20/11/2021
Satu lagi varieti padi baru dilancarkan hari ini bertempat di Sekinchan Selangor dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Sri Ismail Sabri Bin Yaakob .Varian benih padi baharu yang dihasilkan menerusi penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Benih padi yang dinamakan sebagai IS21 itu adalah inovasi dalam industri padi negara dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian sehingga 67 peratus atau sembilan tan pengeluaran sehektar mengikut kawasan penanaman.
Beberapa keistimewaan varieti benih padi IS21 ini ,benih padi ini berdaya tahan tinggi terhadap cuaca yang tidak menentu dan mempunyai rintangan terhadap beberapa penyakit padi yang sering menyerang dan merugikan pesawah.
Diharap dengan adanya benih baru inindapat merancakkan industri padi negara akan datang.Jika ada maklumat terbaru insyaallah saya akan kongsikan bersama....