06/10/2026
๐ธ LENSA UniSIRAJ | BENGKEL PENEROKAAN BAKAT MAHASISWA
PAUH PUTRA, 6 Oktober 2026 โ Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus komited dalam memperkasakan pembangunan sahsiah dan potensi pelajar menerusi penganjuran Bengkel Penerokaan Bakat Mahasiswa yang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Oktober lalu di Pauh Putra.
Program anjuran Pusat Islam UniSIRAJ ini bertujuan memberi ruang kepada para mahasiswa untuk mencungkil potensi terpendam, mengenal pasti bakat diri, serta membina keyakinan dalam berdepan dengan pelbagai cabaran masa kini.
Menerusi aktiviti berkumpulan, para peserta berpeluang mengasah kemahiran berkomunikasi, berkongsi idea, dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Semoga pengalaman ini dapat membakar semangat para mahasiswa untuk terus berdaya saing dan menggilap potensi diri ke peringkat yang lebih tinggi.
fans