SK Tok Jiring

SK Tok Jiring education

Perkhemahan Perdana Puteri Madani PPIM Peringkat Negeri TerengganuTarikh : 19 - 21/08/2026Tempat : Kem Pengakap Tengku M...
21/08/2026

Perkhemahan Perdana Puteri Madani PPIM Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 19 - 21/08/2026
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
Penganjur: PPIM negeri Terengganu

Guru Pembimbing:
1) Farasuhana binti Abdul Rahman
2) Rozita binti Razali

Peserta : 10 orang
Kategori: Sek Rendah

Pencapaian :

ULFAH BINTI MOHD AMINUDIN (SKTJ/371/24)
• Johan Eksplorasi alam (Eco Mission)
• ⁠Tempat ketiga Eksplorasi Alam (silent walk)

INDAH ARRISYA BINTI MOHD TARMIZI (SKTJ/359/24)
• Johan cabaran stem kbat/ikhtiar hidup (Inovasi Kitar Semula)
• ⁠Johan tadabbur alam&refleksi
• Johan eksplorasi alam (silent Walk)
• Naib Johan Eksplorasi Alam (eco mission)

TENGKU NUR QAISARA ALISHA BINTI TENGKU ALIAS (SKTJ/364/24)
• Johan Cabaran stem ( jambatan puteri)
• ⁠Naib johan Eksplorasi alam (silent walk)
• ⁠Naib Johan Tadabbur Alam & refleksi
• ⁠Naib Johan Eksplorasi Alam (Jejak Alam)

NUR UMAIRAH MAISARA BINTI AHMAD FARHAN (SKTJ/377/24)
• Tempat ketiga Eksplorasi alam (Jejak Alam)

NUR SYAFIQA ALESHA BINTI MOHD SYAIFULLAH (SKTJ/381/24)
• Johan Eksplorasi Alam (Jejak Alam)

NUR DAYANA ALLYSHA BINTI MOHD ZAZALI (SKTJ/374/24)
• Tempat ketiga Cabaran stem (Inovasi Kitar Semula)

HUSNA NADHIRAH BINTI HAIRIZAM (SKTJ/379/24)
• Tempat ketiga Cabaran Stem Kbat (Jambatan puteri)

🎀 Alhamdulillah, pencapaian yang sangat baik daripada anak-anak PPIM TJ'NIUS. 👍👍 Terima kasih kepada semua guru pemimpin PPIM terutama guru pengiring yang bersama-sama dalam Perkhemahan Perdana Puteri Madani PPIM Peringkat Negeri Terengganu ini 🎀 💪💪





𝗦𝗢𝗨𝗧𝗛𝗘𝗔𝗦𝗧 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝗢𝗟𝗬𝗠𝗣𝗜𝗔𝗗 𝗖𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗢𝗡𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗔𝗡𝗗 𝗖𝗨𝗟𝗧𝗨𝗥𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲19 & 20 AUGUST 2026DEWAN AL-...
20/08/2026

𝗦𝗢𝗨𝗧𝗛𝗘𝗔𝗦𝗧 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝗢𝗟𝗬𝗠𝗣𝗜𝗔𝗗 𝗖𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗢𝗡𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗔𝗡𝗗 𝗖𝗨𝗟𝗧𝗨𝗥𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

19 & 20 AUGUST 2026
DEWAN AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

PARTICIPANTS:
AQEELA IMAAN BINTI MOHD IZZUDDIN (6 IBNU ABBAS)
AULIA AMMARA BINTI AMINUDDIN (6 IBNU ABBAS)
WAN NUR ALISHA ZAHIRAH BINTI WAN MOHD NOR (6 IBNU ABBAS)
MUHAMMAD SHAHID BIN SALMAN (6 IBNU ABBAS)

The Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage Workshop Terengganu Malaysia 2026 brings together students from across Southeast Asia through academic competitions and a sustainable tourism workshop. The programme provides a regional platform that promotes academic excellence, global competencies, cultural engagement and collaboration within the ASEAN education community.

