SK Atas Tol

Call Directions Website Contact the school

SK Atas Tol skat sk atas tol

PROGRAM SEMARAK MERDEKA, SI CILIK BERKARYAProgram Semarak Merdeka, Si Cilik Berkarya telah berlangsung dengan meriah pad...
21/09/2026

PROGRAM SEMARAK MERDEKA, SI CILIK BERKARYA

Program Semarak Merdeka, Si Cilik Berkarya telah berlangsung dengan meriah pada Sabtu, 12 September 2026 bertempat di KTTC

Seramai 3 orang murid Prasekolah Ibnu Khaldun telah menyertai Pertandingan Pakaian Etnik Merdeka, manakala 2 orang murid menyertai Pertandingan Mewarna Prasekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Amsyar Ryan Mikael, 5 tahun, yang berjaya mendapat Tempat Ke-10 dalam Pertandingan Pakaian Etnik Merdeka. Beliau tampil anggun memperagakan pakaian etnik Iban, sekali gus menyerlahkan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Tahniah juga kepada Adik Alma Atiya dan Adik Zahra Anan yang menerima saguhati dalam Pertandingan Mewarna Prasekolah.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang memberikan sokongan serta kerjasama. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah.

πŸ“–KEM GENERASI MADANI AL-QURAN DI HATIPROGRAM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 FASA 2PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026πŸ“–Alhamdu...
20/09/2026

πŸ“–KEM GENERASI MADANI AL-QURAN DI HATI
PROGRAM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 FASA 2
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026πŸ“–

Alhamdulillah, pada 19 September 2026 (Sabtu), telah berlangsung Kem Generasi Madani Al-Quran di Hati, Program Khatam Al-Quran Murid Tahun 6 Fasa 2, Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Surau Al-Muttaqun, SMKA Sheikh Abdul Malek.

Program yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang ini bertujuan melaksanakan Program Khatam Al-Quran secara berkelompok khususnya kepada murid Tahun 6 yang masih berada dalam bacaan Juzuk 20 hingga Juzuk 30, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menyempurnakan bacaan Al-Quran dengan jayanya.

Seramai 110 orang murid daripada 10 buah sekolah yang dikenal pasti mempunyai tahap penguasaan bacaan dan pencapaian khatam Al-Quran yang rendah berdasarkan rekod DIKA telah menyertai program ini.

SK Atas Tol turut melibatkan seramai 6 orang murid dalam program ini. Alhamdulillah, 3 daripada 6 orang murid SK Atas Tol telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencintai, membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya pihak PPD Kuala Terengganu, para guru pembimbing dan semua yang terlibat dalam membimbing murid sehingga berjaya menyempurnakan bacaan Al-Quran.

πŸ“–PROGRAM JEJAK KHATAM AL-QURAN TAHUN 6πŸ“–Pada 17 September 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Jejak Khatam Al-Quran ...
20/09/2026

πŸ“–PROGRAM JEJAK KHATAM AL-QURAN TAHUN 6πŸ“–

Pada 17 September 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Jejak Khatam Al-Quran Tahun 6 anjuran PPD Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 10 buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di sekolah masing-masing dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Di SK Atas Tol, enam orang murid Tahun 6 yang masih dalam proses menyelesaikan bacaan al-Quran telah terpilih menyertai program ini.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberikan bimbingan dan sokongan secara berterusan kepada murid agar mereka dapat membaca al-Quran dengan lebih konsisten, teratur dan berterusan, seterusnya mencapai sasaran untuk khatam al-Quran.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid dibimbing oleh guru dalam bacaan al-Quran mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Bimbingan secara berfokus ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid serta membentuk amalan membaca al-Quran secara istiqamah.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat membantu keenam-enam murid mencapai impian untuk khatam al-Quran sebelum menamatkan alam persekolahan rendah, di samping menyemai kecintaan terhadap al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga setiap bacaan menjadi amal, setiap usaha diberi ganjaran dan setiap langkah dipermudahkan menuju khatam. InsyaAllah..

Pertandingan Topi Merdeka Prasekolah Ibnu Khaldun SK Atas TolPertandingan Topi Merdeka telah dianjurkan oleh Prasekolah ...
19/09/2026

Pertandingan Topi Merdeka Prasekolah Ibnu Khaldun SK Atas Tol

Pertandingan Topi Merdeka telah dianjurkan oleh Prasekolah Ibnu Khaldun dengan penyertaan seramai 18 orang murid prasekolah. Program ini turut mendapat kolaborasi dan sokongan yang sangat baik daripada ibu bapa.

Pelbagai bahan terbuang telah dimanfaatkan untuk menghasilkan topi merdeka yang kreatif, unik dan menarik. Kreativiti serta kesungguhan ibu bapa jelas terserlah apabila menghasilkan pelbagai reka bentuk topi yang mencuri perhatian.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norul Hidayu Razak, Penolong Pegawai PPD, Sektor Pembangunan Murid, bersama Guru Besar Cikgu Paridah binti Omar dan para pentadbir sekolah. Hadiah berupa hamper dan beg telah disampaikan kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta ibu bapa yang terlibat!

Murid teruja, ibu bapa gembira, kreativiti terus menyerlah!

Lawatan Bermaklumat Prasekolah Ibnu Khaldun SK Atas Tol ke Pusat Sains Kreativiti Terengganu telah diadakan pada 19 Ogos...
19/09/2026

Lawatan Bermaklumat Prasekolah Ibnu Khaldun SK Atas Tol ke Pusat Sains Kreativiti Terengganu telah diadakan pada 19 Ogos 2026.

