23/09/2026
๐
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข๐ ๐ซ๐๐๐ข ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐-๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Alhamdulillah, murid Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Bandar telah berpeluang menyertai Festival Kaligrafi Islam Terengganu Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 20 September 2026 bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Festival ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Terengganu (PIKAT), melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai negeri.
Penyertaan ini menjadi satu peluang bermakna buat anak-anak SRIDI Bandar untuk mengembangkan bakat, kreativiti dan kemahiran dalam seni kaligrafi Islam. Pada masa yang sama, pengalaman menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan dapat membina keyakinan diri serta memberikan pendedahan kepada murid untuk menguji kebolehan dalam suasana pertandingan.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kesungguhan. Setiap usaha, latihan dan keberanian untuk mencuba merupakan satu pencapaian yang wajar dihargai.
Semoga pengalaman yang diperoleh melalui festival ini menjadi kenangan yang bermakna serta menyuntik semangat kepada anak-anak SRIDI Bandar untuk terus mengasah bakat, menimba ilmu dan mencintai seni khat sebagai sebahagian daripada warisan seni Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Nor Sabrina binti Mohamad selaku guru pengiring atas kesudian mengiringi murid SRIDI Bandar sepanjang penyertaan dalam festival ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan penyertaan anak-anak SRIDI Bandar.
โ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐๐ข๐ฃ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ชโ
โ๐๐ฆ๐ณ๐ช๐ญ๐ฎ๐ถ, ๐๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐ฐ๐ท๐ข๐ด๐ช, ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฅ๐ข๐ฃโ