ACHIEVEMENTS:

ENGLISH SPEECH
Gold Medalist
Aqeela Imaan bt Mohd Izzuddin

STORYTELLING
Bronze Medalist
Aulia Ammara bt Aminuddin

ENGLISH PROFICIENCY TEST
Gold Medalist
Muhammad Shahid bin Salman
Wan Nur Alisha Zahirah bt Wan Mohd Nor

Silver Medalist
Aqeela Imaan bt Mohd Izzuddin

MATHEMATICS TEST
Silver Medalist
Aulia Ammara bt Aminuddin

Bronze Medalist
Aqeela Imaan bt Mohd Izzuddin

𝑪𝙊𝑵𝙂𝑹𝘼𝑻𝙐𝑳𝘼𝑻𝙄𝑶𝙉𝑺 𝑻𝙊 𝘼𝑳𝙇 𝙒𝑰𝙉𝑵𝙀𝑹𝙎!

&CulturalHeritageWorkshopTerengganu2026



📖 BACAAN YASIN PAGI KHAMIS | SK TOK JIRING20 Ogos 2026KhamisAlhamdulillah, pagi ini warga SK Tok Jiring memulakan hari d...
19/08/2026

📖 BACAAN YASIN PAGI KHAMIS | SK TOK JIRING

20 Ogos 2026
Khamis

Alhamdulillah, pagi ini warga SK Tok Jiring memulakan hari dengan Bacaan Yasin bersama-sama dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan. 🤲🏻✨

Semoga setiap bait ayat suci yang dibaca menjadi asbab ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan keberkatan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.

Moga seluruh warga SK Tok Jiring sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah SWT. 🌷

اللَّهُمَّ آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ






Jpn Terengganu Kamsah Kamal🛡️ TAKLIMAT POLISI SEKOLAH SELAMAT & TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGA...
19/08/2026

Jpn Terengganu Kamsah Kamal

🛡️ TAKLIMAT POLISI SEKOLAH SELAMAT & TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH BAWAH KPM

📅 Tarikh: 19 Ogos 2026
📌 Hari: Rabu
⏰ Masa: 1.30 petang
🏫 SK Tok Jiring

Warga SK Tok Jiring telah bersama-sama mengikuti Taklimat Polisi Sekolah Selamat serta melaksanakan tandatangan Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelaksanaan ini merupakan manifestasi komitmen seluruh warga sekolah dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan, hak dan kesejahteraan murid sentiasa diberi keutamaan.

Aku janji yang ditandatangani bukan sekadar satu dokumen, tetapi membawa bersama amanah dan tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, harmoni dan kondusif bagi setiap anak didik.

🤝 Komitmen kami, demi keselamatan mereka.
🛡️ Lindungi Murid, Tanggungjawab Kita Bersama.









Kamsah Kamal Jpn Terengganu AKU JANJI PERLINDUNGAN MURIDMurid Dilindungi, Masa Depan TerjaminWarga SK Tok Jiring menyata...
19/08/2026

Kamsah Kamal Jpn Terengganu

AKU JANJI PERLINDUNGAN MURID
Murid Dilindungi, Masa Depan Terjamin

Warga SK Tok Jiring menyatakan komitmen dan kebersamaan dalam menjunjung Aku Janji Perlindungan Murid.

Sebagai pendidik dan warga sekolah yang sentiasa berurusan dengan murid, kami beriltizam untuk memastikan setiap murid berada dalam persekitaran yang selamat, dihormati, dilindungi dan disantuni.

Perlindungan murid adalah tanggungjawab bersama.
Bukan sekadar sebuah ikrar, tetapi amanah yang mesti diterjemahkan melalui tindakan.

Insya-Allah, seluruh warga SK Tok Jiring akan terus berganding bahu dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan setiap anak didik.

