08/01/2024
KELEBIHAN SEORANG HAFIZ QURAN DUNIA & AKHIRAT
-----โ-------------------------------------------------------------------
Hafiz merupakan gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz Quran. Mereka merupakan insan yang mengorbankan Masa & Tenaga, Jiwa & Raga untuk menjaga Quran di dalam dada mereka.
Menghafaz Quran merupakan satu perbuatan dimana seorang hambaNya ingin mendapat keredhoan Allah SWT. Antara kelebihan seorang penghafaz Quran adalah :-
1) Mereka diangkat sebagai Pemimpin.
Maksud hadith : "Jika kalian berjumlah 3 orang (hendak solat berjemaah), hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafazan menjadi imam".
2) Mereka dianugerahkan hati & fikiran yang lapang.
Penghafaz Quran sentiasa "murojaah" (mengulang bacaan Quran) untuk menjaga hafazan. Oleh hal demikian, hati mereka sentiasa mengingati ALLAH SWT & insyaAllah mendapat ketenangan.
(Surah Ar-Ra'd ayat 28).
3) Mereka merupakan insan istimewa pilihan ALLAH SWT.
Maksud hadith : Dari Anas R.A. "Allah itu mempunyai keluarga dari kalangan manisia". Siapa mereka itu ya Rasulullah? "Iaitu ahli Al Quran (i.e. orang yang membaca atau menghafaznya dan mengamalkan isi kandungannya), merekalah keluarga ALLAH & orang yang istimewa disisi ALLAH SWT."
- Riwayat Ibnu Majah.
4) Mereka dapat memberi Syafaat kepada ahli keluarga.
Maksud hadith : "Sesiapa yang membaca Quran & menghafaznya, ALLAH akan memasukannya ke dalam syurga & memberikannya hak syafaat untuk 10 orang ahli keluarga...."
- Riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasa'i.
5) Mereka bakal mendapat Syurga tertinggi.
Maksud hadith : Daripada Aishah R.A., Rasulullah bersabda "Jumlah tingkatanยฒ syurga sama dengan jumlah ayatยฒ Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki orang yang hafaz Quran adalah yang paling atas, tiada tingkat lagi sesudah itu."
- Riwayat Al-Baihaki & Al-Hakim.
Banyak lagi kelebihan buat orang yang hafaz atau berusaha untuk hafaz Quran. Moga kita sebagai anak atau ibu-bapa beriltizam untuk menghafaz Al Quran.
"1 Keluarga, 1 Hafiz/Hafizah Quran"
Moga bermanfaat.