19/08/2026
π«π πΊππππππ πΊπππππππ π»πππ, π»ππππππππ πΊπππππ π«ππ
ππππ.β€οΈ
βTeacher! Teacher!β
Jerit seorang anak.
Saya segera bangun dan bertanya, βKenapa?β
Dia terus menunjuk ke arah rakannya.
βTuβ¦ tuβ¦ dia ada hingus.β
Pada saat itu, dalam fikiran saya hanya ada satu perkaraβ¦
Apakah pembelajaran yang boleh saya berikan daripada situasi ini?
Saya tidak terus mengambil tisu dan mengelap hidung rakannya.
Sebaliknya saya berkata,
βTak apaβ¦ tolong ambilkan tisu untuk dia ya.β
Tisu berada di tempat yang agak tinggi. Dia berusaha mencapainya, kemudian berlari memberikan tisu kepada rakannya.
Selepas itu saya berkata lagi,
βTengok yaβ¦ pastikan hingus dia dah dilap betul-betul.β
Apabila selesai, saya minta dia membawa rakannya ke sinki untuk mencuci tangan.
Dia melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sebelum mereka berlalu, saya mengucapkan,
βTerima kasih kerana membantu kawan.β
Mengapa saya tidak terus melakukannya sendiri?
Kerana dalam pendidikan awal kanak-kanak, setiap situasi adalah peluang untuk mendidik.
Dalam masa beberapa minit, anak itu belajar tentang:
β€οΈ Empati β peka apabila melihat rakan memerlukan bantuan.
π€ Tanggungjawab β membantu sehingga urusan selesai, bukan separuh jalan.
π§Ό Kebersihan β memastikan hidung dibersihkan dan tangan dicuci.
π¬ Keprihatinan β mengambil berat terhadap orang lain.
Kadangkala kita terlalu cepat menyelesaikan masalah untuk anak.
Sedangkan jika kita berhenti seketika dan berfikir, setiap situasi kecil sebenarnya boleh menjadi pengalaman pembelajaran yang sangat besar.
Guru bukan sekadar menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi membimbing anak membina nilai dan kemahiran hidup melalui setiap pengalaman harian.
Kerana pendidikan yang sebenar bukan hanya berlaku ketika sesi belajar di dalam kelas, tetapi juga melalui perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari. π±
~ πππ¨ππ πππ ππ
ππππ ππππͺππ¨π πππππππ ππππ πππ§ππππͺ ππ π»ππ
πππ πππππ£.~