Pusat Bahasa Al-Quran - PBAQ

Pusat Bahasa Al-Quran - PBAQ

Share

PBAQ menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dan juga program-progr

12/01/2024

KURSUS INTENSIF TATABAHASA ARAB 2024 SECARA 'ONLINE'

PENDAHULUAN
Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) menganjurkan 3 kursus intensif secara ONLINE menggunakan aplikasi 'Zoom' pada bulan Januari dan Februari 2024 ini.

Setiap kursus akan berlangsung selama SATU JAM SETENGAH SAHAJA setiap hari. Kursus Sorof berterusan selama 5 hari, dan Kursus Nahu berterusan selama hingga 11 hari.
..

KURSUS YANG DITAWARKAN

1- KURSUS INTENSIF SOROF ASAS
Daftar di sini (https://forms.gle/pXp2mb4Y7GrqCUF39)

2- KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT PENGENALAN
Daftar di sini (https://forms.gle/eBkvS9VPYrck6dNz7)

3- KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT LANJUTAN
Daftar di sini (https://forms.gle/iZfnhBq1kcPgKdQX7)


KURSUS UNTUK SIAPA?
Kursus ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang mencukupi syarat asas penyertaan yang boleh dirujuk dalam penerangan setiap kursus yang ditawarkan secara spesifik.

PERSIAPAN
Kursus-kursus ini adalah kursus intensif. Walaupun jangka masanya singkat, tetapi banyak pelajaran yang perlu ditamatkan sepanjang tempoh kursus.

Jadi, persiapan untuk menyertai kursus berlegar sekitar setakat mana kesanggupan anda untuk belajar secara pantas, banyak dan luas dalam masa yang pendek.

Jika anda berminat untuk menyertainya, anda perlulah;

1- Serius ingin belajar.
2- Sanggup mengikut jadual kursus yang diadakan pada luar waktu kebiasaan, iaitu selepas solat Asar dan selepas solat Isyak.
3- Bersedia membayar yuran pada harga premium.
4- Bersedia untuk mengorbankan sebahagian keselesaan masa berharga anda di rumah untuk 'benar-benar' belajar.
5- Mengikhlaskan niat.

*Namun begitu rakaman kelas turut disediakan, untuk memudahkan peserta yang kadangkala terpaksa tidak menghadiri kelas kerana urusan tertentu.

MAKLUMAT TERPERINCI SETIAP KURSUS

✳️ Pertama
KURSUS INTENSIF SOROF ASAS

Kursus 5 Hari, jam 5 - 6.30 petang (21 dan 25 Januari 2024)

Jika anda yang telah lama belajar bahasa Arab, tetapi masih keliru mengenai asas ilmu Sorof berkaitan topik kata dasar, huruf asal, huruf tambah dan kaedah pengembangan isim dan fi'il, kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.

Ia dibina sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah belajar bahasa Arab sebelum ini tetapi masih belum menguasai ilmu Sorof Asas ini.

Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini.

Kursus akan menggunakan buku;

'Ringkasan Ilmu Sorof Asas'
‎(المختصر المفيد في الصرف الأساسي)

Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).

....

Apakah yang akan anda pelajari;

1- Mengetahui wazan-wazan utama ilmu Sorof untuk fi'il dan juga isim.
2- Latihan pemantapan penguasaan wazan-wazan tersebut secara praktikal, sehingga anda tidak keliru lagi.
3- Menjelaskan beberapa perbezaan makna yang berlaku kerana pertukaran wazan.
4- Menggunakan kemahiran ilmu Sorof untuk menggunakan kamus.
5- Teknik menjadikan kamus sebagai alat bantu belajar bahasa Arab yang berkesan untuk peringkat pengajian bahasa Arab yang lebih tinggi.

...

*Kursus akan berjalan selama 7 jam setengah dalam tempoh 5 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*

Yuran sebanyak RM150 sahaja.

✳️ Kedua
KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT PENGENALAN

Kursus 11 hari, jam 9.30 - 11 malam (21 Januari - 1 Februari 2024)

Jika anda yang telah lama belajar bahasa Arab, tetapi masih keliru mengenai asas ilmu Nahu seperti hukum marfu', mansub, majrur dan majzum dan masih tidak tahu membuat ayat mudah dalam bahasa Arab, maka kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.

Ia dibina secara sistematik sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah belajar bahasa Arab sebelum ini tetapi masih belum menguasai ilmu Nahu Asas ini, serta selalu keliru.

Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini.

Kursus akan menggunakan buku;

'Ringkasan Ilmu Sorof Asas 1'
‎( المختصر المفيد في النحو الأساسي - الكتاب الأول)

Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).

....

Apakah yang akan anda pelajari;

1- Mendalami pembahagian lebih terperinci mengenai Isim, Fi’il dan Harf.
2- Belajar membuat ayat sendiri menggunakan jumlah fi'liyyah dan jumlah ismiyyah.
3- Memahirkan diri dengan pembicaraan hukum Nahu seperti marfu', mansub, majrur dan mazjum, serta tanda-tanda i'rab ketika membuat ayat.
4- Menganalisa aspek Nahu secara praktikal berdasarkan beberapa teks al-Quran, Hadith dan beberapa teks pilihan yang lain.
5- Menguasai 7 tajuk utama Nahu yang perlu diketahui untuk membolehkan anda membuat ayat mudah.

*Kursus akan berjalan selama 16 jam setengah secara intensif dalam tempoh 11 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*

Yuran sebanyak RM300 sahaja.

✳️ Ketiga
KURSUS NAHU ASAS: PERINGKAT LANJUTAN

*Kursus 11 hari, jam 9.30 - 11 malam (4 - 15 Februari 2024)

Kursus Intensif ini untuk pelajar yang telah menguasai asas-asas Nahu dan penggunaan tanda i'rab, tetapi mahu melengkapkan pengajian keseluruhan tajuk-tajuk Nahu utama secara lengkap dan sistematik.

Jika anda hendak membaca buku-buku berbahasa Arab dengan penggunaan baris yang betul serta memahami maknanya secara tepat mengikut kaedah Nahu, maka kursus intensif ini adalah amat bermanfaat anda sertai.

Ia dibina secara sistematik sesuai untuk golongan dewasa, pelajar sekolah dan pelajar IPT yang pernah mempelajari asas-asas Nahu sebelum ini.

Ia bukan untuk golongan yang tak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini. Dan bukan juga untuk golongan yang belum pernah belajar asas Nahu dalam membuat ayat mudah serta mengenali tanda-tanda i'rab.

Ini adalah 'kelas lanjutan' untuk golongan yang masih berada di tahap permulaan tetapi berminat untuk mendalami ilmu Nahu dengan lebih jauh. Kursus ini bukan 'kelas lanjutan' untuk peringkat tahap tinggi.

Kursus akan menggunakan buku;

'Ringkasan Ilmu Sorof Asas 2'
‎( المختصر المفيد في النحو الأساسي - الكتاب الثاني)

Tulisan Ustaz Zakaria Ismail, guru bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ).

....

Apakah yang akan anda pelajari;

1- Meningkatkan teknik membuat ayat mudah kepada teknik membuat ayat kompleks.
2- Melengkapkan pengajian teori 7 tajuk isim marfu', 12 tajuk isim mansub dan 3 tajuk isim majrur.
3- Membuat latihan praktikal dengan latih tubi membaca petikan buku-buku bahasa Arab terpilih.
4- Memantapkan kemahiran praktikal bagi semua tajuk Nahu yang telah dipelajari sebelum ini.
5- Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis ke tahap yang lebih tinggi.

*Kursus akan berjalan selama 16 jam setengah secara intensif dalam tempoh 11 hari, dan akan dirakamkan. Link rakaman akan diberi kepada semua peserta dalam grup Whatsapp peserta.*

Yuran sebanyak RM300 sahaja.

TENAGA PENGAJAR

Ustaz Zakaria Ismail. Tenaga pengajar bahasa Arab di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) yang telah berpengalaman mengajar bahasa Arab selama hampir 30 tahun. Beliau mendapat Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan as-Sunnah UIAM dan berkelulusan Sarjana dalam bidang Pentadbiran Pendidikan UPM.

Teknik pengajaran yang digunakan oleh beliau telah terbukti dapat membantu ramai pelajar belajar bahasa Arab dengan lebih berkesan.

Belajar dengan guru mahir yang berpengalaman dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda akan menguasai topik-topik yang dipelajari dengan lebih cepat dan tepat.

DAFTAR SEGERA!

Kursus Intensif seperti ini, hanya diadakan sekali sekala. Jika terlepas, peluang itu tidak mudah untuk kembali.

Pusat Bahasa Al-Quran - PBAQ PBAQ menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dan juga program-progr

TAHAP 3 - KELAS NAHU BAHASA ARAB DEWASA SESI JANUARI 2024 (PBAQ) 28/12/2023

*KELAS NAHU BAHASA ARAB DEWASA SESI JANUARI 2024*
_*Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)*_

Mempelajari ilmu Nahu asas membolehkan anda menguasai bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan.

Pada awal tahun 2024 nanti, Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) menawarkan satu sahaja kelas iaitu kelas Nahu Asas peringkat lanjutan sebagaimana berikut.

