06/10/2025
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN BENGKEL PENULISAN MANUSKRIP TERINDEKS BERIMPAK TINGGI MENGGUNAKAN ALAT KECERDASAN BUATAN (AI)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Advanced Nano Materials (ANoMa) Research Interest Group (RIG), Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Manuskrip Terindeks Berimpak Tinggi Menggunakan Alat Kecerdasan Buatan (AI) bersama Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar (Universiti Teknologi Malaysia).
3. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh : 12 - 13 Oktober 2025
Hari : Ahad - Isnin
Tempat : EduRoom, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT
4. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai kaedah penulisan manuskrip terindeks berimpak tinggi menggunakan Alat Kecerdasan Buatan (AI), serta menyediakan peluang kepada pensyarah dan pelajar pascasiswazah untuk menghasilkan dan memperkemas manuskrip yang berpotensi diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.