09/06/2026
Pemeriksaan kesihatan dari Klinik kesihatan Kuala Kedah.
Pada 19 Mei 2026. Memeriksa tahap kesihatan murid, imunisasi, pemberian ubat cacing, serta pemeriksaan mata murid. Memberi penerangan tentang teknik mencuci tangan dengan betul. Terima kasih kepada jururawat yang hadir.
20/05/2026
✨ SAMBUTAN HARI GURU & HARI IBU 2026.
Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu anjuran Tabika Perpaduan Taman Seri Marina telah disambut pada 18. Mei 2026 dalam suasana sederhana tapi meriah. Memupuk sayang dan hargai kedua ibubapa dan guru.🥰
10/05/2026
SELAMAT HARI IBU.
SAYANG IBU IBU YANG TELAH MELAHIR MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAK ANAK TP TAMAN SERI MARINA. JASA IBU TIDAK TERBALAS..
10 MEI 2026
10/05/2026
Mesyuarat JPTP Bil 1/2026
Tarikh : 8/5/2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: TP Taman Seri Marina
Aktiviti: Membincangkan mengenai aktiviti- aktiviti yang bakal dijalankan. Terima kasih pada AJK yang sudi meluangkan masa. Cenderahati kepada 3 orang murid yang boleh membaca. Tahniah adik Nayla , Hana Raudhah dan Ammara. Semoga anda bertiga menjadi dorongan kepada kawan kawan yang lain.🌹
01/05/2026
Selamat hari pekerja
1 Mei 2026
23/04/2026
📚✨ Jom Baca Bersama 10 Minit! ✨📚
📅 23 April 2026
🕚 11.00pagi - 11.10 pagi
📍 Tabika Perpaduan Taman Seri Marina
Mari kita semarakkan budaya membaca demi melahirkan masyarakat berilmu! ❤️📖
Memupuk minat membaca di kalangan kanak kanak Tabika.
MEMBACA MEMBINA BANGSA
18/04/2026
Program Menu Sihat Perpaduan 2026 peringkat Negeri Kedah.
Tempat : Alor Star Mall
Tarikah : 18 April 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Antara pengisian:
1. Ceramah Pemakanan Sihat
2. Demo Menu Sihat
3. Bento Sihat
4. Papa Chef Mama Deco
5. Chef Cilik Perpaduan
6. Kuiz Piramid Makanan