23/04/2026
🍳 Program Jom Masak Sihat 🥗
Alhamdulillah, bersempena dengan tema bulan ini iaitu makanan dan minuman, program Jom Masak Sihat telah berlangsung dengan penuh ceria dan meriah! Anak-anak berpeluang mengenali bahan makanan sihat.
Melalui aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja didedahkan tentang konsep pemakanan sihat dan seimbang, malah dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan sejak kecil.
Semoga pengalaman ini memberi manfaat dan kenangan indah buat anak-anak serta dapat membentuk tabiat memilih makanan yang sihat dan bersih 💚