26/04/2026
βSering ibu ayah rasa risau bila lihat anak rakan sebaya boleh buat ini dan ituβ¦
Kadang terasa anak kita lambat, berbeza, atau tidak secekap rakan-rakan sekelas.
Malah ibu ayah sendiri tertanya-tanya, βAdakah saya salah mendidik anak?β
Tapi setiap anak unik dan berkembang ikut kadar sendiri.
Matlamat terapi bukan untuk bandingkan anak dengan orang lain,
tetapi untuk bantu anak berfungsi dengan yakin dan berdikari dalam kehidupan seharian.
β¨ Fokus pada kemampuan anak, bukan kelemahan mereka.
β¨ Setiap langkah kecil adalah kejayaan untuk anak.
π± Ikuti page kami untuk lebih banyak info & tips perkembangan anak.
24/04/2026
βPernah tak ibu ayah dapat panggilan ke sekolah?
Cikgu mengadu anak susah duduk diam, s**a kacau kawan-kawan, dan emosi mereka cepat berubah.
Ini bukan sekadar βfasa nakalβ.
Ia mungkin tanda ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang memerlukan perhatian awal.
Ramai ibu ayah terlepas pandang kerana menganggap ia sementara.
Hakikatnya, memahami tingkah laku anak adalah langkah pertama untuk mencari solusi yang tepat.
π± Dengan pendekatan yang betul dan sokongan awal, anak boleh belajar:
- Mengawal emosi
- Fokus dengan lebih baik
- Membangun keyakinan diri
π Tak pasti bagaimana nak mula?
π² Whatsapp kami, kami bantu ibu ayah pilih terapi awal yang sesuai untuk anak.
22/04/2026
Ibu selalu perhatikan anakβ¦
Kadang-kadang dia lambat menulis, kadang-kadang susah nak sebut perkataan dengan betul.
Ibu tertanya-tanya, βAdakah dia perlukan Terapi Cara Kerja? Atau Terapi Pertuturan? Atau kedua-duanya?β
Ramai ibu ayah rasa keliru dan risau takut salah pilih terapi, takut anak tertinggal dari rakan sebaya.
Hakikatnya, setiap terapi ada fokusnya sendiri.
Terapi Cara Kerja bantu anak lebih yakin buat aktiviti harian dan kemahiran motor.
Terapi Pertuturan bantu anak faham arahan dan bercakap dengan jelas.
β¨ Bila ibu ayah faham perbezaan ni baru boleh pilih terapi yang betul untuk anak.
Setiap isu dan masalah anak berbeza. Ada yang perlukan satu terapi sahaja, ada yang perlukan gabungan.
π Tak pasti terapi mana sesuai untuk anak? DM kami sekarang, kami bantu ibu bapa pilih dengan tepat.
20/04/2026
βAnak saya lambat sangat siapkan kerja sekolahβ¦
Adakah dia malas? Adakah saya yang kurang pandai ajar dia?
Adakah dia akan tertinggal kawan-kawan di sekolah?β
Itulah yang sering bermain di kepala ibu ayah bila anak pegang pensel tak kemas, cepat penat, dan tulisan tak stabil.
Sebenarnya, bukan anak malas atau tak pandai.
Pegangan pensel yang lemah selalunya berkait dengan:
* Kekuatan jari & tangan
* Kawalan motor halus
* Koordinasi mata & tangan
* Fokus semasa menulis
Dengan mengikuti Program Terapi Cara Kerja, anak boleh belajar pegang pensel dengan kemas, menulis lebih yakin, dan siapkan kerja dengan lebih cepat.
β¨ Nampak macam masalah kecil,
β¨ Tapi intervensi awal boleh nampak perbezaan besar
π Klik WhatsApp kami untuk konsultasi awal bersama therapist.
18/04/2026
"Terapis, anak saya memang main je ke masa terapi?β
Soalan ni kami dengar hampir setiap minggu.
Bila ibu ayah tengok anak susun blok,
gunting kertas, atau belajar butang baju,
ia memang nampak seperti aktiviti biasa.
Tapi sebenarnya,
setiap pergerakan ada tujuan.
Setiap aktiviti ada sasaran perkembangan.
Bukan sekadar main.
Bukan dibuat ikut s**a.
Aktiviti Terapi Cara Kerja disusun
ikut keperluan dan kemampuan setiap anak,
supaya mereka lebih fokus, lebih yakin
dan lebih berdikari dalam aktiviti harian.
β¨ Nampak main, sebenarnya terapi
π© Nak tahu sama ada anak anda perlukan Terapi Cara Kerja? DM kami sekarang!
16/04/2026
Setiap pagi jadi waktu paling mencabar.
Nak pakai baju pun boleh jadi sesi tangisan.
Ibu dah cuba pujuk⦠marah pun dah⦠tetap sama.
Ramai ibu fikir anak degil.