Murid Dilindungi, Masa Depan Terjamin. 🤝💙








Aktiviti Kokurikulum (Sepanduk bagi Perarakan Kemerdekaan 2026)Tarikh : 18 Ogos 2026Masa : 2:15 - 4:15 petangTempat : De...
19/08/2026

Aktiviti Kokurikulum (Sepanduk bagi Perarakan Kemerdekaan 2026)

Tarikh : 18 Ogos 2026
Masa : 2:15 - 4:15 petang
Tempat : Dewan Terbuka SKTJ
Peserta : 10 Org setiap unit Pasukan Badan Beruniform (PBB)

Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua guru pemimpin dan murid tahap 2. Semoga aktiviti perarakan nanti akan lebih meriah dengan sepanduk-sepanduk yang disediakan. 👍👍





Pertandingan Yamaha Music Time Keyboard Peingkat Negeri TerengganuTarikh : 8 Ogos 2026Masa : 11 00 pgTempat : Atas Talia...
18/08/2026

Pertandingan Yamaha Music Time Keyboard Peingkat Negeri Terengganu

Tarikh : 8 Ogos 2026
Masa : 11 00 pg
Tempat : Atas Talian (online)
Penganjur: JPNT Dan YAMAHA
Guru Pembimbing: Zanawati binti Zakaria
Peserta : 10 Org

Pencapaian : Tempat ke 4 Peringkat Negeri Terengganu

Tahniah buat kumpulan TJ Music Times yang telah berjaya mendapat tempat ke4 dalam pertandingan yang disertai. Bukan senang nak jadikan kumpulan yang hebat begini. Tahniah buat guru pembimbing dan anak2 semua. Semoga kejayaan lain akan mengiringi pada pertandingan-pertandingan akan datang, insyaallah. 💪💪





17/08/2026

Siri Pencapaian KPM 2023–2026 | Siri 9: Keselamatan Murid Terus Menjadi Keutamaan

Keselamatan murid terus menjadi keutamaan KPM melalui pelbagai inisiatif bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara”







Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Daerah Kuala Nerus 2026Tarikh : 13/08/2026Masa : 8 pagi - 4 petangTempat : Online...
17/08/2026

Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Daerah Kuala Nerus 2026

Tarikh : 13/08/2026
Masa : 8 pagi - 4 petang
Tempat : Online (google meet)
Penganjur: PPD Kuala Nerus
Guru Pembimbing: Teacher Nur Fateen Amnie bt Rasli

Peserta : Danisha Janeeta Daniela binti Md Daut
Kategori: Bahasa Inggeris
Pencapaian : Tempat ke-4

Tahniah diucapkan kepada anakanda Danisha dari Kelas 5 Ibnu Abbas atas pencapaian ini. Semoga anakanda terus maju jaya. Syabas 💪💪






KAMI WARGA SK TOK JIRING MENOLAK BULI ✋🚫Buli Bukan Gurauan. Buli Itu Salah!Kami, warga pendidik SK Tok Jiring, berdiri b...
17/08/2026

KAMI WARGA SK TOK JIRING MENOLAK BULI ✋🚫
Buli Bukan Gurauan. Buli Itu Salah!

Kami, warga pendidik SK Tok Jiring, berdiri bersama menyatakan pendirian yang jelas dan tegas — TIADA TEMPAT UNTUK BULI DI SEKOLAH KITA.

Setiap murid berhak hadir ke sekolah dengan rasa selamat, dihargai, dihormati dan dilindungi. Sekolah seharusnya menjadi tempat anak-anak belajar, membina keyakinan dan mencipta kenangan indah tanpa rasa takut atau terancam.

Melalui kempen ini, barisan guru SK Tok Jiring tampil dengan satu suara dan satu komitmen:

HENTIKAN BULI.
JANGAN BERDIAM DIRI.
BERANI BERSUARA, BERANI MELAPOR.

Kerana menjaga keselamatan dan kesejahteraan murid bukan sekadar tanggungjawab — ia adalah amanah kita bersama.

❤️ Bersama kita hentikan buli.
✋ Buli Bukan Gurauan!










Address

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Kuala
21060TERENGGANUDARULIMAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tok Jiring posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tok Jiring:

Shortcuts

Share

Category