22/09/2026
REFLEKSI PERTENGAHAN PRAKTIKUM (RPP) | IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL
Pada 21 dan 22 September 2026, telah berlangsung Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGKDRI) yang melibatkan 20 orang pelajar PDPP Ambilan November 2025. Program anjuran Unit Praktikum dan Jabatan STEM IPGKDRI ini bertujuan memberi ruang kepada guru pelatih untuk menilai perkembangan profesional, keberkesanan amalan pedagogi serta mengenal pasti kekuatan dan aspek yang perlu ditambah baik sepanjang praktikum.
Melalui program ini, guru pelatih berkongsi pengalaman berkaitan PdP, pengurusan bilik darjah, kelas ganti, pengurusan masa dan penglibatan dalam aktiviti sekolah. Perbincangan turut dijalankan bagi mengenal pasti strategi serta tindakan penambahbaikan untuk baki tempoh praktikum. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan membantu guru pelatih meningkatkan kompetensi, keyakinan serta profesionalisme keguruan.
Follow IPGMKDRI [ Youtube | Facebook | Instagram | TikTok | X ]