Untuk mendaftar, sila isikan borang google form di sini.

DAFTAR: https://forms.gle/e5umCKvx4VfLXEzT7

✳️BAHASA ARAB TAHAP 3 (PENGAJIAN NAHU ASAS LANJUTAN)

(Bermula pada Sabtu, 6 JANUARI 2024, Jam 10 - 11.30 PAGI)

Kelas ini adalah untuk golongan yang sudah ada pengalaman belajar bahasa Arab sebelum ini. Mereka juga pernah belajar asas-asas Nahu sehingga ke tahap memahami penggunaan tanda-tanda I'rab secara teori dan praktikal dalam jumlah fi'liyyah dan jumlah ismiyyah.

Kelas ini bertujuan untuk memperlengkapkan ilmu Nahu yang telah anda pelajari sebelum ini dan memantapkan penggunaannya secara praktikal melalui pembacaan teks dan perbualan.

Ia bukan untuk orang yang belum pernah belajar bahasa Arab, dan bukan juga untuk yang belum pernah belajar ilmu Nahu.

Kelas ini akan menggunakan bahagian kedua kitab Matan al-Aajurrumiyyah sebagai teks asas bermula dengan isim-isim yang marfu' sehinggalah khatam.

Anggaran masa belajar setahun.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*ANJURAN*
Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ).

*KEKERAPAN*
Sekali seminggu.

*TEMPAT*

Semua kelas akan dijalankan di Tingkat 1, Kompleks MDM Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang, Marang. (Berdekatan dengan IQT Padang Midin)

*DAFTAR SEGERA*

Untuk mendaftar, boleh terus mengisi borang google melalui pautan yang diberi.

*JOM BELAJAR BAHASA ARAB!*

TAHAP 3 - KELAS NAHU BAHASA ARAB DEWASA SESI JANUARI 2024 (PBAQ) Mempelajari ilmu Nahu asas membolehkan anda menguasai bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan. Pada awal tahun 2024 nanti, Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) menawarkan satu sahaja kelas iaitu kelas Nahu Asas peringkat lanjutan sebagaimana berikut. Untuk mendaftar, sila isikan borang google form di ba...

Siri 53 Pengajian Iqna' Ust Zakaria Ismail (Memahami istilah Mazhab Syafie: Qaul, Wajah, Azhar...) 31/10/2023

SAMBUNGAN SIRI KITAB AL-IQNA'

Kali ini topik yang agak teknikal.

Iaitu penerangan tentang beberapa istilah Mazhab Syafie yang biasa kita temui ketika membaca kitab-kitab feqah Mazhab Syafie secara khusus.

Ini adalah istilah-istilah yang digunapakai oleh Ulama' dalam Mazhab Syafie di dalam mentarjihkan dalil-dalil yang dikemukakan oleh Imam asy-Syafie sendiri dan ulamak-ulamak Mazhab yang terdiri daripada Ashabul Wujuh, Ahli Tarjih dan Muhaqqiq di kalangan mutakhirin dalam mazhab.

Daripada aspek akademik, ia adalah kehalusan mempraktikkan nilai akademik yang sangat tinggi oleh Ulamak Mazhab Syafie, sehingga kita dapat menentukan asal usul hukum furu' mazhab untuk dinisbahkan ijtihad ulamak mazhab daripada Tabaqat yang berbeza.

Penerangan ini akan lebih mudah difahami jika anda sudah agak biasa dengan perbahasan Ilmu Usul Feqh. Jika tidak, saya telah berusaha untuk memudahkan kefahaman pendengar setakat yang termampu.

Siri 53 Pengajian Iqna' Ust Zakaria Ismail (Memahami istilah Mazhab Syafie: Qaul, Wajah, Azhar...) Siri pengajian kitab al-Iqna' bersama Ustaz Zakaria Ismail daripada Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) membicarakan mengenai ilmu feqah dalam mazhab Syafi'e. Siri ...

KELAS BAHASA ARAB TAHAP 1 SESI OKTOBER 2023 25/09/2023

UNTUK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU

*🍀KELAS BAHASA ARAB DEWASA SESI OKTOBER 2023🍂🍀*
_*Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)*_

Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu.

*KELAS YANG DITAWARKAN*

✳️BAHASA ARAB TAHAP 1

(Bermula pada Sabtu, 7 OKTOBER 2023, Jam 8 - 9.30 PAGI)

DAFTAR: https://forms.gle/guuVjX5UDhUHFJPP7

Kelas ini adalah kelas pengenalan selama 6 bulan. Kelas ini bermula daripada pelajaran paling asas dalam pengajian bahasa Arab.

