12/01/2024
KURSUS INTENSIF TATABAHASA ARAB 2024 SECARA 'ONLINE'
PENDAHULUAN
Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) menganjurkan 3 kursus intensif secara ONLINE menggunakan aplikasi 'Zoom' pada bulan Januari dan Februari 2024 ini.
Setiap kursus akan berlangsung selama SATU JAM SETENGAH SAHAJA setiap hari. Kursus Sorof berterusan selama 5 hari, dan Kursus Nahu berterusan selama hingga 11 hari...
KURSUS YANG DITAWARKAN
1- KURSUS INTENSIF SOROF ASAS
Daftar di sini (https://forms.gle/pXp2mb4Y7GrqCUF39)
2- KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT PENGENALAN
Daftar di sini (https://forms.gle/eBkvS9VPYrck6dNz7)
3- KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT LANJUTAN
Daftar di sini (https://forms.gle/iZfnhBq1kcPgKdQX7)
KURSUS UNTUK SIAPA?
Kursus ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang mencukupi syarat asas penyertaan yang boleh dirujuk dalam penerangan setiap kursus yang ditawarkan secara spesifik.
PERSIAPAN
Kursus-kursus ini adalah kursus intensif. Walaupun jangka masanya singkat, tetapi banyak pelajaran yang perlu ditamatkan sepanjang tempoh kursus.
Jadi, persiapan untuk menyertai kursus berlegar sekitar setakat mana kesanggupan anda untuk belajar secara pantas, banyak dan luas dalam masa yang pendek.
Jika anda berminat untuk menyertainya, anda perlulah;
1- Serius ingin belajar.
2- Sanggup mengikut jadual kursus yang diadakan pada luar waktu kebiasaan, iaitu selepas solat Asar dan selepas solat Isyak.
3- Bersedia membayar yuran pada harga premium.
4- Bersedia untuk mengorbankan sebahagian keselesaan masa berharga anda di rumah untuk 'benar-benar' belajar.
5- Mengikhlaskan niat.
*Namun begitu rakaman kelas turut disediakan, untuk memudahkan peserta yang kadangkala terpaksa tidak menghadiri kelas kerana urusan tertentu.
MAKLUMAT TERPERINCI SETIAP KURSUS
✳️ Pertama
KURSUS INTENSIF SOROF ASAS
Kursus 5 Hari, jam 5 - 6.30 petang (21 dan 25 Januari 2024)
Jika anda yang telah lama belajar bahasa Arab, tetapi masih keliru mengenai asas ilmu Sorof berkaitan topik kata dasar, huruf asal, huruf tambah dan kaedah pengembangan isim dan fi'il, kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.
Ia dibina sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah belajar bahasa Arab sebelum ini tetapi masih belum menguasai ilmu Sorof Asas ini.
Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini.
Kursus akan menggunakan buku;
'Ringkasan Ilmu Sorof Asas'
(المختصر المفيد في الصرف الأساسي)
Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).
....
Apakah yang akan anda pelajari;
1- Mengetahui wazan-wazan utama ilmu Sorof untuk fi'il dan juga isim.
2- Latihan pemantapan penguasaan wazan-wazan tersebut secara praktikal, sehingga anda tidak keliru lagi.
3- Menjelaskan beberapa perbezaan makna yang berlaku kerana pertukaran wazan.
4- Menggunakan kemahiran ilmu Sorof untuk menggunakan kamus.
5- Teknik menjadikan kamus sebagai alat bantu belajar bahasa Arab yang berkesan untuk peringkat pengajian bahasa Arab yang lebih tinggi.
...
*Kursus akan berjalan selama 7 jam setengah dalam tempoh 5 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*
Yuran sebanyak RM150 sahaja.
✳️ Kedua
KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT PENGENALAN
Kursus 11 hari, jam 9.30 - 11 malam (21 Januari - 1 Februari 2024)
Jika anda yang telah lama belajar bahasa Arab, tetapi masih keliru mengenai asas ilmu Nahu seperti hukum marfu', mansub, majrur dan majzum dan masih tidak tahu membuat ayat mudah dalam bahasa Arab, maka kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.
