Maahad Al-Munir

Maahad Al-Munir

Share

Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH). Merupakan NGO yang menghimpunkan para pendakwah islam bagi menyemarakan dakwah islam di bumi malaysia. No.

Sumbangan Boleh disalurkan:

💳Akaun MAYBANK: 562245511210
atas nama : MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI

💳Akaun CIMB : 8603223657
atas nama : MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI

💳Akaun BANK ISLAM: 12122010029868
atas nama : MA’AHAD AL-MUNIR serta melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan . Organisasi Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH)

Presiden : Ustaz Mohamed Suk

12/06/2025

Ucapan Terima Kasih Kepada Para Penyumbang Budiman

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati-hati insan dermawan untuk menyokong usaha pendidikan anak-anak Ma’ahad Al-Munir yang kini menuntut ilmu di Jamia Binoria Alamia, Karachi, Pakistan.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, doa, mahupun sokongan moral atas sumbangan yang diberikan. Setiap sen yang disumbangkan adalah pelita buat mereka yang sedang menuntut ilmu di bumi asing demi mengangkat martabat ummah dan menyambung risalah dakwah.

Sumbangan kalian bukan sekadar membantu dari sudut keperluan harian dan pembelajaran, bahkan menjadi bukti bahawa perjuangan ini dipikul bersama oleh masyarakat yang cintakan ilmu dan agama.

Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran, meluaskan rezeki, mengangkat darjat, dan menjadikan setiap sumbangan sebagai amal jariah yang tidak putus hingga ke akhirat.

Lihat video pelajar Ma’ahad Al-Munir di bawah sebagai bukti semangat mereka dalam menuntut ilmu dan menghargai sumbangan anda.

جزاكم الله خيرا وبارك الله فيكم


08/06/2025

KARACHI, PAKISTAN | Misi Korban Pelajar Maahad al-Munir di Jamiah Binoria Alamia

Alhamdulillah, Allah izinkan anak-anak Maahad al-Munir yang sedang menuntut ilmu di Jamiah Binoria Alamia, Karachi, Pakistan, melaksanakan ibadah korban tahun ini di bumi asing yang penuh cabaran ini.

Di tengah suasana debu dan hiruk-pikuk pasar lembu Karachi, mereka sendiri turun memilih haiwan korban, bukan sekadar ibadah, tetapi latihan jiwa.

Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS, mendidik diri dengan nilai syukur dan sabar, serta memikul amanah dengan penuh rasa tanggungjawab.

Misi ini diketuai oleh Ustaz Solahuddin Al-Idrus (Guru Ma’ahad Al-Munir) dan disertai oleh 10 pelajar Maahad al-Munir yang kini menimba ilmu di sana.

Inilah pengorbanan sebenar, bukan hanya pada daging dan darah, tetapi pada semangat, masa dan usaha demi Islam. Semoga korban ini menjadi bukti cinta mereka kepada agama dan menjadi saksi bahawa generasi muda pewaris perjuangan ini sedang dibina bukan hanya dengan buku, tetapi dengan ruh pengorbanan.

Saksikan video misi korban mereka di bawah.





Photos from Maahad Al-Munir's post 05/06/2025

Program Korban Maahad Al-Munir di Jamiah Binoria Alamia, Karachi, Pakistan

Karachi bukan sekadar sebuah kota. Ia adalah nadi kepada Pakistan. Tempat manusia bersaing dengan kerasnya hidup, namun tetap mesra, menghormati tetamu dan teguh menunaikan amanah. Baru saja menjejak kaki, sudah disambut dengan bunyi pesawat tentera berpusing di langit. Ia menjadi isyarat bahawa dunia ini penuh ujian, namun tugas dan bakti tetap diteruskan.

Pasar lembu di sini? Masya-Allah. Meriah, berdebu dan padat dengan semangat pengorbanan. Pelbagai saiz dan warna lembu ada. Di sinilah kami memilih sendiri haiwan korban, bukan sekadar mencari yang terbaik, tetapi demi menunaikan ibadah yang menyatukan maruah, keikhlasan dan cinta kepada sunnah Nabi Ibrahim AS.

