Tips Makanan Sihat Sekeluarga

Tips Makanan Sihat Sekeluarga

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Makanan Sihat Sekeluarga, Tutor/Teacher, Kuala.

Photos from Tips Makanan Sihat Sekeluarga's post 12/11/2023
Photos from Tips Makanan Sihat Sekeluarga's post 12/11/2023

Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Garam.
Cuka.
Soda bikarbonat.
Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.
Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur;
1. Garam
- 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka
- 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat - https://shope.ee/2fWiUL4riL
- 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air
Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 - 15 minit.
Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
Facebook : facebook.com/drmazlianamazlan
Instagram : intagram.com/mazliana.mazlan
Tiktok : tiktok.com/
Telegram : t.me/sembangsihat
Telegram : t.me/jomshoppingbarangbaik
Shopee : https://mycollection.shop/mazlianamazlan

credit: mazliana mazlan

11/11/2023

Tips Amalan Makanan Sihat Sepanjang Hari untuk Seisi Keluarga. Keluarga Sihat Impian Setiap Keluarga Bahagia.

Sudah menjadi rutin harian bagi si ibu untuk menyediakan makanan yang bukan sahaja sedap dan menyelerakan tetapi memastikan ia sihat demi kesejahteraan seluruh keluarga. Namun, kekangan masa seperti kerja dan tanggungjawab lain menyebabkan para ibu tertekan dan ada kalanya hilang idea untuk menyediakan makanan sihat mengikut cita rasa semua.

Akhirnya si ibu terpaksa mengalah kepada resipi terhad atau sama setiap hari. Bagi meringankan beban memikirkan resipi untuk sepanjang hari, kami akan membantu anda dengan beberapa tip resipi makanan sihat dengan jaminan, waktu makan akan menjadi pengalaman yang paling sempurna. Idea resipi yang bakal kami kongsi boleh mengubah persepsi anda mengenai makanan sihat yang sedap dan menyelerakan.

credit: Nak Makan Apa?

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala
20050