10/02/2026
Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya program anjuran bersama Geng Surau Putrajaya GSP iaitu Kursus Ke Arah Jurutera Profesional Fasa 2, yang berlangsung di Pulse Grande Putrajaya pada 7 dan 8 Februari 2026.
Program ini merupakan kesinambungan kepada Kursus Fasa 1 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Seramai 10 orang peserta terpilih, terdiri daripada pelajar lepasan SPM, telah mengikuti kursus intensif berasaskan kemahiran IR 4.0 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Mekatronik. Antara pengisian utama program termasuk 3D Modeling menggunakan perisian CAD, 3D Printing, serta Internet of Things (IoT) menggunakan ESP32.
Keunikan program ini terserlah apabila para peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan perisian CAD profesional, menyaksikan aplikasi sebenar teknologi percetakan 3D, serta mempelajari asas pengaturcaraan kit elektronik berasaskan ESP32 yang dibangunkan oleh My STEM Institute untuk menghasilkan contoh inovasi elektronik.
Sebagai penutup, program ini menampilkan sesi pembentangan berkonsepkan Pitching Hackathon, di mana para peserta membentangkan idea masing-masing sambil menghayati peranan dan pemikiran seorang Jurutera Profesional.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Diharapkan agar setiap peserta memperoleh manfaat maksimum daripada pengisian program ini serta menjadikannya sebagai pemangkin kepada hala tuju kerjaya masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan rakan kerjasama dan penganjur atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program julung kali ini.
π Liputan media:
https://alhijrahnews.com/gsp-ppz-maiwp-cungkil-bakat-lepasan-spm-lahirkan-bakal-jurutera-profesional-muslim/
Pertubuhan Penggerak Dakwah Putrajaya (GSP) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP) telah menganjurkan Kursus Eksklusif Pasca SPM Fasa 2: Ke Arah Jurutera Profesional, melibatkan pesertaβ¦