Semua murid prasekolah seramai 25 orang bersama PIBKS Prasekolah telah menyertai program ini.

Lawatan ini memberi peluang kepada murid meneroka dunia sains melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Murid begitu teruja, ceria dan seronok sepanjang lawatan sambil mendapat pendedahan awal terhadap ilmu dan kreativiti dalam bidang sains.

Anak-anak cilik belajar, meneroka dan mencipta pengalaman Dunia Sains bersama!

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAERAH KUALA TERENGGANU 2026 πŸ•οΈπŸ“… 10 – 12 September 2026 (Khamis – Sabtu)πŸ“ SK Kepong, Kual...
12/09/2026

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAERAH KUALA TERENGGANU 2026 πŸ•οΈ
πŸ“… 10 – 12 September 2026 (Khamis – Sabtu)

πŸ“ SK Kepong, Kuala Terengganu

πŸŒ™ 2 malam
Alhamdulillah, seramai 5 orang wakil Pandu Puteri Tunas SK Atas Tol telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Kuala Terengganu yang berlangsung selama dua malam di SK Kepong.

Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah disertai sepanjang perkhemahan bagi memupuk semangat berpasukan, disiplin, kepimpinan, berdikari serta keyakinan diri dalam kalangan peserta. πŸ’ͺ🏻✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pandu Puteri Tunas SK Atas Tol atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna serta membentuk generasi yang berani, berdisiplin dan berketerampilan.
Pandu Puteri Tunas SK Atas Tol β€” Girl Guides, Stronger Together! 🌟







Seramai tujuh orang ahli pengakap dari Sekolah Kebangsaan Atas Tol telah menyertai Pengujian Skim Lencana Keris Gangsa P...
12/09/2026

Seramai tujuh orang ahli pengakap dari Sekolah Kebangsaan Atas Tol telah menyertai Pengujian Skim Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu 2026.

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu ini berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 September 2026 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Penyertaan ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menjalani pelbagai pengujian disiplin dan kemahiran pengakap bagi menguji kecekapan serta melayakkan mereka menerima Lencana Keris Gangsa.

Pihak sekolah amat menyokong penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum demi melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berkeyakinan tinggi, dan berkepimpinan.
Semoga penyertaan ini membawa kejayaan dan pengalaman berharga buat kesemua tujuh orang ahli pengakap SK Atas Tol!

πŸƒβ€β™€οΈ TAHNIAH WIRAWATI SK ATAS TOL! πŸƒβ€β™€οΈ15 September 2026 | SK Bukit Sawa, MarangSyabas dan tahniah diucapkan kepada anak...
12/09/2026

πŸƒβ€β™€οΈ TAHNIAH WIRAWATI SK ATAS TOL! πŸƒβ€β™€οΈ

15 September 2026 | SK Bukit Sawa, Marang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Atas Tol yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila mewakili Daerah Kuala Terengganu dalam Kejohanan Merentas Desa Pembangunan Negeri Terengganu yang berlangsung di SK Bukit Sawa, Marang.

πŸ† Munirah Fakhira Adni bt. Kamal
πŸ₯‡ Johan – B11 Kategori Perempuan

πŸ‘ Nor Hasanah bt. Saidi
πŸ… Tempat Ke-5 – B11 Kategori Perempuan

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi dalam kalangan atlet muda SK Atas Tol. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing, jurulatih serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada para atlet.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

TAHNIAH MUNIRAH & NOR HASANAH!
SK Atas Tol terus melangkah, terus cemerlang! πŸƒβ€β™€οΈπŸ†βœ¨







SELAMAT DATANG GURU PELATIH IPG & OUM KE SK ATAS TOLKUALA TERENGGANU, 7 September 2026 – Sekolah Kebangsaan Atas Tol den...
07/09/2026

SELAMAT DATANG GURU PELATIH IPG & OUM KE SK ATAS TOL

KUALA TERENGGANU, 7 September 2026 – Sekolah Kebangsaan Atas Tol dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Open University Malaysia (OUM) yang akan menjalani latihan dan pengalaman praktikal di sekolah ini selama 3 bulan.

Lima orang guru pelatih yang hadir ialah:

1. Tuan Mohammad Adam Muin bin Tuan Hasdi
2. Ahmad Azarul Aswadz bin Aziffie
3. Muhammad Aqil Ikhwan bin Mohd Sabri
4. Muhammad Aliff Firdaus bin Kamarudin
5. Siti Aminah Basyirah binti Mohd Bakri

Kehadiran guru pelatih ini diharapkan dapat memberikan peluang untuk mereka menimba pengalaman sebenar dalam bidang pendidikan, di samping mengaplikasikan ilmu, kemahiran pedagogi dan nilai profesionalisme yang dipelajari sepanjang pengajian.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran mereka dan berharap agar sepanjang tempoh menjalani latihan, para guru pelatih dapat menyesuaikan diri dengan warga sekolah serta memperoleh pengalaman yang bermakna dan berharga.

Selamat datang dan selamat menjalani latihan di SK Atas Tol!
Semoga terus cemerlang dalam membina langkah sebagai pendidik yang berilmu, berintegriti dan berkualiti.

Ikhlas daripada:
Warga Sekolah Kebangsaan Atas Tol

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 07:00 - 03:00
Tuesday 07:00 - 03:00
Wednesday 07:00 - 03:00
Thursday 07:00 - 03:00
Sunday 07:00 - 03:00

Telephone

+6096311855

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Atas Tol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Atas Tol:

Shortcuts

Share

Category