04/10/2026
MEET & GREET REHLAH MAHABBAH ERAT UKHUWAH MAHASISWA BAHARU FSK SESI 2026/2027
3 Oktober 2026 β Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Meet & Greet Rehlah Mahabbah Pelajar Baharu FSK Sesi Akademik 2026/2027 bertempat di Bilik Kuliah, Blok Hafsah, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan (FASKES) ini menghimpunkan mahasiswa baharu FSK bersama barisan kepimpinan persatuan pelajar fakulti, iaitu FASKES, MIRSA, NADSA, DIAGSA dan UPC, dalam suasana santai, mesra dan penuh semangat kebersamaan.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Noor Zarina Abd Wahab, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FSK. Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Suffian Muhamad Tajudin, Penasihat MIRSA, bersama barisan kepimpinan mahasiswa FSK.
Program ini merupakan salah satu usaha yang amat baik oleh pihak fakulti dalam menyantuni mahasiswa baharu, di samping membantu mereka membina keyakinan, menyesuaikan diri dengan suasana kampus serta mengenali barisan kepimpinan pelajar dengan lebih dekat.
Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, membina jaringan persahabatan dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa FSK. Interaksi antara mahasiswa baharu dan kepimpinan persatuan pelajar diharap dapat mewujudkan persekitaran kampus yang lebih mesra, inklusif dan saling menyokong.
Diharapkan program ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan kampus yang positif, aktif dan bermakna, serta melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan, berjiwa kepimpinan dan bersedia menyumbang kepada kecemerlangan FSK dan UniSZA.