Ia khas untuk pelajar yang berminat belajar bahasa Arab, tetapi tak pernah belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis huruf jawi walaupun kurang mahir.

Anggaran masa belajar 6 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*ANJURAN*
Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ).

*KEKERAPAN*
Sekali seminggu.

*TEMPAT*

Semua kelas akan dijalankan di Tingkat 1, Kompleks MDM Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang, Marang. (Berdekatan dengan IQT Padang Midin)

*DAFTAR SEGERA*

Untuk mendaftar, boleh terus mengisi borang google melalui pautan yang diberi.

*JOM BELAJAR BAHASA ARAB!*

KELAS BAHASA ARAB TAHAP 1 SESI OKTOBER 2023 Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas adalah dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu. Kelas ini adalah kelas pengenalan selama 6 bulan. Kelas ini bermula daripada pela...

KELAS BAHASA ARAB TAHAP 2 SESI JUN 2023 25/06/2023

_*Lanjutan Pendaftaran dan Penangguhan Mula Kelas kepada 8 Julai 2023*_

*🍀KELAS BAHASA ARAB DEWASA SESI JUN 2023🍂🍀*
_*Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)*_

Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas adalah dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu.

*KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN*

✳️BAHASA ARAB TAHAP 1 (Kelas Pengenalan Bahasa Arab)
✳️BAHASA ARAB TAHAP 2 (Kelas Pengenalan Nahu)

*MAKLUMAT LANJUT*

*✳️BAHASA ARAB TAHAP 1*
(Bermula pada Sabtu, 17 Jun 2023, Jam 8 - 9.30 pagi) - _ditangguh permulaan kelas kepada 8 Julai 2023._

DAFTAR: https://forms.gle/QkGFG46H7jiabWrS6

Kelas ini adalah kelas pengenalan selama 6 bulan. Kelas ini bermula daripada pelajaran paling asas dalam pengajian bahasa Arab.

Ia khas untuk pelajar yang berminat belajar bahasa Arab, tetapi tak pernah belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis huruf jawi walaupun kurang mahir.

Anggaran masa belajar 6 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*✳️BAHASA ARAB TAHAP 2*
(Bermula pada Sabtu, 17 Jun 2023, Jam 8.00 - 9.30 malam)- _ditangguh permulaan kelas kepada 8 Julai 2023._

DAFTAR: https://forms.gle/Ax5aST82bU353NDf8

Kelas ini adalah kelas untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Ia berbentuk kelas pengenalan tata bahasa arab asas, memahami komponen dalam struktur ayat sehingga mengenal hukum dan tanda i'rab. Pengkayaan kosa kata akan dibuat melalui pembacaan buku teks khusus. Pembelajaran akan dikaitkan dengan struktur bahasa Arab dalam satu surah pilihan daripada al-Quran.

Anggaran masa belajar 7 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*ANJURAN*
Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ).

*TENAGA PENGAJAR*
Ustaz Zakaria Ismail

*KEKERAPAN*
Sekali seminggu.

*TEMPAT*

Semua kelas akan dijalankan di Tingkat 1, Kompleks MDM Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang, Marang. (Berdekatan dengan IQT Padang Midin)

*DAFTAR SEGERA*

Untuk mendaftar, boleh terus mengisi borang google melalui pautan yang diberi.

*JOM BELAJAR BAHASA ARAB!*

KELAS BAHASA ARAB TAHAP 2 SESI JUN 2023 Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran di Pusat Bahasa al-Quran (PBAQ) kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas adalah dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu. Kelas ini adalah kelas untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar bah...

PROGRAM KHAS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH 08/06/2023

*🍀KELAS BAHASA ARAB DEWASA DAN PROGRAM KHAS SEKOLAH RENDAH SESI JUN 2023🍂🍀*

_*Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)*_

Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas adalah dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu.

*KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN*

✳️BAHASA ARAB TAHAP 1 (Kelas Pengenalan Bahasa Arab)
✳️BAHASA ARAB TAHAP 2 (Kelas Pengenalan Nahu)
✳️PROGRAM KHAS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH (Untuk darjah 5 dan 6 sahaja)

*MAKLUMAT LANJUT*

*✳️BAHASA ARAB TAHAP 1*
(Bermula pada Sabtu, 17 Jun 2023, Jam 8 - 9.30 pagi)

DAFTAR: https://forms.gle/QkGFG46H7jiabWrS6

Kelas ini adalah kelas pengenalan selama 6 bulan. Kelas ini bermula daripada pelajaran paling asas dalam pengajian bahasa Arab.

