24/09/2026
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 & 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜- 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Warga MARA Negeri Terengganu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa bakti, sumbangan, dan kepimpinan cemerlang YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman sepanjang 36 tahun perkhidmatan yang penuh berdedikasi di MARA.
Jejak langkah, kepimpinan berwibawa, dan keperibadian luhur YBhg. Dato’ Seri pasti akan terus menjadi inspirasi serta role model buat seluruh warga MARA untuk terus melakar kecemerlangan.
Seluruh warga kerja MARA Negeri Terengganu mendoakan agar YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berterusan, dan terus diberkati dalam fasa kehidupan seterusnya.
Selamat bersara dan terima kasih atas segalanya, Dato’ Seri!
𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 | SATU ENTITI, SATU SEMANGAT, SATU LEGASI.
36 tahun menabur bakti bersama MARA, meninggalkan jejak kepimpinan, jasa dan legasi yang bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman atas segala dedikasi dan khidmat bakti dalam memimpin MARA.
Dalam semangat Unified Entity, legasi ini akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kita.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung, legasimu diteruskan.
Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri.