Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah - Kompleks Tahfiz & Anak Yatim

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala
  • Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah - Kompleks Tahfiz & Anak Yatim

Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah - Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Ke arah melahirkan afradul muslim berjiwa rabbani sebagai ulama' dan umara' yang siap mendepani arus semasa dlm memberi manfaat utk agama, bngsa dan negara

This school was founded on January 5, 2012 located at Kampung Ketapang, Cendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

14/08/2026
🇲🇾 Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2026 Semarakkan semangat patriotisme sepanjang Bulan Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti ...
04/08/2026

🇲🇾 Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2026

Semarakkan semangat patriotisme sepanjang Bulan Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun khas buat para pelajar Kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah.

📅 4 Ogos – 25 Ogos 2026

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan menyemai nilai perpaduan, disiplin, jati diri dan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi. Semoga setiap aktiviti menjadi medan membentuk generasi yang cintakan agama, bangsa dan negara.

ANUGERAH SABA TERTINGGI | BULAN JULAI 2026 Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang te...
03/08/2026

ANUGERAH SABA TERTINGGI | BULAN JULAI 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Saba Tertinggi bagi Bulan Julai

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus istiqamah dalam mengulang hafazan, memperbaiki bacaan serta menjaga kalamullah di dalam dada. Moga Allah SWT mengurniakan keberkatan ilmu, keteguhan hati dan menjadikan al-Quran sebagai cahaya serta syafaat buat kalian di dunia dan akhirat.

Tahniah dan syabas! Teruskan melakar kecemerlangan.

Alhamdulillah, selesai Perhimpunan Pagi Bulanan bagi bulan Ogos.Majlis turut diserikan dengan penyampaian penghargaan ke...
03/08/2026

Alhamdulillah, selesai Perhimpunan Pagi Bulanan bagi bulan Ogos.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada pelajar Syahadah 30 Juzuk, pelajar Khatam 30 Juzuk, serta 15 orang pelajar Ulangan Luar atas usaha dan pencapaian mereka dalam hafazan al-Quran.

Tahniah kepada semua pelajar. Semoga terus istiqamah menjaga hafazan, dipermudahkan segala urusan, dan menjadi insan yang beramal dengan al-Quran.

📸 Lensa Sepanjang Seminar Penghayatan Al-QuranSetiap detik yang dirakam menjadi saksi semangat para pelajar menimba ilmu...
01/08/2026

📸 Lensa Sepanjang Seminar Penghayatan
Al-Quran

Setiap detik yang dirakam menjadi saksi semangat para pelajar menimba ilmu, mendalami makna ayat-ayat suci serta menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran.

Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk terus mendekatkan diri kepada Al-Quran, bukan sekadar dibaca dan dihafaz, bahkan difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah menuju insan yang berakhlak mulia berpandukan Al-Quran.

KHATAM JUZUK BULANAN - JULAIAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menyempurnakan Khatam Juz...
31/07/2026

KHATAM JUZUK BULANAN - JULAI

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menyempurnakan Khatam Juzuk Bulanan.

Semoga istiqamah dalam membaca, mengulang hafazan dan terus mencintai Al-Quran. Moga Allah SWT memberkati setiap usaha serta mengurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan! 🤲📖

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Nur Damia Natasya binti Ahmad Reduan atas kesungguhan dan istiqamah dalam Ulanga...
31/07/2026

Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada Nur Damia Natasya binti Ahmad Reduan atas kesungguhan dan istiqamah dalam Ulangan Luar Tasmik 5 Juzuk.

Semoga setiap ayat yang dihafaz menjadi cahaya kehidupan, dipermudahkan untuk terus menjaga hafazan serta dikurniakan kefahaman dan keberkatan daripada Allah SWT

🤲 Semoga Allah memberkati setiap usaha dalam memelihara kalam-Nya.

📖 SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURANProgram Motivasi Huffaz: “Bangkit Berjuang”Ayuh bersama menyertai Seminar Penghayatan Al-Q...
31/07/2026

📖 SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Program Motivasi Huffaz: “Bangkit Berjuang”

Ayuh bersama menyertai Seminar Penghayatan Al-Quran yang akan disampaikan oleh Ustaz Salman Mohktar.

Semoga program ini menjadi medan untuk menyemarakkan semangat para huffaz, memperkukuhkan hubungan dengan Al-Quran serta membina jiwa yang istiqamah dalam menuntut ilmu dan beramal.

🗓 1 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 pagi – 10:30 pagi
📍 Dewan Tahfiz Darul Hijrah

Jom hadir dan manfaatkan peluang menimba ilmu. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah menuju majlis ilmu.

🌿 Mulakan Saham Akhirat Anda Hari Ini 🌿Mungkin kita tidak mampu menghafal Al-Quran, tetapi kita mampu menjadi sebab oran...
30/07/2026

🌿 Mulakan Saham Akhirat Anda Hari Ini 🌿

Mungkin kita tidak mampu menghafal Al-Quran, tetapi kita mampu menjadi sebab orang lain terus belajar dan menghafalnya.

Jom sertai Infaq Pendidikan & Kebajikan Bulanan. Serendah RM10 sebulan, anda sudah menjadi sebahagian daripada pahala yang berterusan, insya-Allah.

Pilihan infaq:
• RM10
• RM20
• RM30
• Atau seikhlas hati.

Setiap sumbangan anda membantu pendidikan dan kebajikan para pelajar tahfiz.

📸 Lensa sepanjang Program Kacau Bubur Asyura di kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah
23/07/2026

📸 Lensa sepanjang Program Kacau Bubur Asyura di kompleks Islam Tahfiz Darul Hijrah

Address

No. 1348 Kampung Ketapang, Chendering
Kuala
21080

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096176525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah - Kompleks Tahfiz & Anak Yatim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah - Kompleks Tahfiz & Anak Yatim:

Shortcuts

Share