Ia khas untuk pelajar yang berminat belajar bahasa Arab, tetapi tak pernah belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis huruf jawi walaupun kurang mahir.

Anggaran masa belajar 6 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*✳️BAHASA ARAB TAHAP 2*
(Bermula pada Sabtu, 17 Jun 2023, Jam 8.00 - 9.30 malam)

DAFTAR: https://forms.gle/Ax5aST82bU353NDf8

Kelas ini adalah kelas untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Ia berbentuk kelas pengenalan tata bahasa arab asas, memahami komponen dalam struktur ayat sehingga mengenal hukum dan tanda i'rab. Pengkayaan kosa kata akan dibuat melalui pembacaan buku teks khusus. Pembelajaran akan dikaitkan dengan struktur bahasa Arab dalam satu surah pilihan daripada al-Quran.

Anggaran masa belajar 7 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

*✳️ PROGRAM KHAS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
(Bermula pada Isnin, 19 Jun 2021, Jam 08.00 - 10.00 malam)

DAFTAR: https://forms.gle/kGfPrdy9SL6KMmod9

Ini adalah program khusus untuk pelajar darjah 5 dan 6 sekolah rendah sahaja. Program ini tidak menumpukan kepada teknik menjawab mana-mana soalan peperiksaan di sekolah. Ia adalah program belajar bahasa Arab secara santai bagi memupuk minat pelajar untuk menguasai bahasa Arab secara sukarela.

Secara tidak langsung, ia akan membantu peserta lebih memahami pembelajaran bahasa Arab di sekolah.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM50)

*ANJURAN*
Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ).

*KEKERAPAN*
Sekali seminggu.

*TEMPAT*

Semua kelas akan dijalankan di Tingkat 1, Kompleks MDM Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang, Marang. (Berdekatan dengan IQT Padang Midin)

*DAFTAR SEGERA*

Untuk mendaftar, boleh terus mengisi borang google melalui pautan yang diberi.

*JOM BELAJAR BAHASA ARAB!*

PROGRAM KHAS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH Ini adalah program khusus untuk pelajar darjah 5 dan 6 sekolah rendah sahaja. Program ini tidak menumpukan kepada teknik menjawab mana-mana soalan peperiksaan di sekolah. Ia adalah program belajar bahasa Arab secara santai bagi memupuk minat pelajar untuk menguasai bahasa Arab secara sukarela. Secar...

KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023) 30/04/2023

LANJUTAN PENDAFTARAN SELAMA 3 HARI

PENDAFTARAN KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF BAHASA ARAB ONLINE PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023)

MAKLUMAN TAMBAHAN. Pendaftaran Kursus secara online dilanjutkan sehingga 3 Mei. Kelas pun akan bermula pada tarikh itu. Pendaftaran kelas fizikal p**a telah ditutup.

PENDAHULUAN

Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) menawarkan kursus ini kepada pelajar lepasan SPM dan STAM.

Ia juga boleh disertai oleh orang awam yang ada sedikit latar belakang pengajian Nahu dan Sorof Asas.

KEPENTINGAN

Kursus ini akan menguatkan asas-asas bahasa Arab anda semasa berinteraksi dengan teks berbahasa Arab dan guru-guru yang bercakap Arab semasa di universiti nanti.

Tanpa pendedahan awal seperti ini, anda mungkin akan mengalami sedikit 'kejutan', kerana pembelajaran di universiti tidak sama seperti di sekolah.

Di sekolah anda membaca setiap patah perkataan dalam buku teks dengan bantuan guru. Di universiti, anda perlu lakukan sendiri.

Tak banyak masa yang tinggal untuk mengemaskan langkah anda ke IPT pada musim Aidilfitri kali ini.😅

B. KELAS TELEGRAM dan ZOOM

Ia berbentuk ONLINE selama 6 minggu juga. Penekanan dikhususkan kepada menamatkan pengajian Nahu menggunakan 'Matan al-Aajurrumiyyah' sahaja.

Setiap minggu, peserta akan dijadualkan untuk;

1. Satu kelas bersemuka melalui Zoom.
2. 2 atau 3 video pengajian yang boleh ditonton mengikut kesesuaian masa peserta.
3. Buku-buku rujukan dan nota-nota berkaitan melalui PDF.

Satu grup interaksi khusus antara peserta dengan guru dan sesama peserta juga akan dibuat untuk memudahkan pertanyaan dan perbincangan mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari.

Ia adalah pilihan terbaik jika anda tidak tinggal di negeri Terengganu.

YURAN

KELAS TELEGRAM RM 250.

PENDAFTARAN

Pendaftaran dibuka bermula 16 April sehingga 30 April 2023.

