Pusat Tuisyen Intelek Dinamik - Idtc

Call Directions Contact the school

Pusat Tuisyen Intelek Dinamik - Idtc TUITION CENTER / MOTIVATIONAL TALK / INDUSTRIAL SHORT COURSE

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲Dalam kepelbagaian, kita belajar memahami. Dalam perpaduan, kita menjadi lebih kuat. Walau ber...
15/09/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

Dalam kepelbagaian, kita belajar memahami. Dalam perpaduan, kita menjadi lebih kuat. Walau berbeza negeri, budaya dan cerita, kita berkongsi satu tanah air yang sama. Inilah Malaysia yang kita sayangi.

Selamat Kembali Ke Sekolah✨✨
06/09/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah✨✨

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-69"Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran, keharmonian dan keamanan ...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-69

"Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran, keharmonian dan keamanan buat semua rakyat Malaysia."

Selamat Hari Merdeka!

29/08/2026

SELAMAT BERCUTI, WARGA PUSAT TUISYEN INTELEK DINAMIK! 🌸

Cuti Penggal Kedua telah tiba! 🎉
Rehatlah dengan secukupnya, luangkan masa bersama keluarga dan manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah. 📚✨

Jangan lupa:
📖 Ulang kaji pelajaran
🏡 Bantu ibu ayah di rumah
🛡️ Jaga keselamatan diri
💪 Jaga kesihatan dan diri

Semoga semua murid kembali ke pusat tuisyen dengan semangat baharu, lebih ceria dan lebih cemerlang! 🌟

📅 28 Ogos – 5 September 2026

Selamat bercuti!
Sekolah dibuka semula pada 6 Sept 2026 (Ahad)

“SEJARAH SPM: DARI TAK FAHAM → FAHAM → YAKIN → SKOR A+”✨ Kelas Sejarah Tingkatan 4 & 5 kini DIBUKA KEPADA PELAJAR LUAR! ...
27/08/2026

“SEJARAH SPM: DARI TAK FAHAM → FAHAM → YAKIN → SKOR A+”

✨ Kelas Sejarah Tingkatan 4 & 5 kini DIBUKA KEPADA PELAJAR LUAR! - SEPTEMBER INI!!

📅 SETIAP SABTU
⏰ 9 PAGI - 10.15 PAGI (TING. 4)
10.15 PAGI – 11.30 PAGI (TING. 5)

Kelas memberi fokus kepada:
✅ Pemahaman topik & fakta penting
✅ Teknik menjawab soalan SPM
✅ Latihan dan perbincangan soalan
✅ Teknik mengingat fakta dengan lebih mudah
✅ Persediaan menghadapi SPM secara konsisten

🎯 Sesuai untuk pelajar yang mahu:
⭐ Memperkukuhkan asas Sejarah
⭐ Lebih yakin menjawab soalan
⭐ Meningkatkan markah
⭐ Memburu A / A+ Sejarah SPM

Salam Maulidur Rasul 1448H ✨🌙Sambutan Maulidur Rasul yang sebenar adalah apabila kita menjadikan akhlak Baginda sebagai ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H ✨🌙

Sambutan Maulidur Rasul yang sebenar adalah apabila kita menjadikan akhlak Baginda sebagai pakaian diri, menjadikan ajarannya sebagai panduan, dan menjadikan cintanya sebagai cahaya yang membimbing kita menuju redha Allah.

Allahuma Solli’ala Sayyiddina Muhammad Wa’ala Ali Sayyiddina Muhammad 💚

📌 Makluman Cuti Sempena Hari Kelepasan Am & Minggu Ke 5Assalamualaikum Guru, Ibubapa & Pelajar yang dihormati,Ingin dima...
26/05/2026

📌 Makluman Cuti Sempena Hari Kelepasan Am & Minggu Ke 5

Assalamualaikum Guru, Ibubapa & Pelajar yang dihormati,

Ingin dimaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Intelek Dinamik akan mula bercuti sempena hari-hari kelepasan am dan minggu ke 5 seperti berikut;

🗓️ 26 Mei 2026 (Selasa) – Hari Arafah
🗓️ 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis) – Hari Raya Aidiladha
🌟29 Mei 2026 (Jumaat) -Tiada Kelas Dijalankan Pada Minggu Ke 5 (Sila Rujuk T&C Per. No 1) Untuk Kelas Klinik Bacaan Exra, Tahun 1 - Tahun 3.
🌟31 Mei 2026 (Ahad)– Tiada Kelas Dijalankan Pada Minggu Ke 5 (Sila Rujuk T&C Per. No 1) Untuk Tingkatan 1 - Tingkatan 5.
🗓️ 1 Jun 2026 (Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sesi pembelajaran akan beroperasi semula seperti biasa pada 2 Jun 2026 (Selasa) - SILA RUJUK LAMPIRAN JADUAL JUN

Pihak Pusat Tuisyen Intelek Dinamik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua keluarga, sahabat, dan seluruh umat Islam 🌙✨

Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, keikhlasan, dan kebersamaan. Salam kemaafan dan kasih sayang buat semua ❤️

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga.

Terima Kasih.

HARI ARAFAH – HARI PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOARasulullah ﷺ bersabda:“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”(HR. ...
25/05/2026

HARI ARAFAH – HARI PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
(HR. Tirmizi)

Tahun ini, waktu Wukuf di Padang Arafah di Mekah dijangka bermula:

🕔 5:18 PETANG hingga 11:55 MALAM
(Selasa, 26 Mei 2026 – Waktu Malaysia)

Inilah waktu yang tally dengan jutaan tetamu Allah sedang berwukuf di Arafah…

Jangan lepaskan peluang emas ini.

Kalau ada hajat…
Kalau ada dosa yang dipendam…
Kalau ada hidup yang terasa berat…
Kalau ada impian yang belum tercapai…

Inilah masanya untuk mengadu terus kepada Allah.

Perbanyakkan:
• Doa
• Istighfar
• Zikir
• Takbir
• Selawat
• Sedekah
• Bacaan Al-Quran

Dan antara doa terbaik yang Rasulullah ﷺ sendiri ajarkan pada Hari Arafah:

“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir.”

Maksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Mungkin ini Hari Arafah terakhir kita.
Mohonlah bersungguh-sungguh.

🤲 Semoga Allah ampunkan dosa kita, makbulkan doa kita dan tetapkan hati kita di atas jalan-Nya.

Selamat Hari Guru 2026 kepada warga pendidik di Malaysia. 🧑‍🏫 Terima kasih atas segala jasa dan bakti mendidik anak bang...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 kepada warga pendidik di Malaysia. 🧑‍🏫

Terima kasih atas segala jasa dan bakti mendidik anak bangsa.

"Guru Bitara Nadi Negara".

Semoga warga pendidik akan terus bersemangat untuk mencurahkan ilmu demi masa depan generasi baharu. 💖

SELAMAT HARI PEKERJA 2026✨✨Terima kasih pada semua pekerja2 di Malaysia yang berdedikasi termasuk tenaga pengajar iDTC y...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026✨✨

Terima kasih pada semua pekerja2 di Malaysia yang berdedikasi termasuk tenaga pengajar iDTC yang senantiasa komited dalam memastikan kecemerlangan anak didik kami🥰

iDTC tutup pada 1 Mei 2026 (Jumaat) dan akan beroperasi pada 3 Mei 2026 (Ahad) Berehatlah secukupnya, anda layak🤍

Address

Lot PT 2590 & 2591, Taman Adis Indah Fasa 1, Kuala Ibai
Kuala
20400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00

Telephone

+60195522006

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tuisyen Intelek Dinamik - Idtc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Tuisyen Intelek Dinamik - Idtc:

Shortcuts

Share