terdapat pada soalan
2- bina jadual persediaan yang mudah( jimat masa)
3- lukis graf /carta - prosedur TaPak SPSI ( tajuk, paksi, skala, petunjuk , sumber & info dlm graf.
Selamat mencuba.π
31/10/2019
Selamat menghadapi peperiksaan Pengajian Am sem 3 pd 5/11/2019. Semoga memperolehi kejayaan yg cemerlang.
25/09/2019
Bagaimana nak menjadi soalan Bhg B Semestar 3.
Langkah 1- kenalpasti ayat data & ayat pengetahuan.
Langkah 2- Tentukan bentuk data yg hendak .dianalisis sama ada perubahan atau banding.
Langkah 3- Idea perubahan iaitu meningkat, menurun , tak konsisten , & stabil.
Langkah 4- beri huraian data dgn guna pakej 4 '& banding guna pakej 3.
Langkah 5- ikut format yg sesuai dgn kehendak soalan.
16/06/2019
Apa khabar semua pelajar. Kita telah masuk Semester 3 dengan sukatan pelajaran Pengajian Am tentang Malaysia dan hubungan luar. Pentaksiran & penilaian merangkumi soalan objektif(15 soalan), alih bentuk komunikasi dan penulisan 2 buah esei. ..
10/01/2019
Kerja kursus Pengajian Am datang kembali. Tahun ini bertemakan prasarana air dan integrasi & perpaduan di kawasan kediaman.
Kemukakan tajuk dan objektif yang tepat supaya hasilnya mantap. 2 objektif sudah mencukupi. Selamat membuat kajian.
01/01/2019
1 Jan bermulanya Semester 2 bg yg menduduki STPM 2019. Jom kita belajar ttg alih bentuk komunikasi dr linear kp bukan linear( grafik).
Jenis grafik terdiri drp graf dan carta pai. Graf p**a adalah graf bar & graf garis. Sebanyak 10 media yg nak belajar. Tak susah pun.