Sila mendaftar pada link di bawah. Di sana juga akan ada beberapa maklumat tambahan.

https://forms.gle/ZMPtpiwVi6NzHkPCA

*Sesiapa yang SERIUS hendak belajar sahaja, digalakkan mendaftar.*

KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023) (Borang Pendaftaran ada di bawah) PENDAHULUAN Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) menawarkan kursus ini kepada pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus ini biasanya dijalankan secara fizikal selama 3 bulan, tetapi terpaksa dipendekkan dan dibuat beberapa pengubahsuaian berikutan ketibaan Ramadan dan sambutan A...

KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023) 18/04/2023

KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF BAHASA ARAB PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023)

PENDAHULUAN

Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) menawarkan kursus ini kepada pelajar lepasan SPM dan STAM.

Kursus ini biasanya dijalankan secara fizikal selama 3 bulan, tetapi terpaksa dipendekkan dan dibuat beberapa pengubahsuaian berikutan ketibaan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Ia juga boleh disertai oleh orang awam yang ada sedikit latar belakang pengajian Nahu dan Sorof Asas.

KEPENTINGAN

Kursus ini akan menguatkan asas-asas bahasa Arab anda semasa berinteraksi dengan teks berbahasa Arab dan guru-guru yang bercakap Arab semasa di universiti nanti.

Tanpa pendedahan awal seperti ini, anda mungkin akan mengalami sedikit 'kejutan', kerana pembelajaran di universiti tidak sama seperti di sekolah.

Di sekolah anda membaca setiap patah perkataan dalam buku teks dengan bantuan guru. Di universiti, anda perlu lakukan sendiri.

Tak banyak masa yang tinggal untuk mengemaskan langkah anda ke IPT pada musim Aidilfitri kali ini.😅

BENTUK KURSUS

Peserta kursus pada kali ini boleh memilih untuk menyertai 'Kelas Fizikal' atau 'Kelas Telegram'.

A. KELAS FIZIKAL

Bermula 1 Mei - 6 Jun, selama 6 minggu. Kelas bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari, setiap hari. Cuti setiap Jumaat dan Sabtu.

Pengajian Nahu dan Sorof akan menggunakan modul khas PBAQ dan akan cuba mengkhatamkan tajuk-tajuk Nahu dalam 'Matan al-Aajurrumiyyah'.

Latihan praktikal akan menggunakan beberapa topik terpilih daripada kitab fiqh, tafsir, Hadith dan bahasa Arab.

Ia adalah pilihan yang terbaik jika anda tinggal di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

B. KELAS TELEGRAM dan ZOOM

Ia berbentuk ONLINE selama 6 minggu juga. Penekanan dikhususkan kepada menamatkan pengajian Nahu menggunakan 'Matan al-Aajurrumiyyah' sahaja.

Setiap minggu, peserta akan dijadualkan untuk;

1. Satu kelas bersemuka melalui Zoom.
2. 2 atau 3 video pengajian yang boleh ditonton mengikut kesesuaian masa peserta.
3. Buku-buku rujukan dan nota-nota berkaitan melalui PDF.

Satu grup interaksi khusus antara peserta dengan guru dan sesama peserta juga akan dibuat untuk memudahkan pertanyaan dan perbincangan mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari.

Ia adalah pilihan terbaik jika anda tidak tinggal di negeri Terengganu.

YURAN

KELAS FIZIKAL RM 600.
KELAS TELEGRAM RM 250.

(Peserta kelas fizikal boleh turut sama menyertai kelas telegram dengan kadar diskaun khas 70 peratus. Ia membantu peserta mengemaskini nota kelas fizikal dengan lebih sistematik).

*TENAGA PENGAJAR*

» Ustaz Zakaria Ismail. Pengarah Urusan Pusat Bahasa al-Quran. Berpengalaman mengajar bahasa Arab hampir 20 tahun di Terengganu.

Lulusan BA Pengajian Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, Al-Quran dan as-Sunnah (UIA) dan MA Pentadbiran Pendidikan (UPM).

PENDAFTARAN

Pendaftaran dibuka bermula 16 April sehingga 30 April 2023.

Sila mendaftar pada link di bawah. Di sana juga akan ada beberapa maklumat tambahan.

https://forms.gle/ZMPtpiwVi6NzHkPCA

*Sesiapa yang SERIUS hendak belajar sahaja, digalakkan mendaftar.*

KURSUS EKSPRES NAHU DAN SOROF PERSEDIAAN LEPASAN SPM KE IPT SELAMA 6 MINGGU (1 MEI - 6 JUN 2023) (Borang Pendaftaran ada di bawah) PENDAHULUAN Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) menawarkan kursus ini kepada pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus ini biasanya dijalankan secara fizikal selama 3 bulan, tetapi terpaksa dipendekkan dan dibuat beberapa pengubahsuaian berikutan ketibaan Ramadan dan sambutan A...