Tapi sebenarnya, ada anak yang terlalu sensitif dengan tekstur kain.
Ada yang s**ar kawal pergerakan tangan.
Ada yang mudah rasa tidak selesa bila disentuh.
Ini bukan isu disiplin semata-mata.
Ini mungkin tanda anak perlukan sokongan perkembangan.
Terapi Cara Kerja bantu anak:
π± Urus sensori dengan lebih baik
π± Tingkatkan kemahiran pakai baju sendiri
π± Lebih tenang dalam rutin harian
Intervensi awal lebih mudah untuk bantu anak.
π© Nak tahu sama ada anak ibu ayah perlukan terapi? DM kami untuk saringan awal.
14/04/2026
Ibu ayah perasan takβ¦
Anak pegang sudu, tapi tangan sebelah lagi tak membantu?
Nak koyak kertas pun susah nak stabilkan?
Main blok, satu tangan saja bekerja?
Untuk anak bawah 4 tahun, kemahiran guna dua tangan serentak sangat penting kerana ia berkait dengan perkembangan otak kiri & kanan.
Kalau tak dirangsang awal, anak mungkin akan:
* Mudah frust bila buat aktiviti tangan
* Elak aktiviti yang perlukan koordinasi
* Sukar menulis
* Sukar mengurus diri sendiri
Berita baiknya β¨
Kemahiran ini boleh dilatih melalui aktiviti terapi cara kerja yang sesuai dengan umur mereka.
Lagi awal kita bantu, lagi awal anak tunjukkan perkembangan.
π Like untuk lebih banyak tips perkembangan anak 1β4 tahun.
12/04/2026
Setiap pagi ibu hantar anak ke taska dengan harapan dia gembira bermain bersama kawan-kawan.
Tapi bila ambil balikβ¦
Cikgu beritahu anak lebih s**a main sorang.
Tak bermain dengan kawan.
Bila kawan ajak main, dia buat tak tahu.
Sebagai ibu, mesti terdetik dalam hatiβ¦
βNormal ke ni?β
βAtau anak cuma pemalu?β
Hakikatnya, ada anak yang bukan tak mahu berkawan, mereka cuma tak tahu cara untuk mula berinteraksi.
π Di sinilah Terapi Cara Kerja (OT) membantu.
Bermain bukan sekadar seronok.
Ia adalah asas kemahiran sosial anak untuk masa depan.
Kalau ibu perasan anak lebih selesa βdalam dunia sendiriβ,
jangan tunggu sehingga masuk sekolah rendah baru bertindak.
β¨ Share kepada kawan-kawan yang ada anak di taska juga.
10/04/2026
Ramai ibu ayah cuba latih anak βoff diaperββ¦
Tapi baru beberapa hari dah rasa penat & kecewa.
Anak asyik terkencing.
Menangis bila diajak ke tandas.
Kadang ibu ayah sendiri hilang sabar.
Sebenarnya, latihan ke tandas bukan soal cepat.
Ia tentang kesediaan fizikal & kefahaman badan anak.
Mulakan dengan rutin konsisten.
Beri galakan, bukan tekanan.
Dan paling penting, faham tahap perkembangan anak dulu.
Kalau anak umur 3β5 tahun masih s**ar kenal signal badan atau terlalu sensitif dengan bilik air, mungkin ada faktor sensori yang perlu dinilai.
π Follow page ini untuk panduan & tanda awal yang ibu ayah perlu tahu.
08/04/2026
Anak dah 3 tahun tapi asyik gigit baju?
Puting dah tak guna, tapi semua benda masih masuk mulut?
Mainan, hujung pensel, kain⦠semua nak gigit?
Untuk usia kecil, mulut memang salah satu cara anak explore dunia.
Tapi kalau tabiat menggigit terlalu kerap atau berterusan selepas 3 tahun, itu mungkin ada sebab lain.
Ramai ibu ayah rasa malu bila orang tegur.
Ada yang fikir anak terlalu manja.
Ada yang risau anak βterlalu nakalβ.
Hakikatnyaβ¦
Anak menggigit untuk rasa lebih tenang, kurangkan stres dan bantu fokus.
Dengan bimbingan dan latihan yang sesuai dengan umur mereka, anak boleh belajar cara yang lebih selamat untuk tenangkan diri.
β€οΈ Like page ini untuk lebih banyak info perkembangan anak.
25/03/2026
ππππππππππ ππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ
Kepada semua ibu ayah pelanggan Pusat Rehabilitasi Dominan, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak beroperasi sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada tarikh berikut.
Cuti ini adalah peluang untuk kita semua berehat sejenak dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Kami di Dominan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Selamat bercuti ππ
"Towards A Better Life"
===============
π πππππππ ππππ π
Kuala Nerus | Bukit Payong | Temerloh
π Hubungi : 011 - 3748 5793
π²WhatsApp: https://dominanconsult.wasap.my/