Tahun ini, Maahad Al-Munir memilih untuk melaksanakan ibadah korban di Jamiah Binoria Alamia kerana terdapat seramai 10 orang pelajar Maahad Al-Munir sedang melanjutkan pengajian di institusi ini. Pelaksanaan korban ini juga menjadi simbol sokongan dan ikatan ukhuwwah antara kedua-dua institusi ilmu.

Misi korban ini diketuai oleh Ustaz Solahuddin Al-Idrus yang telah memimpin urusan pemilihan lembu dan koordinasi bersama pihak Jamiah Binoria. Alhamdulillah, lembu telah dipilih dan amanah para penyumbang telah kami pikul dengan penuh tanggungjawab.

In sha Allah, penyembelihan akan dilaksanakan pada hari raya ke-2. Terima kasih bagi pihak para penyumbang serta masyarakat yang mempercayai kami.

Insya-Allah Daging akan di agihkan pada pelajar Jamiah Binoria Alamia dan masyarakat sekitar Jamiah.

Doakan agar segala usaha ini berjalan lancar, diberkati Allah dan menjadi asbab kebersamaan ummah di seluruh dunia.






03/06/2025

Celebrating my 11th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

30/03/2025

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Seluruh warga Ma’ahad Al-Munir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penyumbang, para pelajar, ibu bapa, guru-guru serta semua umat Islam di mana sahaja anda berada.

Semoga hari kemenangan ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mempereratkan ukhuwah sesama kita. Marilah kita teruskan semangat Ramadan dalam kehidupan seharian, serta mendoakan kesejahteraan untuk saudara-saudara kita yang sedang diuji di seluruh dunia.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Ma’ahad Al-Munir

07/03/2025

🌙 Ramadhan: Bulan Menggandakan Amal & Kebaikan 🌙

🤲 Rezeki Kita, Masa Depan Mereka 🤲

Di bulan penuh keberkatan ini, ada anak-anak yatim dan asnaf yang mengharapkan uluran tangan kita. Mereka ingin belajar, menghafaz Al-Quran, dan membina masa depan, tetapi mereka memerlukan bantuan kita.

Ma’ahad Al-Munir (Pusat Tahfiz & Turath bagi Anak Yatim serta Asnaf) sedang berusaha untuk:

💖 Membina Surau, Asrama, Kelas & Kantin – tempat mereka belajar, beribadah, dan membesar sebagai anak-anak soleh.
🎯 Sasaran: RM1.5 Juta

💖 Menaja 7 Pelajar Ma’ahad ke Jamiah Binoria Alamia, Karachi, Pakistan – agar mereka dapat menuntut ilmu dan membawa pulang manfaat kepada ummah.
🎯 RM5,400 (Setahun) x 7 orang = RM37,800

Mungkin bagi kita, RM10 atau RM50 tidak besar, tetapi bagi mereka, ia cukup untuk meneruskan kehidupan dan mengejar impian.

💞 Jadilah sebahagian dari kisah perjuangan mereka.

💻 Untuk infaq secara online, klik di sini:
🔗 https://infaqpay.my/plus/tanah-almunir-terengganu

📢 Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:

💳 MAYBANK: 562245511210
📌 MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI

💳 CIMB: 8603223657
📌 MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI

💳 BANK ISLAM: 14014010146845
📌 AL MUNIR CENTRE

📍 Alamat Ma’ahad:
LOT 3808, KG LEREK, TEPOH, 21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

📞 Sebarang pertanyaan & pengesahan sumbangan:
📱 013-3289114
💬 WhatsApp: http://www.wasap.my/60133289114

📖 Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, Allah akan membantu keperluannya…” (HR. Muslim)

🌟 Jangan biarkan peluang ini berlalu.
🌟 Setiap sen yang anda beri akan menjadi saksi di akhirat nanti.
🌟 Sebarkan, ajak keluarga dan sahabat, agar lebih ramai yang mendapat pahala!




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


LOT 3808, KG LEREK, TEPOH KUALA NERUS
Kuala
21060