KURSUS MASA CUTI: BELAJAR NAHU ASAS SECARA INTENSIF DALAM 10 HARI 30/01/2023

KURSUS MASA CUTI: BELAJAR NAHU ASAS SECARA INTENSIF DALAM 10 HARI

PENDAHULUAN

Ramai pelajar sekolah menghadapi kesulitan belajar bahasa Arab kerana kurang memahami Nahu Asas. Jika membaca buku teks atau cuba membuat ayat mudah, mereka sentiasa ragu-ragu.

Cuti sekolah ini, PBAQ membuka peluang anda untuk mengasah semula kemahiran Nahu asas anda. Anda akan lebih selesa dengan Bahasa Arab selepas itu.

DAFTAR

Sila daftar melalui google form pada link di bawah.

https://forms.gle/juPTuwaQ4NVa3jb29

PESERTA

Peserta kursus pada kali ini adalah terbuka kepada semua pelajar semua tingkatan di sekolah menengah dan juga pelajar tahun 5 dan 6 di sekolah rendah.

Siapa yang ingin belajar asas belajar Nahu semula daripada awal, boleh sertai. Pembelajaran tidak akan mengikut silibus sekolah, tetapi pasti akan memudahkan anda memahami pelajaran bahasa Arab di sekolah.

Sesiapa saja boleh berjaya, jika sanggup berusaha lebih.

TEKS

Buku khas Asas Nahu keluaran PBAQ. Tumpuan hanya kepada ilmu Nahu asas sahaja. Pelajar hanya dikehendaki membawa alatulis ke kelas.

APA YANG ANDA DAPAT DARIPADA KURSUS?

⁃ Belajar Nahu daripada awal.

⁃ Memahirkan diri dengan istilah asas Nahu.

⁃ Menghilangkan masalah kekeliruan anda.

⁃ Memahami hukum Nahu dan kaitannya dengan tanda i’rab.

⁃ Membolehkan anda membuat ayat mudah dalam bahasa Arab dengan betul.

YURAN : RM 250.

TARIKH: 20 Feb -3 Mac

MASA BELAJAR: 8.15 pagi - 12 tengahari setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

TEMPAT: Bangunan MDM Mengkudu, Kuala Terengganu

PENGANJUR: Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)

MAKLUMAN TAMBAHAN

Hanya air mineral dan makanan ringan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta dibenarkan membawa bekal makanan dan minuman ke kelas sepanjang kursus berlangsung.

KURSUS MASA CUTI: BELAJAR NAHU ASAS SECARA INTENSIF DALAM 10 HARI PENDAHULUAN Ramai pelajar sekolah menghadapi kesulitan belajar bahasa Arab kerana kurang memahami Nahu Asas. Jika membaca buku teks atau cuba membuat ayat mudah, mereka sentiasa ragu-ragu. Cuti sekolah ini, PBAQ membuka peluang anda untuk mengasah semula kemahiran Nahu asas anda. Anda akan lebih sel...

Contoh 1 Pengajian Kelas Lanjutan di PBAQ secara online 29/12/2022

Contoh suasana pengajian Kelas Lanjutan di PBAQ secara online. Terbuka di mana anda berada.

Kelas Lanjutan adalah melalui Zoom dan sedang menerima pendaftaran daripada orang ramai yang berminat.

Contoh 1 Pengajian Kelas Lanjutan di PBAQ secara online 🍀KELAS BAHASA ARAB DEWASA SESI 2023🍂🍀Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginn...

28/12/2022

🍀KELAS BAHASA ARAB DEWASA SESI JANUARI 2023🍂🍀

Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ)

Peluang untuk ANDA belajar bahasa al-Quran kembali lagi! Semua tahap adalah untuk 'beginners'. Kelas adalah dalam bentuk kelas fizikal untuk peminat bahasa Arab sekitar Kuala Terengganu.

Kelas Lanjutan p**a terbuka kepada peserta di SELURUH NEGARA kerana dibuat secara online.

*KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN*

✳️BAHASA ARAB TAHAP 1
✳️BAHASA ARAB TAHAP 2
✳️BAHASA ARAB TAHAP 3
✳️BAHASA ARAB LANJUTAN

https://pusatbahasaquran.com/

MAKLUMAT LANJUT

✳️BAHASA ARAB TAHAP 1
(Bermula pada Sabtu, 7 Januari 2023, Jam 8 - 9.30 pagi)

DAFTAR: https://forms.gle/QkGFG46H7jiabWrS6

Kelas ini adalah kelas pengenalan selama 6 bulan. Kelas ini bermula daripada pelajaran paling asas dalam pengajian bahasa Arab.

