09/06/2025
Allaahummaghfir lahaa warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha
Warga SM Imtiaz YT Besut merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam atas tragedi kemalangan bas melibatkan pelajar UPSI di Jalan Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding pada pagi 9 Jun 2025.
Kehilangan yang amat menyayat hati ini turut meragut nyawa insan yang amat disayangi oleh semua dengan tutur kata yang sopan, solehah dan juga Hafizah Al Quran 30 Juzu', Nurly Sahirah binti Azman, 23 alumni SM Imtiaz YT Besut. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
Kami juga mendoakan agar dua lagi mangsa alumni Imtiaz Besut yang tercedera, iaitu:
Nurul Atirah binti Zakaria (SPM 2019), dan
Mohd Amirul Fadhli bin Zulkiflie (SPM 2003),
diberikan kesembuhan yang segera, kekuatan jiwa serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah buat yang telah pergi, dan doa yang tidak putus buat yang masih berjuang.
Hati kami bersama kalian🤲🏻🤲🏻