24/09/2026
🎉 SAMBUTAN HARI LAHIR & MAJLIS PERPISAHAN SERTA PENGANUGERAHAN KEPADA STAF PUSAT UMT LIFE 🎉
24 September 2026 | Pusat UMT Life
✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga Pusat UMT Life yang sentiasa memberikan komitmen, dedikasi dan kerjasama dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
🎂 Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Encik Mohammad Ayub bin Dagang & Encik Muhammad Farhan Fikri bin Zulkifli. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, keberkatan serta terus diberikan kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.
🌷 Dalam kesempatan yang sama, Majlis Perpisahan turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada Puan Nur Raihan Binti Sa`aid @ Zaidun yang akan meneruskan khidmat di penempatan baharu. Segala jasa, sumbangan dan kenangan sepanjang bersama Pusat UMT Life akan sentiasa dihargai.
🏆 Sekalung tahniah dan penghargaan turut dizahirkan kepada penerima Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2026:
1. Puan Rohaida binti Haji Awang | Timbalan Pengarah
2. Cik Syahira binti Yusoff | Penolong Pendaftar
3. Encik Muhammad Farhan Fikri bin Zulkifli | Pegawai Eksekutif 1 (Pembantu Khidmat Awam)
👏 Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas dedikasi, komitmen, disiplin dan kecemerlangan perkhidmatan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah demi kemajuan Pusat UMT Life dan Universiti Malaysia Terengganu.
💙💛 Tahniah dan syabas kepada semua yang diraikan!
Semoga terus cemerlang, terus menginspirasi dan sentiasa sukses dalam setiap langkah perjalanan kerjaya.
Ikhlas daripada
Pusat UMT Life
Universiti Malaysia Terengganu