Ia khas untuk pelajar yang berminat belajar bahasa Arab, tetapi tak pernah belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis huruf jawi walaupun kurang mahir.

Anggaran masa belajar 6 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

✳️BAHASA ARAB TAHAP 2
(Bermula pada Sabtu, 7 Januari 2023, Jam 10.00 - 11.30 pagi)

DAFTAR: https://forms.gle/Ax5aST82bU353NDf8

Kelas ini adalah kelas untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar bahasa Arab secara formal atau tidak formal.

Ia berbentuk kelas pengenalan tata bahasa arab asas, memahami komponen dalam struktur ayat sehingga mengenal hukum dan tanda i'rab. Pengkayaan kosa kata akan dibuat melalui pembacaan buku teks khusus. Pembelajaran akan dikaitkan dengan struktur bahasa Arab dalam satu surah pilihan daripada al-Quran.

Anggaran masa belajar 7 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

✳️BAHASA ARAB TAHAP 3
(Bermula pada Sabtu, 7 Januari 2023, Jam 9.15 - 10.45 malam)

DAFTAR: https://forms.gle/VJ1u3GTUbR2GCBdB6

Kelas ini adalah kelas pemantapan bahasa Arab untuk pelajar yang telah menguasai asas-asas Nahu, iaitu ada maklumat asas tentang I'rab, hukum-hukum Nahu yang asas dalam ayat mudah (jumlah fi'liyyah dan jumlah ismiyyah) serta tanda-tanda I'rab.

Tumpuan kepada menamatkan tajuk-tajuk utama ilmu Nahu (7 tajuk mengenai isim marfu', 12 tajuk mengenai isim mansub dan 3 tajuk mengenai isim majrur) dan Sorof ringkas.

Biasanya ramai pelajar bahasa Arab yang belajar sendiri tidak berkesempatan sampai ke tahap ini kerana tidak cukup kawan yang sama-sama berminat dan berkemampuan mengikuti pembelajaran yang lebih serius.

Sekarang inilah peluang anda.

Anggaran tempoh belajar 12 bulan.

(YURAN: Pendaftaran RM20. Bulanan RM80)

✳️BAHASA ARAB LANJUTAN
(Bermula pada Ahad, 8 Januari 2021, Jam 10.00 - 11.30 pagi menggunakan aplikasi Zoom)

DAFTAR: https://forms.gle/kGfPrdy9SL6KMmod9

Ini adalah program khusus untuk pelajar telah lama belajar Nahu dan Sorof secara teori tetapi kurang cekap mempraktikkannya dalam pembacaan dan perbualan. Ia juga terbuka untuk golongan yang hendak ‘menghidupkan’ pengajian bahasa Arab yang telah dipelajari supaya tidak hilang.

Ia tidak sesuai untuk pelajar yang baru hendak berkenalan dengan ilmu Nahu. Bagi yang baru hendak belajar Nahu, Tahap 2 adalah disyorkan. Bagi memantapkan ilmu Nahu Asas, Tahap 3 adalah disyorkan.

Pada tahap ini pelajar akan dipandu untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Arab secara praktikal menggunakan beberapa kitab dalam ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh yang terpilih dan i'rabul Quran secara amali. Tajuk-tajuk Nahu tertentu akan diulang mengikut permintaan peserta.

Teks akan mengandungi banyak penggunaan kosa kata baru dan pemantapan kosa kata lama.

Tidak ada tempoh tamat bagi kelas ini. Ia adalah kelas yang sedang berjalan dan akan berterusan, in Sya Allah. Akan ada peserta lama dan peserta baru. Apabila peserta sudah rasa lebih berkemampuan membaca kitab-kitab Arab, dia boleh menamatkan pengajian pada bila-bila masa.

(YURAN: Pendaftaran RM30. Bulanan RM100)

ANJURAN
Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ).

KEKERAPAN
Sekali seminggu.

TEMPAT

Semua kelas akan dijalankan di Tingkat 1, Kompleks MDM Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang, Marang. (Berdekatan dengan IQT Padang Midin)

KECUALI Kelas Lanjutan, ia melalui aplikasi Zoom.

*DAFTAR SEGERA*

Untuk mendaftar, boleh terus mengisi borang google melalui pautan yang diberi.

*JOM BELAJAR BAHASA ARAB!*

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Bangunan MDM Telaga Mengkudu
Kuala Terengganu
21400