27/08/2024
Perkongsian pagi, sambil-sambil menulis dan pegang botol susu 😂.
Bagi yang tidak ingin pasang (install) apa-apa perisian untuk memasukkan ayat Al-Quran bertulisan rasm uthmani ke dalam Microsoft Word, WPS atau di mana-mana yang sesuai; ikuti langkah berikut:
Gambar 1. Muat turun 'font' KFGQPC Uthmanic Script HAFS (pautan: https://arabicfonts.net/fonts/kfgqpc-uthmanic-script-hafs-regular). Hanya perlu tekan 'install'.
Gambar 2. Buka laman quran.com dan salin (copy) ayat yang perlu, kemudian tampal dalam Word dengan memilih tulisan KFGQPC.
Tambahan:
Jika inginkan lebih banyak 'font', boleh ke laman rasmi King Fahd Glorious Qur'an Printing Complex (KFGQPC) https://fonts.qurancomplex.gov.sa/
27/05/2024
Sedih tengok content di media sosial terlalu banyak video agamawan saling jawab menjawab, kritik mengkritik sehingga membiarkan orang awam menilai.
Selaku seorang penuntut ilmu agama, s**a untuk hamba nasihatkan sahabat-sahabat ikuti pengajian kitab di channel YouTube. Jangan terlalu banyak follow isu dan perdebatan yang berulang-ulang.
Salah satu saluran yang tersusun dan agak lengkap ialah saluran Tafaqquh Fī Al-Dīn yang memuatkan kebanyakannya video pengajian bersama Ustaz Mahadi Mohammad (Pensyarah UniSZA) hafizahullah.
Gambar-gambar di bawah bukan gambar video yang berselerak, tetapi gambar bagi playlist pengajian yang disusun oleh admin.
https://www.youtube.com//playlists?view=1&sort=dd&flow=grid
Terima kasih buat Ustaz Ahmad Muaz Mohamad Iszeham dan Ustaz Solahuddin Ramli yang berkhidmat untuk susunan 59 playlist ini.
Bidang yang diajar diletakkan pada hadapan nama kitab FIQH | AKIDAH | USUL | USUL FIQH | SIRAH | NAHU | QAWAID FIQH | ISU
01/05/2023
Pertama kali bertemu Ustaz Muhammad Bin Abdullah - UMA @ Ustaz Mad Kechik. Anak muda Kampung Kuala Dura, Kuala Berang ini sering saya ikuti kuliahnya di Youtube dan Facebook.
Masya-Allah tinggi semangatnya dalam ilmu. Beliau juga telah mengasaskan Pondok Ustaz Kecik - Kuala Berang Madrasah Darul Zahraa.
Saya doakan semoga Ustaz Mad Kechik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
01/05/2023
Kini kuliah² dan sekolah bersambung kembali. Jika anda guru KAFA atau sekolah agama, pasti ada silibus SIFAT 20 kan?
Nak cari rujukan sederhana? Tidak ringkas sangat, tidak kompleks sangat? Dapatkan buku ini segera. Takut salah faham? Ada rakaman pengajarannya di YouTube siap disusun dalam playlist lagi.
Buku ini sekarang adalah silibus peringkat mutawassit bagi Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) yang diuruskan JHEAT dan MAIDAM.
Kertas pun premium ivory, tak sakit mata. Ada jadual, carta dan senarai penerangan istilah lagi. Senang betul nak buat rujukan.
Dapatkan di sini:
https://shp.ee/9ntzrqe
02/01/2021
*AZAM 2021: SATU BULAN SEKURANGNYA BELI SATU KITAB*
Kitab Arab tetapi hanya ada di Malaysia. Baru sahaja terbit. Kitab Al-Aqaid Al-Durriyyah merupakan Syarah Umm Al-Barahin yang ringkas, mudah dan amat sesuai untuk pengajian akidah terutamanya di madrasah, pondok bahkan di sekolah agama.
Istimewanya kitab ini, ia pertama kali diterbitkan dengan cetakan komputer. Setiap teks syarah dan matan telah ditasykil keseluruhannya, maka amat membantu pelajar dan guru dalam memahami aqidah sekaligus mempelajari Bahasa Arab.
Selain itu, ia juga ditahqiq dan dita'liq (diberi komentar) berkenaan i'rab sebahagian kalimat yang s**ar, ulasan yang berkaitan isu semasa, bahkan sebahagian penerangan salah faham penuntut ilmu.
Jadikanlah kitab ini sebagai kitab pertama dimiliki pada bulan ini.
InSyaAllah akan ada daurah setelah kitab sampai ke tangan anda.
beli di wa.me/601162692020?text=Saya%20nak%20kitab%20Aqaid%20Durriyyah
22/02/2020
Para murid Al-Marhum Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthi telah mencipta satu channel Youtube khusus untuk video-video beliau. Salah satu playlist yang terdapat dalam channel tersebut ialah berkenaan Langkah-langkah Penyucian Jiwa, iaitu siri (في سبيل التزكية). Video-video ini amat pendek dan sesuai dijadikan peringatan harian bagi umat Islam.
Atas kesedaran peri pentingnya video ini, pihak Nizamiyyah Institute telah menerbitkan sebuah buku terjemahan keseluruhan 132 video tersebut seperti yang boleh dilihat dalam gambar.
Anda disarankan agar membeli buku ini sambil mendengar video-video yang terdapat dalam senarai main di bawah:
https://www.youtube.com/playlist?list=PL01kYZIehH-oBwr0rBHOprMauVs1ZhLPS
21/01/2020
Terdapat 3 Awamil yang Masuk atas Mubtada' Khobar. Satu daripadanya "كان وأخواتها".
Sepakat ulama' Nahu Basrah dan Kufah bahawa ia memberi kesan kepada khobar: menjadi khobar kana.
Sedangkan pada Mubtada', ulama' Kufah mengatakan kāna tidak memberi kesan, marfu'nya kekal daripada mubtada'. Sedangkan yang rajihnya adalah di sisi ulama' Basrah, iaitu mubtada' menjadi isim kāna.
10/01/2020
الحمد لله. سلساي ريكاءن ڤوستر علم الماقولات العشرة برداسركن كتاب مبدأ الفكرة في الماقولات العشرة كارڠن الشيخ عبد القادر سكم.
ڤوستر اين دلڠكڤي دڠن اصتلاح بهاس ايڠڬريس ڤد سبهاڬين نام اوتام.
09/01/2020
Berikut adalah gambar peta Awamil Jurjani. Awamil/Amil adalah unsur yang menjadi penentu kepada i'rab (mudahnya "baris akhir") pada kalimah lain. Sebagai contoh, kenapa isim selepas huruf jar berbaris kasrah bagi mufrod, dan menggunakan huruf "ya" pada muthanna dan jamak?
Kerana huruf jar itulah yang memajrurkan isim selepasnya maka "huruf jarr" dipanggil sebagai amil.
Kebiasaan kitab Jawi p**a memulakan ayat dengan "bermula", sedangkan dalam bahasa Arab terus disebutkan isim. Kerana di situ 'amilnya tak nampak, dan amilnya di situ adalah al-ibtida' (permulaan), inilah dinamakan amil maknawi yang tiada pada lafaz.
Daripada 100 awamil ini, terbahagi dua:
- lafzi (98): yang amilnya ada pada lafaz
- maknawi (2): amilnya tiada pada lafaz.
Amil Lafzi p**a terbahagi kepada dua:
- Sama'i (91)
- Qiyasi (7)