Ia dibina secara sistematik sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah belajar bahasa Arab sebelum ini tetapi masih belum menguasai ilmu Nahu Asas ini, serta selalu keliru.
Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini.
Kursus akan menggunakan buku;
'Ringkasan Ilmu Sorof Asas 1'
( المختصر المفيد في النحو الأساسي - الكتاب الأول)
Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).
....
Apakah yang akan anda pelajari;
1- Mendalami pembahagian lebih terperinci mengenai Isim, Fi’il dan Harf.
2- Belajar membuat ayat sendiri menggunakan jumlah fi'liyyah dan jumlah ismiyyah.
3- Memahirkan diri dengan pembicaraan hukum Nahu seperti marfu', mansub, majrur dan mazjum, serta tanda-tanda i'rab ketika membuat ayat.
4- Menganalisa aspek Nahu secara praktikal berdasarkan beberapa teks al-Quran, Hadith dan beberapa teks pilihan yang lain.
5- Menguasai 7 tajuk utama Nahu yang perlu diketahui untuk membolehkan anda membuat ayat mudah.
*Kursus akan berjalan selama 16 jam setengah secara intensif dalam tempoh 11 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*
Yuran sebanyak RM300 sahaja.
✳️ Ketiga
KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT LANJUTAN
*Kursus 11 hari, jam 9.30 - 11 malam (4 - 15 Februari 2024)
Kursus Intensif ini untuk pelajar yang telah menguasai asas-asas Nahu dan penggunaan tanda i'rab, tetapi mahu melengkapkan pengajian keseluruhan tajuk-tajuk Nahu utama secara lengkap dan sistematik.
Jika anda hendak membaca buku-buku berbahasa Arab dengan penggunaan baris yang betul serta memahami maknanya secara tepat mengikut kaedah Nahu, maka kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.
Ia dibina secara sistematik sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah mempelajari asas-asas Nahu sebelum ini.
Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini. Dan bukan juga untuk golongan yang belum pernah belajar asas Nahu dalam membuat ayat mudah serta mengenali tanda-tanda i'rab.
Ini adalah 'kelas lanjutan' untuk golongan yang masih berada di tahap permulaan tetapi berminat untuk mendalami ilmu Nahu dengan lebih jauh. Kursus ini bukan 'kelas lanjutan' untuk peringkat tahap tinggi.
Kursus akan menggunakan buku;
'Ringkasan Ilmu Sorof Asas 2'
( المختصر المفيد في النحو الأساسي - الكتاب الثاني)
Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).
....
Apakah yang akan anda pelajari;
1- Meningkatkan teknik membuat ayat mudah kepada teknik membuat ayat kompleks.
2- Melengkapkan pengajian teori 7 tajuk isim marfu', 12 tajuk isim mansub dan 3 tajuk isim majrur.
3- Membuat latihan praktikal dengan latih tubi membaca petikan buku-buku bahasa Arab terpilih.
4- Memantapkan kemahiran praktikal bagi semua tajuk Nahu yang telah dipelajari sebelum ini.
5- Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis ke tahap yang lebih tinggi.
*Kursus akan berjalan selama 16 jam setengah secara intensif dalam tempoh 11 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*
Yuran sebanyak RM300 sahaja.
TENAGA PENGAJAR
Ustaz Zakaria Ismail. Tenaga pengajar bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) yang telah berpengalaman mengajar bahasa Arab selama hampir 30 tahun. Beliau mendapat Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan as-Sunnah UIAM dan berkelulusan Sarjana dalam bidang Pentadbiran Pendidikan UPM.
Teknik pengajaran yang digunakan oleh beliau telah terbukti dapat membantu ramai pelajar belajar bahasa Arab dengan lebih berkesan.
Belajar dengan guru mahir yang berpengalaman dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda akan menguasai topik-topik yang dipelajari dengan lebih cepat dan tepat.
DAFTAR SEGERA!
Kursus Intensif seperti ini, hanya diadakan sekali sekala. Jika terlepas, peluang itu tidak mudah untuk kembali.
PBAQ menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dan juga program-progr