Asasi STEM - UMT

Call Directions Website Contact the school

Asasi STEM - UMT Asasi STEM bermatlamat melahirkan graduan UMT dengan pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

23 SEPTEMBER 2026: PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK ASL1514 (SCIENCE IN LIFE)Pembentangan proposal projek bagi subjek Scienc...
23/09/2026

23 SEPTEMBER 2026: PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK ASL1514 (SCIENCE IN LIFE)

Pembentangan proposal projek bagi subjek Science in Life: ASL1514 telah berlangsung dengan jayanya pada sesi pertama, 23 September 2026. Selepas ini,mereka akan meneruskan Mini Project yang telah dibentangkan di hadapan panel. Selamat maju jaya, anak-anak Asasi STEM - UMT 🥰





LAWATAN OLEH MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH, KELANTANTarikh: 19 September 2026Masa: 9.00 am - 4.00 pmAktiviti: Taklimat...
23/09/2026

LAWATAN OLEH MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH, KELANTAN

Tarikh: 19 September 2026
Masa: 9.00 am - 4.00 pm
Aktiviti: Taklimat promosi, lawatan ke Serambi Niaga, lawatan ke Kompleks Hatcheri FSPA
PIC: Dr. Ulul




Kerjasama antara Pusat Asasi STEM, UMT dengan Yayasan TM URIIS diraikan pada University Research and Innovation Investme...
23/09/2026

Kerjasama antara Pusat Asasi STEM, UMT dengan Yayasan TM URIIS diraikan pada University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026. Kerjasama melalui Geran Impak Sosial Yayasan TM 2026 (Projek Robocode A.I) ini adalah geran kedua selepas kejayaan Projek Robocode pada tahun 2024-2025.

Projek Robocode A.I (Code.Create.Inspire) memfokuskan kepada aktiviti pengekodan dan aplikasi IOT (Internet of Things) berserta integrasi kecerdasan buatan (A.I) bagi murid berkeperluan khas peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah bagi 13 negeri dan wilayah di semenanjung Malaysia.

URIIS 2026 telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam majlis tersebut, turut diadakan sesi pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara UMT dan Yayasan Telekom Malaysia (YTM) bagi pelaksanaan projek ROBOCODE A.I., dengan UMT diwakili oleh YBrs. Profesor Dr. Suriyani Muhamed, yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT, manakala YTM diwakili oleh YBrs. Puan Ainol Shaharina, Pengarah YTM. Sesi pertukaran tersebut disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Semoga projek Robocode A.I ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang, mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak yang jelas untuk murid berkeperluan khas.







SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGASWarga Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT - Universiti Malaysia Terengga...
22/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Warga Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT - Universiti Malaysia Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkuatkuasa pada 28 September 2026.

Kami mendoakan agar segala urusan sentiasa dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan dalam menerajui agenda akademik dan antarabangsa UMT.

Ikhlas daripada
Warga Pusat Asasi STEM - UMT

22/09/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN: IKLAN JAWATAN KOSONG 2026

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE dengan mengisi maklumat di laman sesawang berikut: http://estar.umt.edu.my

2. Iklan dibuka mulai 22 September 2026 sehingga 04 Oktober 2026.

3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian berikut:
Seksyen Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Akademik (09-633 4879)

Sekian, terima kasih.

We Listen, Just Ask, Be Heard

Like & Share Facebook rasmi Jabatan Sumber Manusia UMT

https://www.facebook.com/HRUMTOfficial

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGASWarga Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT - Universiti Malaysia Terengga...
22/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Warga Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT - Universiti Malaysia Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dr. Suriyani Binti Muhamad atas pelantikan sebagai Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkuatkuasa pada 28 September 2026.

Kami mendoakan agar YBhg. Prof. Dr. Suriyani sentiasa dikurniakan petunjuk, kemudahan, dan kelapangan dada dalam menggalas amanah kepimpinan ini, seterusnya membawa UMT melakar lebih banyak kejayaan berimpak tinggi.

Ikhlas daripada
Warga Pusat Asasi STEM - UMT

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI MERDEKA 2026Gambar rasmi dari pihak Media Kreatif UMT sempena Pertandingan Sayembara Puisi ...
17/09/2026

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI MERDEKA 2026

Gambar rasmi dari pihak Media Kreatif UMT sempena Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka 2026 yang telah diadakan pada 16 September 2026 di Dewan Sultan Mizan, UMT - Universiti Malaysia Terengganu. Bakat-bakat baru dalam bidang seni puisi dan persembahan dari kalangan anak-anak pelajar Asasi STEM - UMT dapat di lihat pada malam tersebut. Terbaik semuanya. Teruskan menyerlah! 🥰




[PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KALI KE 2: 17 SEPTEMBER 2026]Perjumpaan mentor-mentee kali ke 2, sesi 2026/2027 telah diadakan...
17/09/2026

[PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KALI KE 2: 17 SEPTEMBER 2026]

Perjumpaan mentor-mentee kali ke 2, sesi 2026/2027 telah diadakan bagi tujuan membuat semakan pendaftaran kursus, perbincangan mengenai pencapaian pelajar bagi semester 1 serta hal-hal lain berkaitan pembelajaran/kehidupan di kolej. Semoga memberi manfaat kepada semua ♥️



Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096683454

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asasi STEM - UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Asasi STEM - UMT:

Shortcuts

Share